Thursday, January 28, 2016

RANDOM.

hai hello.


dah sarap ke uolz. jadah ape tetengahari tanya dah sarap ke belum ek. kekeke. aku pepagi dah menggoreng meggi. lapa bakhang. semalam makan dominos pizza je. idokla sampai nam kotak aku baham. 2 slice je tau. kenyang sampai malam. betull. tak caye tanye sue. :p



semalam sue datang rumah. ala sue ex-hosmate aku merangkap kekawan aku dari kecik gak ni. lepas die kawen baru 2 kali ni die datang ziarah aku. eh takla aku sakit pon. ziarah aku sebab rindu lettew. ok tak. die sebenonya nak numpang solat and nak makan-makan. sebab lepas magrib die ade meeting. biasala tu rumah aku memang orang suka singgah kejap-kejap. numpang solat la, numpang mandi la. nganto makanan lah. so, perkembangan sue sekarang. lepas lapan bulan kawen dan selepas melalui pelbagai onak dan ranjau dalam mendapatkan zuriat. akhirnya sue pregnant juga!. i is happyla. sebab sue pesen nak cecepat dapat anak. getew. eh pulak aku tak sukanya... aku sukala nak dapat anak sedara. sue tu adela bau-bau bacang dengan aku. nenek die cina so, mak die cina la ye. lepastu mak kepada apak die dengan nenek belah apak aku macam ade kaitan sedara ke getew la. macam takde kene mengene dengan mak die ek hahaha. so, sekarang ni sue ialah sedara aku lepastu die kawan tabika aku lepastu die juga hosmate aku. hadoii hiruk piruk gak family tree aku ni. tak paham aku kenape kene explain bende ni kat korang. -_-



since adik lelaki aku duduk sekali dengan aku kat JB ni, aku dah macam surirumah tau. balik kerja mesti masak. sebab adik tu pesen WAJEB MAKAN NASI. so hari-harihari-hari-hari mesti masak nasi. lauk senang je. die pesen makan ikan goreng/ayam goreng dengan kicap. kalau nak sayur pun kobis masak bening iaitu masak air. mudahkan. yang jadi tak sonoknye tu aku malas betul masak nasi. kenape ek aku masak nasi hari-hari lain. idoklah jadi spegeti ke nasi arab ke nasi pataya jadah semua tu. maksud nya, semalam aku masak nasi telebih air, so lembek sangat-sangat. aritu masak nasi gak jadi keras bebeno plak. aku tak tahula arini jadi ape nasi aku. aku sukat dah leklok pakai garisan jari. selama ni elok je aku masak nasi. masalah beras ke? skrang ni aku pakai beras jati. sebelum ni pakai beras abang jalaludin tu beras jasmine. elok je pulak. ke sebab periuk nasi? aku baru tukar periuk panasonic. aku rasalaaa. sebab periuk. ok, aku tak salah dalam hal ni. piuk yang salahhh!



sabtu ahad isnin yang lepas kan cuti panjang tu, aku balik kampung selepas 4 minggu tak balik kononye exam. hekeleh poyo betul kan aku. taknak balik sebab takot tak study. muahahaha. ye la betul tau. aku kalau balik kampung memang tak buka buku langsung. mate tuuu asik la nak ngadap astro je. astro lagi yang salah hahaha. aku kan pesen layan tv sampai tetengah pagi. dah tu cane nak tahan napsu tu. tu yang tak balik kampung masa sibuk final exam haha. ibu siap call cuma nak bagitahu beliau taksabar nak aku abes exam walaupun takdela plan ape pun dengan aku, just nak aku cecepat abes pekse. hahaha. so lepas abes pekse aku pun pulangla kekampung. pergi jumpe atokwan atokki. atok-atok aku pun tak berapa sihat. dapat gak lepas rindu sampai dua kali balik. hehehe. atokki aku dah tua tau uolz. dah start rasa sayu hati kalau anak-anak balik. nanti air mata beguguran sedih tau. agak orang tua camtula kan. esok aku tua camtula kot ek. sedih tengok anak-anak nak balik dah. tinggal bedua je dengan laki. eh emo telebihh. sedih pulak aku ngenangkan atok-atok aku tu. sayang dorang sangat-sangat. eh begenang lak air mata aku tetibe. okla baii..



Wednesday, January 20, 2016

PJJ/PLK LIFE : JADUAL SEMINAR VOL.2


Salam semua.


Alhamdulillah setelah 4 minggu bertarung nyawa untuk final exam akhirnya tamat jugak. Dalam pada aku tengah struggle jawab exam time tu juga la ramai emel dan wasep tanya memacam. Aku mintak maaf sangat-sangat kalau aku reply lambat ke, jawab macam x menjawab soalan ke. Ketahuilah penyeksaan final tu macam mana punya hazab.


Ramai tanya jadual seminar yang aku update last time tak clear. Yeke tak clear. Aku baca Sembilan puluh kali kot. Aku paham je. Ape yang susah beno nak mahamnye. Haha. Ok ta takk tak marah la Cuma pelik gak celah mana yang tak clear tu. Kekeke. Oleh Sebab aku dah janji nak update hari ni maka aku update lagi sekali la pasal jadual seminar tu dengan menggunakan bahasa ringkas dan bahasa mudah paham. puas jugak aku cari idea nak kasi lebih mudah paham. Mungkin yang lepas tu aku guna bahasa tinggi. Heeee


Kelas sabtu dan ahad bagi Negeri Selangor. Iaitu di UiTM Shah Alam. Kalau korang rasa nak kelas hari sabtu sahaja. Maka sabtu jela kelas korang. Kalau nak hari ahad. Maka ahad lah. Kalau nak sabtu DAN ahad maka kelas sabtu dan ahad la getew. Boleh ke pilih hari suka-suka? Boleh je. Sebab kita yang bina jadual sendiri. nama pun flexible learning kan. So Ok je. Kita part time bukan full time takla strict sangat korang jangan risaula. Ok jee.


Kelas sabtu sahaja untuk Negeri Johor macam aku ni. Negeri-negeri lain aku tak tahu. Sebab aku pernah pergi 2 negeri ni je untuk pjj.

untuk menjawab soalan Suhaila dan Wani.
kelas 2 minggu sekali je. Maksudnya bergilir. memang susah nak jawab soalan sebulan berapa kali kelas. sebab jadual seminar ni kira ikut minggu.

Sabtu ahad minggu petama ada kelas.
sabtu ahad minggu kedua takda kelas.
Sabtu ahad minggu ketiga ada kelas.
Sabtu ahad minggu keempat takde kelas. Ok jelas tak macam ni. untuk Negeri Johor, buang ahad tu. Sebab kelas Cuma hari sabtu sahaja. Dan waktu kelas bermula jam 8.00 pagi hingga 6.30 petang. Satu hari punya kelas ni dapat la 4 subjek.



kat sini aku letak  balik jadual seminar tu.

contoh bulan oktober, tarikh sabtu dan ahad

minggu pertama 3&4hb = ade kelas

minggu kedua 10&11hb = takde kelas

minggu ketiga 17&18hb = ade kelas

minggu keempat 24&25hb = takde kelas

minggu kelima 31hb dan 1/11 = ade kelas


nampak tak 2 minggu sekali kelas. ke ade bahasa lain ek. bahasa yang aku guna ni macam tu la. aku tak tahula kalau ade bahasa lain.


jadual atau tarikh seminar ni biasanya coordinator la yang kasi memang dah keluar sesiap untuk kita rujuk. sebarang perubahan tertakluk pada pihak ined@uitm. selama aku 3 semester ni mcam nila rupa kekdahnya jadual seminar tu.


Ade juga yang tanya apa beza e-PJJ dan PLK. Aku macam dah beritahu dulu kot. Ke takde ek. Tengok aku pun dah ilang ingatan. Hehehe.



PJJ dan PLK sama je cara belajar. Dulu aku pernah dengar juga e-PJJ ni kelas waktu abes keja. Ye ke? Tu aku tak sure la. Sebab sekarang ni 2015 mode pengajian aku e-PJJ. dulu tahun 2014 mode pengajian aku PLK. Lepas tukar couse dari ACC ke Finance, mode pon terus bertukar.


korang tak payah la pikir sangat e-pjj ke plk ke, yang penting Cara belajar e-PJJ ke PLK semua sama je. Lain pula cara belajar secara consultancy. Cara consultancy ni korang tak payah tahu dulu la kang pening pale. Haha. Buat masa ni korang tak terlibat belajar secara consultancy heeee.


Yang penting datang masa hari pendaftaran nanti. akan ade orentasi la lebih kurang untuk jelaskan kat korang style belajar tu cemana. Jangan risau laa aku risau kalau korang risau. Semua akan ok pecayalah. Kalau korang menghadapi saat-saat sukar share je la dengan aku kita kongsi bersama k. setiap orang pengalaman berbeza-beza. fighting!!

xoxo



Friday, January 1, 2016

.2016

haii semua selamat menyambut tahun baru. 


memula macam taknak update. tapi macam tak best pulak kan tarikh dengan cun ni. 01.01.2016 agak biadap kalau tak update barang sekali haha. dahla lama tak update. sekarang bz exam weeks la guys.


aku harap wishes korang untuk tahun di tercapai! dengan syarat yang baik-baik aje. tapi ade ke orang buat wishes bende yang tak baik ek. contohnya, aku harap tahun ni jiran aku koma sebab asik memekak lagu goyang bali 24 jam. hahaha. ok niat dan harapan macam ni tak baik ok. jangan buat. :p


azam baru tak semestinya setiap tahun je nak kene letak dalam bucket list. setiap hari pon kita kene letak satu azam untuk esok. bangun pagi terus niat ape yang kita target harini. sebelum tido dah plan apa kite nak untuk bulan ni. dan seterusya!


plan aja, sesungguhnya Allah yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita kan...
so aku pon plan aje la, 


aku harap tahun ni aku kawen, lepastu taknakla beranak cecepat nak becinta dulu setahun ke dua tahun nak travel nak join backpackers sesama lepastu nak ajak joint program charity sesama, lepastu nak bekepit je 24 jam ewah sangat ni impian. harap bakal suami sabar dan tabah dalam melayan kehendak aku. kahkahkahh


tahun ni jugak aku nak dapat dekan lagi. biala orang cakap aku tamak. takpe aku izin kan. haha


tahun ni jugak aku nak kurus. bosan betul dah 5 tahun cakap bende yang sama. tak segan tak silu nak brought forward azam ni dah macam jadi harta warisan turun temurun pulak kekdahnye. eh pompuan memang cemtu. naik pipi sikit je terus pergi gym, lengan besar sikit terus tak nak makan setahun. kaki tak macam jessica snsd terus puasa isnin kamis. tak paham aku. macam member aku ni pulak azam die nak gemok. tskk sangat. orang lain sebok nak kurus kau aje nak gemok. ok takpe biala tu azam diekann. 


tahun ni juga aku nak travel banyakkkkk tempat. bulan 1 - 3 dah penuh ni aktiviti travel dalam dan luar negara. bestnya hopefully all went well!!


ok buat masa ni tu jela azam aku. haritu masuk tahun baru islam aku dah berdoa untuk semua umat islam didunia ini dan semestinya untuk bangsaku juga!