Thursday, April 2, 2015

KAT MANA TEMPAT SERVICE KERETA TERBAIK? (JOHOR)



 hai heloo..

Lame tak borak pasal service kereta. Alhamdulillah. Hari jumaat lepas setel dah service untuk kali ke 9 ke?? Lupe la aku ilang ingatan seketika. Last aku update major service yang tu kali ke 5. Lepas major service, ade 3 kali minor service kendian baru major service semula. Haa paham tak. Kira kau kena spend duit lebih untuk major service. Macam major operation tu…hehe. Ongkosnya stanby la dalam RM600-700. Stanby sesajer. Kalau minor ni cembese la tak sampai RM200 pun. Same je kalau sebis kat luar kan… eh same ke. Tengok kedai dan minyak hitam ape yang kau kehendak. Gitue.


Cembese entry ini, haruslah aku bercerita tentang bestnya service die Speedway Auto Services Centre S/B kat Johor Jaya. Senang je nak p, dari tepi jalan dah Nampak. Sederet dengan perodua, kedai tayar, baru nampak PROTON. Nampak macam kecik. Tapik kecil kecil cili ayam peyet. Service memang terbaik. Setakat aku service la tak pernah pula dorang buat onar. Aku pun tak pulak nak berpaling tadah untuk service kat tempat lain. Macam kat Plentong misalnya. Ha situ beso. Main die kat situ la. Ade sales dan service kekdahnye. Ruang menunggu kat sane pun hebat. Haha. Eh aku tahu pun sebab dulu kereta aku accident hantar kat sana. Pestime masuk parking kene marah dengan pak guard. Die suruh parking masuk bontot dulu. Kau rasaa… haha. Terkial-kial merembes peluh aku sebesen nak meng-ekjas mase tu. Kau tahu je la orang lelaki punya bagi direction tu macam mana. “Potongg potongg…..minyak sikit jee” dengan segala isyarat-isyarat cinta..eh isyarat tangan die tu.. Nak aje aku keluar, potong tangan die. Aku ni terel tau bab parking. Tapi bila pokcik tu begitu bersemangat waja nak tolong.. terus je aku jadi bodo. Kahkahkah.. tak patut betul pokcik tu memperlakukan aku sebegitue



Ini sebahagian hadiah yang aku dapat sepanjang aku service kat speedway auto, ade lain kat mane tah aku cempak. Boleh ke kita panggil ia sebagai hadiah?. Bisakah?.. bisa bisaa bisaaa. Mebi die nak kite setia dengan die? Mebi sebagai terima kasih sebab menggunakan service die??. Ehkehkehkeh. Ambil je la bende-bende cemni kalau sendiri beli memang mintak maap la nak beli. Tapi ikut gak korang datang berapa kali. Kang ade yang bako kereta aku marah punya pasal sebab ko tak dapat gift cam aku haa. Matila nak.. kalau pastime datang kau tak payah la expect dapat termos. Setakat keychain ke pen ke gitue. Pastu nanti next  time datang hadiah makin beso la. Cam payung, termos ha cam aku pastime datang dapat keychain. Kekekeke. Pastu pen. Kendian wow dapat payung besoo. Kendian dapat itu ini eh banyak la.. Jumaat lepas service dapat teacup tuh.. barang-barang ni semua aku simpan dalam kereta je. Kalau aku letak kat rumah ibu nanti ibu mengamuk sebab ibu tak suka barang berlambak kat rumah. Ahahahaahahahahaha. Pangai ibu ni mcam pangai aku la. Aku tak suka banyak sangat barang kat rumah. Semak macam nyeee. Ade mak-mak orang suka collect pinggan mangkok hanyun kan? Ibu aku tak ye. Kalau takde lagi bagus. Pakai je daun pisang.. mampus aku kalau ibu bace ni. Kikiki. Tapi tak la sampai takde langsung. Adelah beberapa set. Tu pun ibu dah rase semak. Kalau kat rak tivi lame best. Gobok tivi tu kemain luas orang selalu isi pinggan mangkok hayun kan? Ibu aku tak ye. Ibu lebih suka kosong je tak payah letak or isi pape dalam gobok tu.. semakk semakk. Eh aku tak paham la. Hahaha.
*gobok (ongjohor) - lemari is almari is cabinet jugak. Heee




So, sesape yang masih tercari-cari tempat service mana yang thorbaik die Johor. Area Tebrau-Pandan-Puteriwangsa-taman molek-taman daya-johor jaya ofcourse and plentong kew. Sila la datang

SPEEDWAY AUTO SERVICE CENTRE S/B. 
No. 11, Jalan Rosmerah Satu/1, Taman Johor Jaya (Phase 6), 
Johor Bahru, 81100, Johor Bahru, Johor 


Service terbaik. dorang akan explain bende-bende yang patut di explain. macam kitew pompuan memang tak paham, tapi dorang tetap jugak explain dengan sabarnya. haha. Within 3 days after service, dorang akan call Tanya kereta ok ke tak ok ke amende tak ok. Kalau tak ok, dorang soh datang balik. Simple je. Sesama menjaga kebajikan masing-masing. Sesuai ke ayat kebajikan tu. :p

darr!

2 comments :

Mohd Mansur said...

hi

Ridz Ayeop said...

Nak cari tayar? Cuba website https://mytayar.com

Ada banyak kedai di Klang Valley dan Johor yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.