Tuesday, March 14, 2017

HOMESICK.

hai hello..


aku ni baru je tukar kerja baru. masuk company baru la gamaknya. masuk dua minggu aku kat situ. homesick teruk gila!. 



memang satu masalah aku dari zaman sekolah. eh bukan! zaman kekecik lagi dah homesick. dulukan kekecik suka nak tinggal dengan atok dua tiga hari time cuti sekolah. siang elok jek. bila malam mulala melalak lalak cari omma. ape ke sedih beno masetu. dah apak aku terpaksa ambil bawak balik rumah malam tu jugak.



dalam aku tiga beradik perempuan ni. macam aku je sorang yang ceyngeng (gembeng/penyedih). kakak dengan ceknab tu dorang lepas UPSR dah duduk asrama terus sampai la kerja. mane ade nak lama-lama duduk bawak ketiak parents. macam aku ni memang 24 jam la bawak ketiak je sampai la masuk politeknik umur 18. kat poli pon sama homesick jugak. cuma seminggu tu teruk orentasi tak sempat ingat rumah. lepas orentasi baru nak sesedih. nasib baik roomate sangat membantu. susah tau nak kawal perasaan sakit rumah ni.



bila dah kerja. aku kan lama sikit nak dapat kerja. so memang sepanjang takdapat kerja tu duduk lagi bawah ketiak omma. dapat je kerja duduk dengan mokde. duduk dengan mokde ni macam family sendiri means macam omma kite sendiri. so taklah penyedih sangat. light-light jek la kalau sedih pon. bila nak balik rumah sewa mesti dua atau tiga hari jugak aku nak pulihkan semangat aku dari homesick ni. kesian kat diri sendiri :( bertahun-tahun homesick.



now kat tempat kerja baru. new environment new frends etc. homesick teruk gila. pergi balik kerja nanges tak berhenti-henti. tengah buat kerja bila teringat omma mesti sroottsrooott. teruk weii sesejak umur nak masuk twenty 9 tahun ni. baru tahun ni aku rasa gileeee rinduuuu sangat kat omma kite. sebenarnya boleh je nak ulang alik kmpung ke tempat kerja, jauh la jugak. tapi aku taknak ajar diri aku cemtu. aku kene belajar untuk melalui kehidupan seterusnya dengan bahagia, bak kate yun.



so sepanjang aku homesick ni memang aku cari bff aku jela ngadu. sampai pening kepale die nak setel kan problem aku ni. yun pon aku jadikan kaunter aduan jugak. sampai die pon terikut-ikut homesick. haha!



kalau takat sedih takde air mata tu oke lagi. ni dah tahap nanges siap sedu sedu hingus semua keluar. kau rase ni homesick atau gedik?? :p



susah tau nak explain orang yang ade homesick ni. dade pedih je sentiasa. makan pon tak lalu. terukk. memang dalam sejarah riwayat hidup aku. ni la homesick yang paling teruk sekali!


-totally worst-

#cubauntuktabah






No comments :