Hai...
Hari ni macam ade masa sikit nak share pengalam kengkawan yang PJJ juga sama macam aku.
Ramai yang Tanya aku best ke PJJ ni. Best ke travel jejauh
semata nak study. Ekekeke
Sebenarnya seronok kalau kita dapat share pengalaman PJJ,
pengalaman travel untuk PJJ ni. Kita berkongsi rasa, berkongsi pendapat. Sebab sama-sama
rasa kepahitan dan kemanisannye tu. Macam aku memang takde kawan sesame travel
sem lepas. Search kat internet pun takde sape yang sudi reply emel-emel aku
mungkin dorang dah tukar emel ke lupe password ke. Kekeke pikir baik je
la bulan puasa ni.
Aku start up entry pjj life pertengahan bulan September tak
silap. Ramaii kot yang emel mintak pendapat, tanya itu ini. Seronok! Sebab bukan
aku sorang je yang ade semangat nak PJJ ni. Rata-rata dorang pon sama macam
aku. Search kat internet takde pencerahan sangat. Actually experience kita ni
sangat berharga untuk di share kan. Ramaii sebenarnya teringinn nak PJJ Cuma dorang
tak dapat penjelasan lepastu macam takot nak start. Elok tanya je orang yang
melalui sendiri PJJ ni macam mana. Puas hati! Gitu. Dulu aku takde experience langsung
nak PJJ ni. Nangis sesorang tak sape pun tahu. Nak-nak perjalan Johor Ke Shah
alam tu bukanlah satu perkara yang indah sangat :p… Sekarang bila ramai tanya
aku pasal PJJ, aku sangat-sangat terbuka *tangan terbuka* untuk shareee selagi
mana yang aku tahu. Aku nak dorang bersedia mental fizikal. Bersedia untuk
segala-galanya. Kehidupan bakal berubah 180 darjah. Gituw. Sebab aku taknak
dorang kecundang di pertengahan jalan. Separuh jalan je ambil degree. Tak habis.
Sayangnya kan..
Kalau korang yang PJJ tu dah start ilang semangat, dan start
rasa menyesal. ce borak dengan kawan-kawan atau cari geng yang sama-sama PJJ
untuk berkongsi rasa. Tak kesahlah kenal di alam maya sekali pun. At least kita
dalam release semua beban yang konon-konon macam masalah besar sangat tu. Kekeke.
Aku dulu luahkan kat blog je. Takde kenalan lagi mase tu. Aku paham hidup PJJ
ni sangatt tight!. Seriously.
Macam mana aku melalui kehidupan sebagai PJJ student?
Aku laluinya dengan enjoy!. Penat memang penat bila nak
pergi Shah alam. *boleh baca entry lepas*. Tapi kita tak payah begitu memendam
rasa, atau terlalu pikir yang sarat. Kita enjoy je. Sebab tu cita-cita kita. Mana
ade bende dalam dunia ni senang bebeno nak dapat. Memang ade sesetengah orang
macam mempertikaikan ape yang kita buat. Yele jauh tu p menuntut ilmu Johor –
Shah alam. Alaa ko bia je la. Anggap je la semangat kita. Besok-besok mulut die
penat la. Buat ape nak bebidas dengan orang macam tu. Hidup kita, kitalah yang
corak.
Down.
Rasa ni memang ada. Aku pun dulu pernah rasa macam tu. Masa ibu
aku diagnosis kanser. Aku rasa PJJ+uitm+shah alam tu terasa beban yang sangat
besar untuk aku lalui. Tapi kita kene cecepat positif. Alhamduillah orang-orang
di sekeliling aku bagi semangat. Aku percaya Semua ni UJIAN. UJIAN dalam
menuntut ilmu. Seberapa banyak pahit pon aku lalui dalam menuntut ilmu, aku
percaya satu hari nanti aku layak dapat kemanisan yang aku mahukan!. Allah tu
tak kejam untuk bagi ujian yang tak mampu kita tanggung. Cewaah ni luahan hati
ni. Betul. Bila aku start buat PJJ ni, Alhamdulillah boleh aku katakan hidup
aku terasa terisi dengan aktiviti yang sihat dan menjadi insan yang semakin
bijak dalam membuat keputusan. Cara berfikir pun sama berubah. Nampak tak
positif nya tu. Sebab ilmu yang kita dapat tentu sekali ilmu yang baru. Buat kita
berfikir mengolah merumus. Etc etc. kalau sebelum ni rutin aku pergi kerja
balik kerja. Otak tak berapa nak bekerja sangat.
Bukankah perkara menuntut ilmu ni sesuatu yang baik untuk
meningkatkan productivity diri?
Oleh itu, *ucapan menteri :p* aku mendorong kawan-kawan yang
nak sambung belajar. Pergilah menuntut ilmu. Menuntut ilmu ni bukan dengan cara
macam aku lalui sekarang ni, banyak cara. Pergi kelas cupcake pon ilmu jugak tu
:p