Thursday, April 21, 2016

SHORT POST!.

Hye hello..


Alhamdulillah akhir bulan ni selamat aku behenti kerja. Perasaan mestila perasan bagus, bongkak, riak dan takabur. Muahaha. Dah tentula perasaan separa sedih uolz. 5 tahun 5 bulan jugak aku bertapa kat sini. Dah lettew takde sebarang hak istimewa malah dianak tirikan lagi hado. Sebijik macam cerita bawang putih bawang merah atau filem omputehnye Cinderella. Yang tak sama part putera raja tu belum timbul selamatkan aku. Dari aku tunggu putera raja datang menyelamatkan aku, adalah lebih baik aku selamatkan diri aku sendiri. Kekekeke


Bila aku list down ape yang best sepanjang aku kerja sini.. hermm banyak jugak yang DULU best. SEKARANG dah tak best aku syak boss aku dah kene gigitan vampire la. Tu pasal die pon berubah jadi vampire. Kahkahkahkah. Well boss is always right!. Kalau kau rasa dah tak boleh terima cara boss kau, elok benti jek cari boss baru. Kalau boss baru kau serupa juga boss lama, benti lagi sampai kau memutuskan jadi boss kepada diri sendiri. Paham maksud aku? Yeeaahh bisness ahh sendiri. Besok kau jadi boss janganlah ikut perangai boss-boss-boss kau yang kene jangkitan zombie tu. Jadikan pengalaman lalu sebagai pengajaran, yang elok kita ikut yang buruk kita kentutkan je k!


2 minggu ni aku bizi buat kerja sekolah, terperanjat tetibe asgment melambak. Lepastu minggu ni ade test mandarin (ujian membaca dan menjawab soalan melalui teks). Alhamdulillah aku dah boleh ah sebut beberapa potong ayat dan paham jugakla amenda teks tu cakap. Hehehe. Terus je update resume  ‘boleh menguasai mandarin tahap 1’. Kahkahkahkakahh baru semalam aku update tau! nampak tak perasan nak mampus minah ni. sakit usus aku!


Ape lagi nak story yea.


Takde ape lagi la… okla baii! Happy working guys!




Monday, April 11, 2016

RESEPI : LEMPENG OAT!

Woohoo!  Hello!


Lame tak pdate tetibe muncul share resepi gitu la aku selalu. Lepastu sampai 2 3 kali post share resepi muahahaha. Life aku takdela best mana nak di kongsi kan. Balik kerja seret mate balik kerja seret mate. Cuti hujung minggu seret langsir silau sehh menganggu tidurku sampai matahari terbenam. Kahkahkahkah.



LEMPENG

Aku memang penggemar makanan yang berasaskan tepung dan digoreng samada minyak banyak atau sedikit. Memang fav gegila ah lempeng atau jejemput/ cekodok ni. itulah rahsia saya sihat sepanjang zaman tanpa kesedaran untuk menjaga jantung dan mengawal kolesterol. Tetibe nak bagitau perangai buruk dah kenape ye. :p



OAT

 Aku bukan penggemar oat. Pernah sekali viral kot pasal overnight oat ni. pernah la aku buat, campur susu coklat low fat+kiwi dua malam aku peram dalam esbok. Lepastu ya robb tak mampu untuk ditelan. Dasar tekak kampong betul. Letak sambal belacan baru la boleh lalu kat tekak. Nape ehh oat tu rase die aneh semacam. Mak aku tak pernah ajar makan oat dari kecik. Kekecik dulu di baginya beskot bijan sampai kaya raya kedai apek tu. Hahahaha salahkan ibu mengandung fulak.. tapi ibu aku tu laju je makan oat. Boleh pulak ibu aku tu telan ek, siap rendam dengan kuah ikan singgang, sup ayam kampung, dengan susu kambeng bagai. Halloo hakak tak rela ya nak telan. -_-!


Oleh sebab aku dah beli sekampit oat cap Kapten Oat maka tak kan nak dibuang pulak. Soh marilah kite adjust buat menu yang aku boleh telan. Try letak kat bancuhan tepung untuk buat lempeng tu. Nah! Sedap tanpa sedikit pon rasa aneh!. Tak sangka aku Berjaya makan oat dengan kekdah sebegini rupa.


Resepi ni memang aku dah selalulalulalulalu lalang sangat buat. Asal takde mood makan nasi mesti buat ni.


Bahan-bahan

Tepung
Air
Oat
Garam
Minyak

Mudah bukan bahan yang digunakan. Campur tepung+oat+garam gaul sebati dengan air. Nisbahnya kau adjust je sendiri suka kepekatan yang sebagainama rupa. Dekat bancuhan lempeng tu kau letak la minyak sikit bagi cantek sikit kaler bila di masak nanti. Semuanya kena sikit-sikit-sikit.
Dengan menggunakan senduk saiz M selett kat pan non-stick ikutla kau nak bentuk cemana. bila pakai pan anti lekat ni seronok sikit sebab kita tak payah guna minyak kalau nak guna pun dalam kuantiti yang sedikit.



Siap! walaupun kualiti gambar tak bagus. aku tetap terliur tengok ni. :p

Macam keji je resepi lain, gambar lain kekekeke. aku terajin la letak potato. potong panjang-panjang bagi mood sikit lain pesen kononye. yang pic hujung sekali tu kosong je tak letak potato. rase tetap best!. cecah dengan sambal sardin hirup hazelnut coffee. perghh! tak hengatt..


Selamat mencuba!


Friday, April 1, 2016

SILA TABAH.


hye..


Biasanya aku kalau dalam keadaan stress. Mesti aku cari kawan-kawan dulu. Sebab kawan-kawan ni lain sikit pandanganye. Kadang  tu dorang siap maki-maki sumpah seranah orang yang buat aku stress kaw-kaw punya aku sukaaaa. Tu baru betul kawan. Hahaha. Dan! Bila dah puas mengadu naseb dengan kawan-kawan, aku ngadu pulak dengan ibu siap drama air mata. Dengan ibu ni lain banyakk pandanganye. Selain diselit unsur nasihat, contoh tauladan, hadis-hadis dan sebagainya, disitula keinsafan mula menangkap. Kekeke. Walau ade masalah kecik mana besar mana pun aku WAJEB share dengan kawan-kawan dan keluarga. Dari sekecil zarah sampai ke besar zarah aku tetap cerita sungguh-sungguh. Aku pesen taknak stress sorang-sorang aku nak melibatkan seeemuuuaaa orang. Sama-sama kite stress tau. Bhahaha. Kejii sangat pangai cemmni. :p



minggu ni aku stress jugak. Tapi aku tak share pun dengan sesiape. Kononye macam tak nak citer kat semua orang, takpe aku dah besar..dah kuat so, kene face on je laa. hakikatnya tak kuad mane pun… first time dalam hidup aku rasa stress cemni sampai makan tu rasa nak terkeluar balik. Susah gila nak telan makanan rasa tersangkut. Aku siap jerang air panas then minum. Tetap juga rasa ya robb seksa sangat nak telan air tu bukan sebab panas melocot ye haha. Rasa nak terkeluar balik. Aku pun tanya kepada diri. Kenape eh, first time ni berdepan dengan situasi begini. Aku kok takde pengalaman cemni. Setelah disiasat, diteliti. Aku syak aku pendam perasaan stress aku tu sesorang. Aku pon cari la kluarga. Bila di luah puah ruah amazing! Perut terus jadi lapar terus je mudah nak menelan makanan. See, aku ni memang tak boleh simpan stress sorang-sorang hahaha. Aku terpaksa ya libatkan semua orang bia semua orang tahu aku sedang stress. Manje sangat ni. :p. mokcik aku pulak bergurau, patut aku pendam je dediam takde selera makan mesti kurus lepastu. Bhahahahaha tak lawakkk ok tak lawakk tak lawakkk tak lawakkk.