Saturday, May 24, 2014

TERPAKSA BERPISAH.

hai..hello..


kisahnye macam ni. lately badan suam-suam kuku je. haha. nak demam tak demam demam. ce datang demam tu, elok aku meluru laju gi klinik asia mintak mc. sabor je la kan.


kisahnye lagi. farah dah pun berenti kerja secara rasminya semalam. aduhai. memula aku taknaklah sesedih. aku kene blagak macho beb. miahahahaa. pastu aku tak tahan terus mesej Su. cakap dengan Su fara dah takde. means fara dah pon keluar rumah sewa semalam. angkat semua barang die. gitu. aku kengkonon tak nak sedih untuk kali kedua. pastu entoh cemana aku tersedih. eeeeeee ape bahase aku ni.


senang citer aku sedih sebenornye tapi ego sikit punya tinggi. tamo tunjuk aku sedih atas pemergian Fara. hahaha. dalam hati hoii sedihhnye nak nanges nak meraung. aku ade buat seperais untuk Fara semalam. tapi nanti la aku citer. harini nak citer bende sedih-sedih jek.


berkisahkan lagi ni. kisahnya pasal nab adik aku tu. die dah nak masuk Uitm minggu depan. pastu die kan belom lagi pergi. tapi aku dah feeling sesedih semacam dah kenape? macam sedih rindu ke ape ke gitu la. aku pon tak paham dengan emosi sendiri. ape umur makin banyak lagi beremosi ke ape?. dulu aku elok je blagak macho kalau orang sedih-sedih. sekarang takleh nak blagak. kalau kate sedih terus tersentap di hati lantas laju je mate ni bergenangan ayor. 


sebab tu la aku rase nak demam demam rase tak sihat rase tak berselera. ehcehcehh masih berselera lagi. eh lupe nak citer aku jumpe Mila dengan hubby die ari rabu lepas. nanti la citer. tengah sedih ni. 

syrooottttt *hembos hengos..


k. bai.


Sunday, May 18, 2014

AWARD.

hai, hello...



Tepek besar kat sini. hehe. aku ni ngakula tak rajin nak bw. bile kene tag dapat award. aku macam. eh eh ehh aku ade reader ke? gitu perosaannye. bagus la orang kenal. kite erat mengeratkan silaturahim. hehe


zaman aku gila-gila blogging tahun 2009-2010 ke gitu la. award memang satu bende yang pemes. lepas ko dapat ko bagi orang len pulak. pastu aku stop setahun dua. pasal komitmen keje katenye. haha. lepastu tengok lisa faizureen dah pemes, lagi sape seangkatan denganya semua dah pemes-pemes. nak start balik memang payah la. sebab follower kite ade yang unfollow la ape la. naseb baik la cik ezy je yang rajin muncul. kat situ sikit sebanyak pemberi semangat aku dalam diam. ceewah.. tq cik ezy. kawen dah pon beliau. eh membebel banyak pulak. masa ni la nak kembalikan ikatan silaturahim sesame blogger. gituww ehkehkehh


marilah menjawab soalan adik Nadia ni. sukee sebenarnya nak jawab soalan beliau. tak sabaaarr sabarrr. haha


memula sekali print screen soalan beliau di blog nya. :))

1. bezday iolz jatuh bulan july. tak lame dah lagi. aku sebenarnya tak sure aku ni gadis Leo atau Cancer. kejap Leo kejap Cancer. ahh dulik itu semua. yang penting aku diberanakkan di bulan Zulhijjah.

2. omg marital status ke ni. sensetip tau soalan ni. takpe kite jawab je macam dalam fb tu. complicated 

3. hobi memang banyak. masak, tido, makan, tido, masak, tido, makan. banyak kan. teheehee

4. wish list ku tahun ni nak kurus.

5. azam tahun baru yang tak tercapai dari zaman 2005 ialah nak kurus. hahaa

6. aritis korea opkos!. Jang Geun Suk sebab kulit muka die licin kot teringin nak pegang. tapi haram kot!

7. bukan peminat drama melayu haha. saya sebenarnya kaki tengok tivi sampai tengah-tengah pagi 3-4 pagi kalau time cuti la. suka cerita-cerita berbentuk action, misteri, syco, siasat menyiasat dan semua genre kecuali romentik couple, love love bagai tu tak boleh masuk. asal ade cerita omputeh/tamil/industan harus layan.

8. my dream guy!. tak sabar nak jawab soalan ni!. haha gatai. kalau ditakdirkan. nak lelaki yang tinggi. tinggi macam kwang soo running man. pfft. haruslah bersipat jantan dan ganas, simple dan kemas, menyenangkan hati, tak payah la hensem sangat setakat sejuk mata memandang berkali-kali pandang terasa nyaman gituuw. seorang pasangan yang sentiasa peka dengan kiter, sentiasa memberi sokongan walaupun aku salah ko kene sokong aku jugak. hahahahahahaa

9. tema kawen kite simple sangat-sangat. takde protokol, takde kompang la bersilat la bagai. bertema santai dan relax je. i nak yang sempoi-sempoi relax-relax je tak nak la makeup tebal-tebal bulu mate pelsu. haha pengantin boleh berjalan-jalan di segenap ruang tanpa protokol mak andam mahupun pak guard. yang penting warna warni. tak suka baju pengantin sama kaler dengan pelamin, alas meja, kek, canopy, baju orang rewang, baju sedondon ahlil keluarga. tamo. masalahnye ko ade pelamin ke? miahaha


10. teringin nak pergi France!! sungguh! kmpul duit dari sekrang. haha. nak bergambar depan Eiffle tower! tapi sebelum tu nak pergi Mekah dulu buat umrah haji. insyallah

11. blog adik nadia simple. kite suka bende-bende simple ni. senang nak tengok. senang nak baca. semoga adik nadia rajin berbloging jangan jadi macam ai, ai dulu setop lame. baru ni nak up. hehee


ok. tq dik!. saya beri award ni pada semuaaaaaa yang singgah di blog ni! :)



Saturday, May 17, 2014

SATAY WAK RADOL.

hai  hello..


seperti yang di janjikan oleh cik siti kiter tu, nak bawak kiter-kiter seisi rumah sewa makan satay wak radol!. hoii dok JB lame dah tapi baru tahu salah satu tempat makan pemes orang JB ialah di warung wak radol!. engkorang kalau datang JB WAJIB cube satay wak radol ni. superb sedap mabeles.  ko boleh ngadap sampai tak perasan ko dah lahap 30 cucuk! gituw sekali..


korang kalau kaki warung boleh la layan. aku semua pon layan jee. hehee



kalau korang dari perling senang sangat. sebab die kat tepi HWay pasir gudang tu. kalau dari taman daya kene masuk hway pasir gudang pastu u-turn sebelum jumpa simpang ke Damansara Aliff. kedai belah kanan. jangan lelaju kang telajak u-turn ko kene u-turn jauh pulak kang kang kang. kereta laju-laju kat sini. hati-hati la mase u-turn tu k!. kami park kereta kat tepi jalan. kedainya seberang jalan kecik tu. besar gak la.



nak seberang jalan pon kena hati-hati. kereta laju turun bukit kan. bahayo. pimpin tangan laki ko cepat! hahaaa



tu diaa tu diaa. order 20 cucuk je. makan berlima. ok la. tu pon macam nak order lagi. hehe. kalau makan satay benda kedua paling penting kene rasa ialah kuah kacang die. kuah kacang wak radol ni memang syeedaapp dap dap dap sangat! recommend korang datang try sini! amat jarang ye aku minat satay. kali ni memang syiok. 


selain satay, menu goreng-goreng pon hado. sila order je.


pilihan aku malam tu kotiowhongkong. jauh mari. lambat sampai siap kene bahan cakap berakhir di lautan hindi la ape la. siot je dorang kan. hehee. rasa kureng la. member yang lain pon tak abes makan sebab dorang kate kureng ar ke sebab perut dah kenyang?. paling aku sajes satay die


Fara si bakal pengantin, Su dan Siti. malam tu haruslah orang yang nak pindah blanjer. kehkehkehh pasni giliran Fara la pulak belanja sebab die pon bakal berpindah rumah dahhhh adoii makin sikit orang. sunyi la rumah pasni. sobbs soobs.


ok, baiii!!



Friday, May 16, 2014

RENDANG ITIK.

hye. hello...



aku kan dari jaman tahun lepas lagi memang nak sangat mencuba makan daging itik. susah nak cari tukang masak yang power. ibu aku tak berani nak masak. nak makan pon takot apetah lagi beliau nak masak iye?. haha


sebelum ni teringin makan belut. ibu aku kate apelah yang pelik beno ko punya teringin. hehe
alhamduillah dapat makan belut paling sedap! makcik aku masak ar. goreng kunyit jer. oii sedapnye. teringin sup belut pulak! :p. rasa belut ni macam ikan keli. takde tulang-tulang pon. eh ade tulang kat tengah aje. sedapp sedapp sangatt. belutkan banyak khosiatnya. antaranya boleh buat baik parut kudis ke gitu la. pepandaila korang google. tapi kepantangan aku, tak boleh siap belut tak boleh nampak pon belut tu rupe beliau cemana. aku mahu makan je. haha.


hari ahad minggu lepas yang penting ahad pagi ar. aku belum celik mate lagi. ibu tengah layan Tanyalah Ustaz tv9 tu. jap g ibu panggil cakap Tok Sima anta rendang itik untuk aku. woowww. UNTUK AKU tu yang aku aser macam terharu ar gak kan. haha. Tok Sima ni jiran aku. aku membesar pon depan mata die. bile die nak masak itik haruslah teringatkan aku. :p lantas harusla hantar kat rumah siap nasi empit lagi. kihkihkih.



ahhhhgrhhhhhh sedapp sangat!


ibu aku pesan. pulang mangkuk Tok Sima isi buah anggur yang takde biji tu. ok bos!! berehh!! tapi tak beli-beli. dasar lupe daratan aku ni. miahaha


menangis T__T tengok gambau ni!

untuk korang yang penggemar menu ITIK!. gambar ni untuk korang!. hehe

untuk yang tertanye-tanye apekah rasa daging itik ni?

rasa daging itik ni lebih kurang macam ayam dan daging lembu. cuma rupa kekdah macam ayam pastu isi macam daging. eh?. yang penting isi die padu. mampat dan penuh. kenyal-kenyal sikit tapi tak liat. sedap ar. korang patut try sendiri. nak-nak masak rendang kan! perghh die punya 'pergi' tuu sampai taknak balik. haha.

kat JB ade kedai Nasi Itik. selalu dengar Nasi Ayam kan?. ha ni nasi itik. tapi aku tak tahu kedainye kat mane. cari kat google je. pastu try call dah takde dalam perkhidmatan. teringin gak nak try!.


bai!


Wednesday, May 7, 2014

LUAHAN HATI.

hai, hello..


tajuk entry geli-geli anak tekak je ni. hehe. aku nak meluah sikit perasaan ni. amat jarang ye aku meluah perasaan sejak dua menjak ni. faktor usia barangkali. lagi satu si mila tu bukan boleh cayo kang di sebarkan citer sensasi ni cemane. suke kau ye mila. tunggu la aku mensensasikan citer ko. haha!


luahan hati berbunyi begini.


Fara. oficemate aku tu dapat kerja lain. kerja lain yang gaji nye lagiiii beso dari gaji die sekarang ni and of course lebih banyak dari gaji aku jugak.
aku sedikit sedih.
bukan sebab gaji die lagi beso dari aku lepasni
tapi aku sedih sebab lepasni duit sewa rumah kene divide by 4 pulak!. heheheee...



kedua, Siti housemate aku tu pulak nak getloss dari rumah sewa kiteorang.
sebab die dapat kerja kat tempat lain. dekat je dengan rumah femly die.
andd of course die memilih untuk duduk bersama femly. sentap mak dengo tau.
sedih aku.
bukan sebab kiteorang akan berpisah.
sebab aku kempunan spegeti goreng dengan satay wak dogol die.
 janji nak buat.
janji nak blanje satay wak dogol ke wak bedol ke gitu la namenye.
sedih bukan kepalang sampai masuk bilik air duduk bawah pancuran air.
macam drama-drama melayu tu... drama korea pon iya jugak.
double sedih pasal duit rumah sewa akan divide by 3 pulak dah...
abesla aku.
dah la duit brim abis.
buat beli coli itu ari.
aisemen... hahaa



ketiga. Su, roomate aku tu. poooon dapat kerja lain.
seb baik la tak KELUAR dari rumah sewa tu.
syukur alhamdulillah kalau tak sedih aku bertingkek-tingkek la ek. kene bahagi duit rumah sewa kepada 2 lepasni. kuss semangat..
semangat semangat berdampinglah dengan ku.
 pasal cerita sedihnye pulak gaji Su lagi besau dari gaji mak nokk.
mak sedih pasal mak tak puas hati. lantas mak solat tobat terus.
apesal pulak nak iri hati dengan Su. not good ok.
sedih dengan diri sendiri.
haha



keempat!. kakak aku yang juga penghuni rumah sewa tu.
akan tukar kerja lepas peak period ni (peak period adalah disaster..haha).
haduihhh aku je yang tak geti-geti nak tukar kerja.
aku sebnonye bosan gak keje kat sini. tapi banyak best dari bosan.
eh cop-cop!
 lepas di pikirkan banyak bosan dari best.
best cuma supplier ar datang belanje makan kepci ke mcd ke pizza ke beriani ke.
ha tu best. hahaha.
bosan tu bukan maksud tak de kerja bersenang lenang.
bosan sebab kite kerja separuh mati
;agi idup agi ngelaban;
tapi di pandang hiba, sepi, kosong-kosong najwa jeee.
paham ke idak ye. ahh lantak la...



banyak jugak la berita sedih aku bulan MEI ni.
yang itu,
yang ini.
ha yang paling sedih yang tu la..
tapi tak leh citer sekrang.
kene kepit elok-elok bawah tiak dulu kang bende dah setel aku share.
pomis ni. hehe



kadang-kadang cakap dengan diri sendiri.

apakah barisan ujian ini penghapus dosa-dosaku?...


Friday, May 2, 2014

THE AMAZING SPIDER-MAN 2 : RISE OF ELECTRO

haii...


cuti sehari je kan semalam. ke ade yang nyambung cuti hari ni??. elok la tu uolz sambung cuti. lenggang sikit jalan raya pagi-pagi ni. haha.




semalam first tayangan Spider-man 2!! 
Sape gigih beratur beli tiket??? sape sape sape????...
tak lain tak bukann haruslah AKU dan SU!. tahnziahhh azi!! tahniah sanggup beratur!
beratur sejam! menggila sikit lagi nak meroyan. hahaha. cakap kat diri sendiri jangan give up!. walaupun nampak ramai yang give-up! keluar baris. eeeeee rugiii dah separuh jalan kot. :p






panjang tak panjang ler... mase ni dah separuh jalan. jam 11 kot mase ni. tekad mase ni kalau dapat tiket tengah malam pon aku sanggup datang. haha. seb baik la tiket banyak, masa pon banyak. IMAX 3D hado kalau korang nak tengok. 



akhirnya!!. dapat seat pon ok la. tak patah tengkok. ngam-ngam dua kosong. hehee :))


Full House



kesimpulan....... movie ni memang bestttt gilaaa! tak bosan. tak mengantuk. cuma adelah sekali dua aku menguap. dapat tiket 05.30 petang!. berkampung kat jusco dari jam 10.30 pagi. mane tak sakit tulang. Jusco semalam Full House ok! sesak napas. kat Padini lagi la ade Happy Hour 4 days. kasut baju etc semua muroh-muroh. eeeee sesak napas. Harris pon full house. baru nak berkampung dekat Harris je. kansel. lepaks dalam surau- full house jugak. kesudah lepak kat kaki lima. haha. seb baik movie ni best berbaloi-baloi la penat lelah selama ni. korang harus tengok ye. aku bagi 5/5 bintang!. pastikan korang tak terlepas walau satu saat pon babak-babak dalam citer ni. super best! kelakar dah bersahaja!. tak de kerut-kerut dahi bagai... sempooooiii jeww. 




aku citer sikit la sinopsis die. Electro ni asalnya manusia, name Max cembiasa je macam kita ni. cuma di loner. kesian. kene buli je. padahal die paling penting kot dalam Oscorp. sebab die yang mereka sistem grid elektrik kat bandar NY tapi di curi oleh orang yang selfish wtfishh wtfishh.. gituuu. oleh sebab die loner, die akan cepat rasa terharu kalau ade someone yang ingat name die (scene lawak). die jugak peminat fanatik spiderman (scene lawak) *banyak scene menggeletek hati haha*. spiderman pernah selamatkan die. dalam satu kejadian di hari lahir Max! semuanya berubah. Max menjadi Electro. cemana die bleh jadi electro? kenape die bermusuhan dengan spiderman? kemunculan Harry juga menjadikan jalan cerita ini semakin hebat!. macam mana kisah percintaan Peter dan Gwen? ape terjadi pada Gwen?? jengjengjenggg. setiap saat scene yang menarik!. pastikan korang tengok sendiri!! 

aku rase Andrew Garfield tu hensem jeee..sesuai je jadi spiderman/hero...kan kan kan?

aku nak tengok lagi esok. bawak adik badik pulak!. hehe