Friday, July 3, 2020

Keluh kesah kak esah moden😂

00:10

Tahlah mata taknak lelap.  Macam2 hal pikir. Padahal seminggu ni bantai kerja sampai malam.  Aku ginilah kalau badan dah exhausted sangat bukan senang nak lelap.  Dah tua gamaknya 😂.

Kekacauan hati akibat risau.

1. Kesihatan mak aku makin worst.  Semakin hari semakin lemah.  Aku tak terbayang macam mane keadaan aku kalau Allah cakap sampai disini sahaja rezeki nyawa mak aku.  Urghh aku mesti teruk dan taknak bayangkan langsung.  Mak aku dah start jalan pakai tongkat, mandi pon adik aku uruskan.  Gagah juga nak jalan sendiri walaupun kaki dah goyang badan dah gigil.  Semangat mak aku tu sampai aku tak boleh nak describe betapa bersemangatnya mak aku melalui hari2nya. Kita yang tengok pon Allah. tabahnya, kuatkan orang2 yang senasib dengan mak aku 😢 ya Allah kau angkatlah kesakitan ibu ku,  tinggikan darjatnya atas kesabaran melalui ujian yang kau beri-amin😞

2. Dah dua kali aku kene tipu dengan seller kat shoppee. Pegalaman pertama tak mematahkan semangat aku untuk terus ditipu😂 aku da bayar dengan shopee tapi seller cakap aku tak bayar. Aku malas nak argue.. Aku sedekah jela😰. Kadang bende gini kalau dipikir kan lama lama jadi beban.  So,  bio jela.  Ini tidak mengganggu gugat semangat aku untuk terus ber-shoping😁

3. Aku taktahula sampai bila aku nak kerja makan gaji.  Hihi bukan tak best kerja kilang aku tu.  Best woi.  Makan minum semua tanggung.  Duit minyak duit toll semua cover.  Lagi ape. Semua cukup.  Kerja banyak dont care janji gaji jalan,  hidup senang.  Tapi sampai bila.. Kekdangan aku cam bosan. Tapi macam x besyukur pulak aku ni hahaha.  Tahlahhh cita2 aku ni sukar untuk dijelaskan...

4. Nak sambung master tapi tatau bila...

Tu jela keresahan hati yang membelenggu jiwa ini seminggu dua ni. 

Xo!