Thursday, December 8, 2016

PJJ/PLK LIFE : TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN.

hai, hello...


biasanya bila dah habis seminar (tinggal 1 seminar je lagi) aku kene bersedia untuk bulan peperiksaan pulak. dan biasanya bila jadual dah keluar, aku akan keluarkan code subjek yang aku ambil this sem. lepastu kira gap antara subjek-subjek tu makan berapa hari.


tips yang aku nak share ni mungkin kekdah aku sorang je. orang lain aku tak sure cemana cara study mereka. sebab PJJ ni ko memang kena struggle gila. ade orang cincai boncai pandang remeh je study PJJ ni. aku tak ya. aku sangat obsesi dengan PJJ. ceewahh


1. BELAJAR AWAL


tak ramai yang tahu study awal ni boleh mengurangkan risiko kau gagap masa nak jawab paper nanti. kebanyakkan student suka study masa gap antara subjek. contoh subjek ELC dengan MGT gap 5 hari, ha time tula kau baru nak study MGT. aku rasa tak boleh kot kalau korang nak buat cemtu. MGT tu banyak gila kot ko nak kene hapal. samala macam QMT. kalau ambil masa gap 4 hari baru nak study. memag gila hebat pale otak ko hahaha.

so kalau tanya aku, aku suka study semua subjek awal. sebelum mula subjek paper pertama tu aku akan pastikan semua subjek aku sentuh. tak kira la sempat ke tidok. aku akan sempat-sempatkan jugak. so, bila gap antara subjek tu aku just buat revision semua bab. untuk subjek menghafal aku akan baca hari-hari sebelum tido. kalau boleh masa dalam dewan exam tu aku nampak sesatu mind maps yang aku buat tu kat kertas jawapan hahaha. syco gila pompuan ni. eh tapi betul tau. bende ko tengok hari-hari mesti ko boleh ingat punya. siap boleh tahu pen warna ape, bentuk ape..awan nano ke, pentagon ke. haha


2. TIDUR AWAL

aku dari dulu memang tak reti tido lambat-lambat bila esok nak exam. tak kira la paper petang ke tenghari ke. tetap jam 11/12 malam mesti kene tido. well, korang mesti paham kakak kau ni tak boleh kalau tido tak cukup nanti muka itam heeeeee. ade pulak yang tanya aku betul ke nanti muka itamm? hekeleh betul. -___-

kecuali time study week la. tu memangla kene tido lambat sikit sebab biasanya lepas subuh aku sambung membongkang bhahahahaha topap waktu tido :p. kalau time cuti lagi best. sampai 2 3 pagi masih study lagi. sebab esok kan tak kerja so bisa ajaaa membadak sampai tengahari. student life memang cemni uolss. untung belum kawen. besok dah kawen memang tak merasala nekmat cemni. tehehehee


3. TIADA PERBINCANGAN

ni pon pesen aku zaman study SPM kot. (sebab masa SPM baru serious belajo). sebelum masuk dewan exam aku memang pantang orang tanya pasal subjek yang akan dijawab nanti. pesen nervous lepastu nanti semua hilang. jem kepala masa jawab paper tau. i really damn cannot la. biasa kekawan ajak datang awal study sesama sebelum exam petang nye. aku eeish tak boleh. aku tak tahu la kenapa.

kalau sebelum bulan exam ko nak ajak bincang ke study group ke. aku boleh je. bila dah masuk minggu/bulan exam ko ajak aku datang group discussion memang aku ignore je bah. kekekee
aku rasa elok kekdah ni bagi mengurangkan kegelisahan. but, kalau ade bende kau tak paham bincangla. jangan ko blaja sendiri pastu ajaran sesat. no ya. aku banyak wasep lect terus kalau ade bende yang aku musykil..so senang!. accurate answer terus dapat. but nak tanya lect pon ade kekdahnye juga. entry lepas aku ade share. sila tengok-tengokla cara aku menanya pada lect yang mana soalan kau mesti lect akan reply punya! haa.. ade tips tau nak menanya tu!.

kekadang kalau ko datang time exam, kekawan sibuk bincang itu ini. ko pekak kan je la telinga. walaupun dalam hati rabak bagai dicarik-carik punya gelabah sebab macam kau tak study ape yang member ko bincangkan tu. padahal bende tu ko dah study dah cuma nervous tahap gaban ke tahap accident sampai lupa segala-galanya. so lets avoid people yang suka discuss seminit sebelum masuk dewan exam.

tapi kekdang kawan kau ni mendengki jugak. cakap kau mesti dan well-prepared, mesti terel ni. haaa stress juga tu. aku sengih jela. nak cakap tak bersedia macam menipu sangat. nak cakap dah bersiap..bongkak pulak. bahahaha. so, alhamdulillah.. tawakal i will do the best. good luck peeps!


4. EXAMINATION SLIP

log-in istudent portal untuk print slip examination 

ni pon ade kes banyak. slip tertinggal tah mana-mana. pulak tu duduk jauh-jauh. nak patah balik memang haram mampus tidak la dengan jem anywhere everywhere. ekekekeke. kalau ikut cara aku mudah je. aku print dua copy. satu lipat dalam matrik card holder. ade orang sayang nak lipat-lipat. aku dulu ya sayang jugak nak lipat siap laminate. bahahah SPM sangat!. tapi dah beso-beso ni lantakla. dari tertinggal kan. so lets lipat. satu lagi copy aku letak dalam dashboard kereta. misal kata la matrik kad aku tertinggal which is kat beg lain. (biasala pompuan banyak beg). so penyelamat ade, dalam kereta. walaupun sebenonye boleh je mintak Puan Syud (staff ined) print kan. kalau exam petang ok lah. kalau pagi. haa kemkabut dengan slip tak bawak, lepastu menapak pergi bangunan pentadbiran sane. eishh i tak sanggup. pernah sekali teman classmate, hahaha sakit kelengkang aku. melecet hahahahahahahaa

kalau nak selamat ikut je cara aku tu. if takde kad matrik pon takpe, janji kad pengenalan bawak. mustahil pulak kalau kad pengenalan pon kau tertinggal. kikikiki.


5. NAMA LECTURER

biasanya bila dah print slip exam, aku akan tulis sesiap nama lecturer kat sebelah subjek yang kita ambil tu. kadang lect ni pon sensitif bila nama salah potong nam markah hahaha. walaupun aku tahu lect tak macam tu pon. saje je die nak kita make sure alert benda yang kadang korang nampak remeh.

boleh ke conteng kat slip exam tu?
ye la boleh, setakat nama lecturers je pun. lainla kalau kau tulis formula ke, code rahsia ke. tu dah sah-sah kene penyepak dengan pengawas exam.


6. JAGA MAKAN

aku ni perut sensitif kalau exam. nak-nak pagi. pagi jam 9 tu memang time aku memerut. dapat pulak exam subjek pagi jam 9.15 ha amek ko. dah lettew lepas 30 minit baru boleh keluar dari dewan exam. ko bayang la 30 minit tu hazab tahan bontot nak berak. hahahaha. last sem weii, terseksa batin aku. lepas 30 minit je aku terus zapp pergi jamban. lama engko memerut sampai pengawas cari aku kat jamban. ape ke gila hazab aku mase tu. dalam kepala dah pikir mesti tak sempat ni buat essay. (subjek ELC masetu). pengawas siap tanya sakit perut ke? eh tak la saje cari ilham dalam jambann.. hahahahahaha keji noh kalau jawab cemtu. ye la puan pepagi perut saya ni memang biadap sikit. :pp

okla sampai disini sahaja la tips yang dapat aku list kan. kang ade lagi aku update dari semasa ke semasa k!. heee


bai!

credit pictures : google