Showing posts with label tukar kampus. Show all posts
Showing posts with label tukar kampus. Show all posts

Tuesday, July 23, 2019

Asyik tanye macam mane nak tukar kampus je. hmmm

hai..

wow jarang-jarang berlaku dalam masa setengah jam aku update dua entry. kahkahkah!.

ok I make it short!

aku baru jeeee bace semua komen. takla semua sebab aku scroll scroll kebanyakkan soalan yang same.

rata-rata peng-komen ni nak tanya pasal tukar kampus. aku sedikit aneh disini. aku rasa aku dah cerita banyak kali pasal tukar kampus at sini.

first, aku ni student PJJ. tukar kampus untuk PJJ dan FULL TIME student berbeza ya.

kedua, sila baca semua entry aku pasal tukar kampus.

aku males benonye nak cakap banyak kali. kalau tanya aku la kan. korang dah dapat masuk Universiti tu dah kira bagus dah tau. dulu aku lepas SPM tak dapat masuk U pon. menangis gakla. bila dapat masuk PMM. aku idak pernah untuk terpikir nak tukar kampus. getew. budak-budak nowdays kan aneh-aneh. aku pon susah nak paham dorang kekadang. cuba korang menerima sahaja.

contoh paling dekat dengan aku ialah sepupu aku. kau tahu kat mane dia tercampak? nun PERLIS sane. kau bayangkan JOHOR ke PERLIS. dengan dia ni tak pernah duduk jauh dengan family plus homesick teruk macam aku. sekarang, habis pon die belajo insyallah tahun depan konvo. idak pernah aku dengar die sibuk tanya aku cemana nak tukar kampus. ya hadoii.

aku mintak maapla kalau ade yang terase. sebab aku emo. sebab macam tak semena-mena je korang nak tukar kampus. kelihatan aneh untuk aku. hehe

baii..

Tuesday, September 11, 2018

4 tahun dah buat PJJ kat UiTM.

hello guys..

tup tup lebih kurang setahun setengah lagi nak habis belajar dah wei.

5 tahun 1/2 nak mengabiskan ijazah aku ni.

bapak lama gila.

kalau kawen, dah beranak,

anak dah masuk sekolah siap dah pandai request nak adik. pfftt

kekadang macam tak percaya dah sampai ke tahap ini aku punya kesabaran menuntut ilmu.

pernah travel jauh Shah Alam - Johor suatu ketika dahulu sebelum pindah kampus Johor.

pernah hilang kerja.

pernah kene ganti jam kerja sebab sabtu clash dengan waktu kerja. ingat lagi maseni bulan puasa. pernah nangis dalam kereta sebab hari-hari balik lambat. dengar azan kat radio.. kemain lebat nangis sebab tak sempat beli makanan buka even air pon takde sebab hadap jem hazabb tu. T__T

pernah kene tolak gaji.

pernah kene sindir.

pernah kene pulau.

eh macam-macamla onak ranjau nak menghabiskan ijazah ni.

TAPI

aku sikit pon tak pernah terfikir nak give up.

tau tak kepuasannya datang waktu bila?

bila kau dapat result setanding dengan usaha kau. dengan waktu yang telah kau korabankan. dengan segala penat lelah kau.. itu KEPUASAN hakiki...

aku bersyukur sangat ada family yang sentiasa support impian aku.

ade kawan-kawan yang sentiasa kagum dengan kecekalan aku.

pic : google

aku harap aku dapat grad first class. tamat dengan 3.5 above amin..

doakan kecemerlangan aku di masa hadapan..


xx



Tuesday, March 10, 2015

PJJ/PLK STUDENT : TUKAR KAMPUS: UITM SHAH ALAM - UITM PASIR GUDANG, JOHOR.

Hai korang...


update : entry ini bukan untuk STUDENT FULL TIME


Tak lame lagi sem baru bermula. Ready atau tidak... sem ni aku ambil 2 subjek je ko. Tu la mulut masin dari tahun lepas sebok cakap nak 2 subjek nak 2 subjek. Nah Allah bagi ape aku mintak. Bila dah dapat dua subjek. Tetibe cam sendu je. Kenapakah dua sahajor. Sebab memang ade 2 je subjek yang available dengan aku semester ni.


Sedia maklum, aku dapat tukar ke kampus Uitm pasir gudang. Tidak perlu la ke Shah Alam. Proses mohon tukar kampus ni penuh dramatik sangat. Haha. Aku dapat tahu uitm pasir gudang ade buat PLK kod AC220 dari sha ex-classmate aku masa kat poli. Aku pun terusla laju-laju mohon untuk tukar. Walaupun dalam kepala dok pikir ade ke subjek untuk aku nanti. Oleh sebab napsu ni jenis tak nyabor. Maka mohon je la tukar kampus dulu, pasal subjek ni lain cerita la. Hantar borang dan surat rayuan ke ined shah alam. korang kalau nak tukar mod pengajian ke tukar kampus etc boleh download borang dekat SINI. Before tu aku dah call puan syuhada ined johor untuk kepastian. Puan syuhadah cakap sah ado dan boleh transfer. Aku pun yippi.. nak tunggu result lulus atau tidak dari ined shah alam memang mendebarkan tau. Sebab macam pasrah je la kalau tak dapat tukar. Naik je cuti raya cina aku terus call ined. Hehee. Tanyakan result tukar aku tu lulus ke idok sebab dade kite terasa sesak. Malam tak boleh tido. Mandi pun tak basah. Haha. Rupanya belum keluar result lagi. Dorang baru nak meeting.  Ermm  ermm. Esoknya terus dapat sms dari ined shah alam. Diluluskan!. Aku terus je screen shoot mesej tersebut terus la disebarkan keseluruh grup wasep yang hado. Haha. Nampak tak aku punya true colors sekarang ni. :p


Perkara tukar kampus dah setel. Sekarang perkara subjek pulak. Rupanya pelan pengajian johor ditentukan oleh pensyarah sendiri. Eh cam pelik je ayat aku tu. Maksudnya. Tiada pilihan subjek. Kelas semua dah di tentukan. Di tambah harunya, apabila student AC220 hanyalah 15 orang sahaja. Aku banyak kali beborak dengan puan fazlin. Puan fazlin pun pening. Die sendiri pun bengang kenapa di luluskan kod AC220 ni kat johor. Aku lagi la pening. Sebab subjek FAR460 takde! Omaigadd. Bukan sahaja FAR460 malah FAR410 pun takde! Heran aku mase tu. Tiada pilihan untuk aku. Kira aku terpaksa ambil subjek yang budak sem 1 di johor ni ambil. Nasib baiknya adalah 2 subjek yang boleh di ambil. Iaitu STA404 dan LAW485. Aisyeh. Rugi satu sem tau. Puan fazlin siap call ined shah alam. Macam mana kes aku ni boleh diluluskan. Boleh pulak orang ined shah alam jawab dorang terlepas pandang. Maigadd. Dorang lupa yang tahun aku stat belajar  (2014) adalah pelan pengajian baru (Blended). Tak pakai dah pelan lama kod lama etc semua tu. Maigadd. Yang ade kat johor sekarang ni. Sem 1 pakai pelan baru. sem atas-atas masih pakai pelan lama. I is shock!. Terus kepala berpinar mikir hajat tak kesampaian nak pindah ke johor. Penuh drama sangat ni. Aku sendiri call pulak puan maz ainy (koordinator AC220 ined shah alam) mintak pendapat beliau. Kerja aku kejap call ined shah alam kejap call ined johor naseb baik pakai phone ofice haha. Beliau suruh aku mintak rayuan ke penolong pendaftar untuk tukar balik ke shah alam. Haaaa horor tak movie aku ni. Tukar balik shah alam!!. Sebab, satu aku rugi masa. Sebab subjek FAR460 aku takde kat johor. Kalau nak juga kat johor. Kene tunggu budak sem 1 kat johor ni abes,  kendian tunggu pula  dorang ambil FAR410 masa sem dua. Tunggu lagi dorang sem 3 untuk FAR460. Gitu. Berapa banyak kerugian disitu. So cane?


Susah tau aku nak buat keputusan. Memang parah. Aku mintak nasihat lebih dari 10 orang. Opismate aku cakap, cont. je kat johor. Sebab aku kan student pjj. Nak kejarkan ape. Just nak degree je kan. betul jugak.


Call makdeq pon memula makdeq cakap pindah je shah alam sebab rugi masa. Makdeq aku pun cakap gitu. Memula termakan juga hasutan. Pastu aku cakap aku bukan kejar ape pun. Bakpe nak rushing ni kan.. so ok, makdeq pon sokong aku buat kat johor je.


Orang paling penting, ofcoz nadzira!. Call nadz cerita punya cerita. Ok, nad pon cakap buat je kat johor. Nak pergi shah alam tu satu cost. Lagipun aku nak kejar ape.


Lepas aku berfikir sedalamnya, aku buat keputusan untuk sambung je kat johor for tis semester. Call puan fazlin, cakap kite setuju ambil 2 subjek tu je. Puan pon kesian tau dengan aku. Sebab die terpaksa anta aku balik ke shah alam untuk sem 3 nanti. Aku merayu jugak. Puan tolongla sebaik nya. Jasamu di kenang. Aku kesian dengan puan fazlin ni, die handle semua course kot. pitam.


Sebenarnya, aku pikir juga, kalau aku pindah shah alam, aku dah ready nak ambil subjek ape. Well, subjek banyak kan..pilih je la. Dah la subjek banyak, sesi pon banyakk. Cewahh belagak pulak. Nak sangat pindah Johor kan. takpe aku percaya akan hikmah yang akan datang. Satu, sebab ibu aku kan tak sihat, so masa aku banyak la dengan ibu. Tak payah kerja naik turun shah alam. Hati tak tenteram. Keduanya, kelas kat johor ni Cuma hari sabtu je. Haaa happy tak. Tak happy satu je perkara je. Kelas STA404 jam 8.15-10.15  lepas tu LAW485 4.15-6.15. kau rasa gap sampai 5 jam tu aku nak balik ke nak berkampung kat library uitm?. Haha. Tak pela janji ahad boleh relax. Puan fazlin tawarkan aku subjek  arab. Aku tolak. Sebab aku nak mandrin. Haha. memilih pulakk kan.. eh kena la memilih jangan tangkap muat je. Puan fazlin cakap subjek mandrin sem depan baru ade. Ok subjek mandrin di kunci oleh aku untuk sem depan. So subjek lain macam mane puan? heeee


Itulah cerita disebalik tukar kampus. So, korang kalau nak tukar kampus aku nasehatkan.
  1.  Confirm kan sebetulnya kod course korang tu available atau tidak.
  2.  Kalau ada, confirmkan sekali lagi subjek apa yang dorang tawarkan. Sebab kalau kat shah alam ni korang tak payah risau sangat, sebab subjek memang banyakk pilihan.  Lagi satu ianya berurusan secara direct dengan induk.
  3.  Yakin dengan diri sendiri
  4.  Sabar
  5. Tabah
  6. Teruskan semangat
  7. Doa!
  8. Tolong jangan pitam. hehe
aku tak sangka betul demi segulung ijazah ku penuh drama. kekekee