Wednesday, January 25, 2017

DEWASA-DEWASA NI.

hai, hello...

malas nak taip entry baru, tengah kemas draft. mak ai banyak gak hasil nukilanku yang aku tak publish muahahaha. walaupun kekadang aku macam tak paham ape maksud yang cuba aku sampaikan, tapi lantokla. :p

so harini, lest share draft entry bertarikh 23/01/2015. fresh from draft box! 

xx

sekarang kalau terjumpa kawan-kawan gila lama tak jumpe. ayat pertama :

" eh kauu! "
" oi buat ape kat sini! "

kalau aku yang mula tegur la.

kalau orang tu yang tegur. aku macam eyk?? sapekah apekah?? kau sapa?? gituw.

aku ni walaupon kawan-kawan ramai gils kat kampung tu, tapi ade jugak yang aku tak cam bila umur dah banyak-banyakk ni :p.

contohnya macam ni, aku pergi kedai soon huat. tetibe ade orang tegur dari belakang " oii oii oii " aku tak syak pon die panggil aku. dah la oii oii je. pastu aku toleh la jugek kan nak tengok siape yang biadap noh tu panggil orang oii oii, dah la kuat oke. eh sekali..

la die panggil aku. aku dah vengang gak la. yang die tu dari jauh lagi dah sengih-sengih kerang vusuk. aku is like kau kenapaa? peminat aku sekarang semua jenis fanatik-fanatik ya. bahaya. teheeheeehee

"zie, ko ape citer?"

eh die kenal aku. oi ligat kepala hotak ni dok pikir bagi cam sapekah makhlok ni. dah sah sah die kenal aku khen. dah sah-sah jugakla kawan sekolah aku ni, kalau tak sekolah rendah mesti sekolah menengah! kang kecik ati kalau aku cakap aku tak kenal. so, aku pon kengkonon mesree le khen. bab belakon tu memang aku powerot sangat!.

borak punya borak. aku hampir nak cam dah sape, kawan sekolah menengah, budak felda ni. cuma tak sampai la sapekah die niiii! amaigadd sangat! dalam 15 minit dah berlalu, aku masih lagi tak cam kau ni sape?

di penghujung borak.

"petang ni jemput tau datang la uma aku, (bezday party anak) kau igat lagi tak jalan uma aku ni?"

ah sudah...masakkk..

"tahuuuu". jawab aku yakin as usualll... kahkahkahkahh dasarr pompuann tuttt sangat aku ni. :ppp

ringan je mulut cakap "tahu" kat situ.

balik dari kedai.... zassssss on wasepppppp. orang petama aku cari ialah ain rosli. ain rosli ni serupa memory card aku. banyak fungsi dak ain ni. kahkakah.. bagi je lakaran wajah dan maklumat yang aku tahu. zapp sepantas kilat ain bagitahu sape.

aku bukan buat-buat tak kenal. dah memang aku tak ingat kadang orang orang dah kawen, secara drastiknya berubah terus air muka, bukan air muka je ye. air ketuban, air mato, air mate air segala air berubah. acaner tu. tu belom yang dah beranak pinak. belom yang dulu kurus kering sekarang dah bulat-bulat. mampuih susah la aku nak cam. setakat setahun ke lima tahun kebelakang aku oke lagi. ni kalau dah masuk 20 tahun punya rupa acaner tu?. hehehee. ampunnnn!

cerita kedua.

untung tau ade kawan-kawan yang kerja bidang yang berbeza dari kiter.

1. member sorang ni baru je bukak satu cafe.

"kau nak makan ape pun datang je cafe aku. vvvvvip aku bagi spesial edition."


2. lama jugak tak berjumpa dengan member aku ni. nama die ieyka. perkara pertama di borakkan.

"kau kerja kat mana?"

ni soalan biasa laaa... ieyka ni photographer tapi part time la.
"kau kalau nak cari photog cari je aku tau, best service tip top meletop gituw"


3. eisya. die compny buat kaki palsu.

"kau, kalau nak pakai kaki pelsu, cari aku tau, best price i give u"

kau rasa?? kenapakah aku perlu kaki pelsu. nauzubillah minzalik. eisya ni pon tak perasan ayat die cenggitu. coi sangat tau.

urut dade aku!


xx




Monday, January 16, 2017

BEBELAN SELEPAS HABIS EXAM.

Hai... hello..


Finally end my final examination. Feel good. Feel free. counting days for the result!


Exam sem ni macam krikrikkrik betul. Sedih last paper haritu MGT takleh buat dengan sempurna. Dah la kite selalu kene highlight dekat kelas dengan lecturer sebab kononnye student rajen la, student contoh bhahaha. Oke sila redho geng. Aku tahu mesti dorang pon macam krikkrik jugak jawab haritu. Ewah confident tah-tah aku sorang je yang blur. Punyalah tak boleh move on dengan paper MGT haritu terbawa-bawa sampai dalam mimpi. Terus ws geng, TAK BOLEH MOVE ON seh!.  Aku takboleh kalau lecturer bagi high expectation dekat aku. Mesti aku akan mengecewakan mereka. Sebab tu aku malas kalau lecturer puji-puji ni. kekejap nama naik. I is tak selesa. Lepastu classmate terus cop student kesayangan la, mesti lecturer bagi markah ok kat kami yang selalu kena highlight ni. ewah ewahh sentap tau mak. Ko hingat aku suka ke cenni. Aku tak suka ok!. Weird feeling tiap kali nak masuk kelas MGT. Nak eye contact dengan lecturer pon macam krikkkrik. Semua orang pon boleh je jadi rajin. Semua orang pon boleh je jadi bijak. Kau buat ape lecturer nak dan ikut point die, pasti nama ko mesti akan di sebut-sebut gak dalam kelas.


Sebenarnya aku malas gak nak layan gosip cenni. Tapi terdengarlah juga few classmate cakap aku dengan dila duduk depan mesti la lect sayam. Hekeleh betul. Dah engko yang memilih untuk duduk. Aku ni memang dari sekolah rendah lagi memang memang memang suka duduk depan. Bukan takat kat kelas even pergi kursus mana-mana pon aku memang akan memilih duduk barisan hadapan. Beratur kat perhimpunan pun barisan hadapan. Dulu kat sekolah masuk perbarisan pun barisan paling depan iaitu pemegang sepanduk. Dalam panggung wayang pun pernah dapat sit paling hadapan tanpa di minta-minta. :pp


Ignore je la orang yang suka cakap-cakap belakang ni --pujuk hati sendiri. sebenonye baru sem ni aku ngelami situasi cenni. cuma tula masing-masing dah besarkann..


So ok, meh share gambar yang telah di collage kan. senang zapp satu gambar je upload ekeke


Pic pertama dah tentu swafoto teragung. Rase macam janggal nak juga swafoto ek. kena belaja biasakan. Heeee.



Actually pic semua ni kejadiaan a week before last exam haritu. Bosang bak hang ngapal. Aku pesen kalau ngapal takleh tengok running man. Macam tak fokus. Orang lain boleh ek dengar lagu sambil study. Aku pernah buat, tapi tak dapat nak adapt kekdah tu.


Selang 2 jam sekali baru layan RM. Heee. Hidup aku memang tak lengkap kalau satu hari tak bukak RM. Aku akan repeat hari-hari. See #diehardfan kennn


Next, study group dekat lib maseni subjek QMT. Satu hari suntuk study QMT rasanya 2 minggu sebelum start final exam. Subjek QMT ni kalau last minit korang baru nak  study memang gile pandai pale otak korang haha. Aku pesen lembs pale bab kira-kira ni. tapi bila orang tanye prefer subjek mengira atau membaca? Teruss laju jawab of course subjek mengira! Bhahaha. Paham jela, membaca ni hoi mengantuk die macam kene sumpahan.


Biasanya bile buat study group  ni. awal-awal dah pesan jumpa just nk buat revision semua bab. Bincang soalan yang tak clear atau tak tahu nak buat. Semua chapter kene sentuh laju-laju.

Aku suka bile buat study group uolz dah study dulu kat rumah. Nanti jumpa baru diskas mana tak faham. Jimat masa. Kalau time study group korang baru nak faham baru nak bukak buku. Ermm sila jangan study dengan aku. Nanti aku stress.. lepastu terus jadi mak tiri. Hehehe

So make sure do some homework before sit discussion w group member. Kalau satu-satu bab baru nak selak ermm tak cukup rasa satu hari kan?.
hari tu juga jumpa lecturer terus tanya soalan-soalan yang tak faham. Nasib baik kerajaan dengan swasta cuti tak sama. So boleh je terus jumpa lecturer hari ahad tu. Mudahhh.
Well, lain orang lain cara study... ikutla cara masing-masing. Kalau tanya aku gini la jawapannya sebab aku ni dalam kategori obses dengan study hahaha.


Next pic banyak gambar meja study aku je benonye heee. Before ni ade gak aku share. Tapi kalini dah tukar kedudukan segala. Dari dulu memang style aku belaja duduk bawah je. Tak banyak pun buku-buku. Maklomla rumah sewa je. Tapi ade 1 kotak sedang dan 1 beg sedang kat bilik tamu tu penuh buku-buku dari sem 2 sampai 4 ehehehe. Tah bila aku nak bawak balik kampung pindah dalam rak buku. Entohh lee


Last pic, muka purpel tu haha time study bosan-bosan gak. Tenyeh muka dengan floral mask. 2 tahun ade bendealah ni. tak expired pulak ek. Aku pon sedap je guna. Hiks!


Oklah, Gud nite!!




Thursday, January 5, 2017

2K16 DITENDANG 2K17!

eh kembali lagi..


goshh cemana aku boleh lupa entry sebelum ni entry pertama tahun 2017. bhahahaha. patut bagila kata alu-aluan ke ape ek. ni tidok. baru up entry terus cerita dasyat jawab paper QMT. takde sipat kemanusiaan betul aku ni. tehehehe


well. hello 2017! hello new year!. 8 tahun gak dah bertapaknye blog aku ni. setiap tahun semakin merosot jumlah bilangan entry aku tuh!. boleh pulak 2015 dan 2016 43 entry dalam jumlah yang sama perghh macam di rancang-rancang. ok! aku taknak janji macam sebelum-sebelum ni, janji nak update dengan kerap. ahh dusta betul!.


hope tahun ni nuffnag dapat bagi kekayaan padaku.
dapat job entry pon jadilah. tahun lepas aku ingat job dengan zalora lepastu ape ek. hermm malas nak ingat. bukan banyak pun sampai nak lupa-lupa ni. hahahaha teruk daya pemikiran aku sekarang ni.



oh bab umur. eh tentula tahun baru penggantian (betul ke eja tu) umur juga berlaku. boleh engko nak sambut tahun baru tapi umur duduk di takuk lama. haaa toklehh. jangan memandai wishlist nak umur segitu je. sedo sikit. haha


01/01/2017 baru haritu aku tak buat ape pun. biasalah ngadap buku jela. tengok bunga api pon tak. padahal riuh rendah ha orang-orang kat sini. entah. takde mood nak tengok bunga api. esoknya kecoh bunga api jatuh dari langit. haa. ayokkk. seb baik aku tak tengok even tak berlaku kat Joho pon. kekwat betul minah ni heee. kawan ade gak ngajak pergi dataran masetu. seboleh tidak ngajak aku amende tah. aku takde napsu betul. kalau ngajak aku makan ayam guring hot crispy cecah cheeze ke, indulgent cake ke, haa laju-laju-laju jalan sampai tak jejak tanah tau. bhahaha


okla. semoga tahun 2017 banyak perkara sweet berlaku pada diriku. diri kamu juga!


darr..


DAH MULA EXAM KETTEW?.

hai korang..


ade yang dah start exam tak?
aku harini first paper. QMT 425. ade yang sama??
so cemana soalan sem ni? ok tak?
bhahaha. tanya sendiri jawapan sendiri :/


hah! ningdia...fresh from oven. baru keluar exam hall 3 jam yang lepas. ekekeke. baru 3 jam dah keroyok abih. :p

soalan QMT sem ni nak kata senang? boleh la dikatakan senang. sebab paper december ni selalunya la kan senang. berbeza paper jun. agak susah sikit. mudah-mudahkan paper seterusnya mudah lah. cuma yang tak best soalan NO. 5 PART B hekeleh betul tetibe je keluar soalan queueing method. ermmmm tibai je la tadi. kalau ikutkan soalan 6 sem lepas takde keluar queueing  method ni. boleh pulek sem ni die nak keluarkan. but okla satu je soalan yang aku blur. Ewah kemain satu soalan je blurrr bahahaha. Semua soalan ekceli boleh la jawab cuma tak tahula jawapan betul ke tak. Kang ade pulak yang cakap aku kerekk, over confident. Ko tak tahu… aku sedang memujuk hati.. :p


3 jam jawab tak cukup engko. 3 soalan terakhir tu memang teruk gila tulisan tapi masih boleh di baca. jadual pon tak buat elok-elok pakai pembaris. Laju-laju-laju kira crash time dengan variance macam orang gila. lepastu buat yang critical path tu lagi sedap. free hand je buat kotak-kotak. hahaha. ah persetankanla semua tu. Yang penting jawapan dan effort tu ade muehehe. dah selamat hantar pun. lega gila paper QMT ni dah selesai. aku ni bukan suka paper mengira-mengira ni. boleh gempa bumi kalau stress belajar hahaha. siap buat study group dengan lecturer. gigih kan!. kene la gigih ko. kat kelas paham gitu-gitu jela. balik kene belajar sendiri. Ws lecturer kalau tak paham. kadang tu macam banyak je nak tanya. tapi tu la soalan yang nak di tanya pon tak tahu amende. ekekeke


eh okla. banyak membebel. lagi 2 paper je lagi. mujur TMC takde final. tinggal ELC dan MGT. banyak nak ngapal woii mgt.


selamat menduduki peperiksaan uolz!