Tuesday, December 1, 2015

CHARITY EVENT : HOMELESS. GREAT EXPERIENCE!!


Hari sabtu lepas, kelas subjek MGT buat satu charity event. Masa awal-awal mula kelas dulu dah bincang dah nak pergi mana samada pergi ke rumah orang tua, anak yatim or gelandangan. Selepas beberapa bulan berbincang. Akhirnya kami sepakat pilih homeless. Yeaa. Aku suka sebab ni firstime joint charity event. Kesion. Tapi tidakla aku takde perasaan tak tahu masalah-masalah rakyat heeee




Ok. Here we go. Group di pecah kepada 3 kumpulan. A B dan C. glad to joint team B sebab check point dekat CIQ jek senang. Team B ke HSA dan sekitarnya team C aku tak ingat katne Nampak noh orang sibuk briefing aku sibuk wefie kahkahkahkah.

Memula sepakat nak pakai baju hitam, tudung kuning. Pastu bese ar ade tak suka kuning, takde tudung kuning takde itu takde ini kihkihkih. So okla pakai je mana suka. :p





Hari sabtu tu kelas aku pack sampai jam 730 malam. Kemkabut solat magrib pastu makan pastu gerak dari uitm secara berjemaah. Konvoi nahh. Tempat berkumpul di CIQ. Oh lupa nak kenalkan NGO yang bekerjasama dengan kami iaitu dari KENCHARA. Dengar briefing mula-mula dorang kasi tahu charity yang kita buat ni kene ketepikan soal politik, racist, keturunan etc, lagi homeless ni bukanlah dari kalangan manusia yang normal iaitu macam kita yang mesra alam. Ade segelintirnya ganas sebab ape mereka jadi ganas? Sebab mereka takut. Takut kenape? Takut kite akan serang die, maki die marah die. Sebab tu mereka jadi ganas sebab nak protect diri sendiri. Kesiankan. Majority yang aku jumpe ialah warga tua cina mostly la. Kesian sangat. Great experience untuk aku yang cepat touching ni.


Aku handle bahagian pakaian. Homesless ni memang dah tetau je port orang nak bg sumbangan. Siap dah beratur tau. Kesian nye weii sebak dade aku bila terkenang. Ramaila nyonya-nyonya tua, india, melayu... Yang muda pon ramai gak. Tapi motif kiteorang bukan takat nak bagi sumbangan makan dan pakai, kami ade gak mintak nama dan cuba untuk bagi peluang pekerjaan. Carikan mereka kerja yang mana masih muda-muda ni.  surprisingly bukan takat orang gelangdangan biasa je. Yang luar biasa pon ade. Teka sape?. Heee dah tentu ade juga termasuk dalam senarai gelandangan penagih dadah. Sebab tu kena hati-hati. Bukan nak salah sangka. Just beware jek. Mereka semua ni tak suka gambar dirakam, so bukan boleh suka-suka ambil gambar takot dorang bertindak ganas.





Masa aku handle bahagian pakaian, kami dinasihatkan supaya tidak bertindak ganas dengan mreka contohnya, kalau dorang (homeless) ni tarik-tarik baju kita biar kan je. Jangan gaduh dengan die. Takot die lagi ganas. Sape tahu kan. Aku sedih bila ingat balik. Ramai yang cari baju lengan panjang. Iskk serius sedih sebab tak banyak baju yang ade nak-nak lengan panjang. Aku paham. Dorang nak lengan panjang sebab malam kan sejuk nak tido bukan ade rumah, bukan ade blanket ke ubat nyamok bagai. Sedih aku tau sebab tak dapat nak bagi ape yang dorang nak. Dahla tu ramai orang tua. Kesiannye wei.. aku rasa nyesal pulak tak sumbang pakaian. T__T lap ingus



Balik dari event tu aku tetaplah bersedih jugak. Banyak soalan yang bermain kat kepala ni. Kenapa dorang jadi cemtu nak-nak orang tua. Kami borak kat group wasep pasal bende ni, bertukar-tukar cerita kesian ade yang dah 15 tahun duduk kat bustand. Allah. Sakitnye dade ni sedih teramat. Aku kesian gila dengan orang tua. Kesiaannn weiii.. aku punya kesian tu sampai cerita dekat staff siap begenang air mata. dahla aku sedihh. Ok babai.

1 comment :

Han Hanni said...

memang sedih kalau dengar kisah mereka..