Al-Fatihah untuk ibuku tercinta Maslinah Binti Ayob semoga Allah mencucuri rahmat.
tanggal 31 Ogos disaat orang lain sibuk menyambut hari kebangsaan, sibuk count down. keluarga aku berperang dengan perasaan. malam 31 ogos tu detik yang aku sekeluarga tak boleh lupakan sampai bila-bila. rindu T__T
kami menjadi saksi ketabahan dan kecekalan ibu melawan penyakit kansernya. sejak 2014 hari-hari yang berlalu terasa singkat tapi untuk ibuku berperang dengan sakitnya itu dah kira masa yang panjang. tak sape pon sanggup lihat ibu atau bapa mereka sakit apatah lagi kanser yang membunuh dalam senyap!
tapi.
ibu redho. redho dengan ketentuannya dan takdir dan ujian yang Allah beri padanya. tak sedikit pon aku dengar ibu mengeluh, menanges depan anak-anak. bagi ibu anak-anak adalah kekuatannya. kalau pon ibu rasa give up rasa sedih tak terlontar depan anak-anak melainkan meletakan kepalanya di tikar sembanyang mengadu pada yang Esa. rindu T__T
ibu memang kuat. semangat ibu menjadi inspirasi aku. tak pernah berhenti mendapatkan rawatan. saranan doktor semua diikut. chemo? tah berapa puluh kali ibu hadap. sakit? kami saksinya. mengeluh? ibu tak pernah sekali pon mengeluh. melihat ibu kuat, kami juga kuat.
2020 memang mencabar bagi kami. ibu start sakit, lemah tak seperti biasa beliau chemo. kami beranggapan ibu chemo (ubat Xyloda) ni memang jahat. doktor cakap badan ibu kuat sebab ibu mampu habiskan 8 cycle ubat ini. kesan die lebih kuat dari drip. tapak kaki ibu dah mula pecah-pecah. bila pijak terasa pedih sehingga mengalir air mata. tapi ibu tetap melangkah seperti biasa. kuku, jari, kulit jangan cakaplah macam terbakar. kulit kering, mata kabur, urat kat leher menarik sampai leher ibu tertarik ke kanan. ya Allah seksanya tengok ibu macam ni. hati aku selalu menanges, dalam doa, tak kira dalam keadaan aku sedang apa sekali pon tak putus doa aku supaya sakit ibu diangkat, darjatnya di tinggikan dek kesabaran dan sifat redhonya yang tinggi. Allahuakbar ibu memang hero.
nak dijadikan asbab ibu pergi. 2 minggu ibu cirit-birit non-stop ini pon salah satu effect dari ubat xyloda. kesiannya tengok ibu menguji kesabar kami adik beradik. boleh aku banggakan aku ada adik beradik yang terbaik, semua demi ibu kami sanggup. aku selalu pesan pada adik aku Allah sedang menguji ibu Allah juga sedang menguji hati kita sebagai anak. pesan aku pada adik, selalu minta pada Allah supaya ikhlas, sabar dan mudahkan. istifar, selawat tiap kali kita rasa susah. Alhamdulillah jaga ibu bukan susah, sangat mudah. Allah sayang. tak sikit pon ibu merungut sakit, tak cerewet, takda marah-marah. boleh kita ikut ilmu ibu, mulutnya sentiasa berzikir, amalan setiap pagi surah yassen dan mathurat. kadang-kadang ibu minta dibukakan al-waqiah kalau malam Al-mulk dan zikir-zikir. sejak ibu matanya kabur memang ibu runsing betul sebab tak dapat mengaji. penglihatannya betul-betul terhad. sedih bila dapat wasap dari ibu.. hurufnya berterabur tapi still juga nak wassap anak-anak. Allah... rindu T__T
hari ibu nak pergi, kami memang dah terasa lain. ibu tak macam biasa. dah tak mampu nak buka mata. lemahnya sangat ketara kalini. nafasnya turun naik. kerap juga kami bisik supaya berzikir. kami berzikir bersama. nampak bibirnya ikut sama. ibu pernah pesan jika suatu hari nanti keadaan ibu seperti sekarang, tolong bisik di telinga ibu kalau sudah sampai waktu solat. alhamdulillah aku yakin ibu tak tinggal solat sehingga nyawanya yang terakhir. sepanjang malam adik aku tak berhenti mengaji sebelah ibu. aku sangat yakin saat ibu berhadapan sakaratul maut, telinganya masih mendengar ayatul quran.
Alhamdulillah ibu pergi dengan tenang sekali, pergi dalam tidur. mukanya tenang dah tak menahan sakit. wajahnya aku terasa seperti tersenyum. wajah yang aku takkan lupa sampai bila-bila. rindu T__T
urusan kebumikan ibu dimudahkan oleh Allah. ibu meninggal sebelum subuh. selesai dimandikan pukul 9. kebumikan sebelum jam 11. memang ibu pesan kalaupun ibu nanti meninggal mohon di percepatkan urusan ibu jangan dilambat-lambatkan kalau boleh jangan melangkau waktu solat. alhamdulillah ya Allah kau mudahkan urusan ibuku. usai talkin, hujan pon turun. langit seakan menanges juga melihat kami bersedih. tak sape pon bersedia untuk kehilangan. lagi-lagi kehilangan seorang ibu.
urusan kebumikan ibu dimudahkan oleh Allah. ibu meninggal sebelum subuh. selesai dimandikan pukul 9. kebumikan sebelum jam 11. memang ibu pesan kalaupun ibu nanti meninggal mohon di percepatkan urusan ibu jangan dilambat-lambatkan kalau boleh jangan melangkau waktu solat. alhamdulillah ya Allah kau mudahkan urusan ibuku. usai talkin, hujan pon turun. langit seakan menanges juga melihat kami bersedih. tak sape pon bersedia untuk kehilangan. lagi-lagi kehilangan seorang ibu.
ibu.. tenanglah dikau disana, pemergianmu dicemburui. ramai yang sayangkan ibu. kebaikkan ibu selalu diceritakan. kami? entah bagaimana nanti. bahagialah ibu di syurga sambutlah kami nanti ya.
al-fatihah untuk syurgaku ibu.