Monday, August 17, 2015

PJJ/PLK LIFE : LOOKING BACK : SEMESTER 2/2015


Sem 2.

Kampus baru.

Environment cantek.

Jadual tak padat.

Lect best.


Kengkawan best.


Terpaling best kelas best.



LAW.

Memula nak kimiakan diri dengan subjek law. Feel like dying. U Better dying. Bhahaha. Berbeza masa diploma. Eh cop. Diploma dulu belajar subjek law pon rase nak mati. Aku ni siap buat pengakuan dalam iclass. Aku luahkan kat dalam grup dengan lect, aku cakap law dengan soul aku belum serasi. Memang btl pon. Aku tak tahu amende semua kejadian yang terjadi dalam subjek tu, amende sebenarnya law485 ni?!!. Until paper final pon aku masih blur. Tapi blur aku pun aku hapal je. Aku tetap study cam biasa. Tapi rasa kosong. Sampaila aku jawab paper law dalam dewan exam tu. Soalan mak aii boleh tahan mencabar. Memula aku rasa nak jugak giveup, bila tengok kekawan lain dah angkat kaki. Aku rasa nak nanges pun iya. Sebab tak boleh terima kenyataan aku tak boleh jawab langsung. Aku rasa aku dah hapal satu buku teks tu! But kenapa aku still tak boleh jawab!. Aku geram. Tahu tak ape aku buat dalam keadaan rasa nak give up tu?



Aku sandar pada kerusi. Aku tarik napas dalam-dalam. 3 kali hembus. Aku baca balik soalan satu-satu. Aku cakap kat diri sendiri, tak mungkin aku tak boleh jawab!. Sepatutnya aku boleh jawab!. Takkanlah dalam banyak-banyak perkara yang aku hafal tu tak satu pun yang keluar!! Begitu sekali aku syco diri. Alhamduillah sikit sebanyak boleh juga aku jawab.  Ko maklom je la. Kes berapa punya banyak kena ingat. Bila baca soalan satu-satu tak ke kepala ko berpinar mane satu ni, kes ape ni, bab ape ni, ko nak ape hah! Hahaha. Aku tak berapa nak ikut jawapan buku sangat. Jangankan buku, format lect aku tak berapa nak ikut sangat. Aku ikut je teknik aku sendiri. ewahh Derhaka betul. Bahahaha


STATISTIK.

Omenjey. Statistic..  kill with silence. Memang boleh jadi modus operandi kotla kalu aku mati masa tengah study statistic. Sedari dulu lagi aku memang tak minat subjek mengira ni. Aku tak pandai aku tak laju pon dalam mengira. Kalau ko letak parang kat leher suruh baca sifir 8, Sumpah aku tak boleh. Aku tak boleh jawab math dalam high pressure! Hahaha. Matematik SPM dulu stakat lepas credit je. Tu pun aku rasa dah cukup pandai sebab ape? Sebab dalam ujian ke pekse ke, even spm trial tak pernah lulus. Sila la percaya. Add math lagi la jangan cakap. Dapat 8E pon aku sujud syukur dah. Asal jangan 9G.. Harus percaya aku ni bukan asal budak bijak pandai pun. Tapi usaha nak jadi bijak tu ade. Baahahaa.







ni la kekalutan malam sebelum paper statistik berlaku. alhamdulillah lect aku best gila.  aku memang nyampah jawab bab probability. aku rase bab tu nganjeng aku. hahaha. sharing jawapan dengan kawan-kawan kat shah alam. dorang lagi sedih sebab dapat lect propesor. pepaham je ler. heee


Aku rasa sem lepas berakhir dengan sangat pantas. Mungkin aku terlalu sibuk dengan kerja-kerja pejabat. Nak pulak GST lagi satu halnya. Lepastu nak closing account. Dengan pindah rumah sewa lagi. Haha. Haru biru betul sem lepas. Rasanya aku beria study masa 2 ke 3 hari nak final.



RESULT.

Tipula kalau aku tak target A. tapi rasa macam impossible je kau ni azi. Muehehehe. Jawab soalan pun alahai macam segan nak mintak A. mintak lulus je selayaknya.
Bedebar betul tunggu tarikh keramat 14 ogos tu!. Khamis malam tu aku tido awal lepas isyak cemtu. Sado jam 615. Nak bangun subuh. Tapi belek phone dulu. Omg bakpe banyak no noti ni. Rupa kat group dah kecor pasal result dah keluar jam 10 malam tu. Haha. Aku sedap tido. Aku pun bukak la emel. Scroll. Nampak la sipi-sipi macam 3.00. wow. Pastu eh kok kelabu mate ni. :p. berapa nombo sebelah 3 tu?. Bahaha


perasaan gembira tak terkata yang tak mungkin aku lupe!

Badan terus rasa gigilnye. Oii gila ke ape, betul ke ni. Cek no. pelajar. Cek nama pelajar. Eh ni aku ni. Nama ni milik jasadku. Ewah. 3.84?? ko gila ke ape..kenapa banyak sangat ni. Hahaha. Tula reaction pertama aku. Lebih kepada tak percaya. Lepastu baru Alhamdulillah. Tak patut betul. Terus wasep ibu. Rupanya ibu pon kurang percaya, siap boleh cakap “ko tak salah tengok ke?”. Bahaahahahaaa alahai mak aku nii ponnnnn.
Alhamdulillah.
Lepas subuh wasep lect law. Lepastu siang sikit wasep lect statistic. I is terharu.. Tak percaya sangat ni..



Kang ade yang cakap ala 2 subjek je boleh la score. Ewah. Kalau tak usaha ingat boleh score ke. Ko ni kecik ati aku tau. Hahahaha


*aku share kat sini bukan sebab nak menunjuk-nunjuk konon macam power je. tak sebenarnya, nak bagi semua geng pjj semangat!. yang nak sambung study as pjj pon boleh ambil semangat ni.. lagi satu aku pun nak mengabadikan happy momment yang amat jarang dapat! baru ni la aku merasa kegembiraan sebenar bila nama tersenarai dalam dean list!. jom berhuhuhu.




Monday, August 10, 2015

KEGILAAN NASI LEMAK.

Aduhai mengantuk beno mate ni. Nak buat kerja pon tersengguk-sengguk. Kalau naip entry baru rase segar bugar lak mate. :p

Tadi pagi sebelum naik opis beli nasi lemak ayam goreng. Matilanakk makan nasi lemak pepagi. Mintak bencana namanya. Sah-sahlah aku mengantuk. Buat kerja pon aih malas. Oleh sebab teringin bebenor. Maka aku beli jela barula truly Malaysia. Kalau tak arini bila lagi nak makan haa.. bila bilaaa ha ko cakap dengan aku bila. Muahahaha.

Semalam sebenonya dah makan nasi lemak ayam goreng jugak versi kampong lagi. Dasar pelupe ke ape aku ni. Bukan pelupa. Saja buat lupe. Mehehehee. Dua tiga menjak ni nak makan nasi lemak je. Tah kenape. Pembawakkan betul lah. Bukan pembawakkan budak coii. Pembawakkan nak datang bulan. Muahahaha.

Besernya kalau pagi dah makan berat. Tengahari aku memang tak keluar makan. Petang pon tak makan. Malam baru bancuh kopi cecah beskut eh ke biskut cecah kopi. Tapi tak jugak. Kadang kol 9 malam tu tekak meronta-ronta mintak migi. Bedebah betol.

Hari ni tewas la.. tadi ade kerja kat luar. Lepas tu tersinggah mamak adda height tu. Ter hoder roti canai banjer. Ter hoder ayam goreng seketul pule nyum sedapp rangup. Aku kira alang-alang ter hoder semua tu, maka aku hoderla segelas sirap limau ais. Mamak ni kongasam pun iye. Sape soh memanggil-manggil. Aku ni serbe salah sikit kalau dah dipanggil tapi tak singgah. Kahkahkahkah.






Nasi lemak pagi tadi. Giler tak. Sambal tu kalau boleh nak 2 senduk. Tak cukup dengan itu, sendukkan jugak kuah rendang ayam. Persoalannya kau tak rasa bersalah ke azi mase menCENDOK tu??!! Kegilaan apakah ini. Tobatlah!



Wednesday, August 5, 2015

YEKE KAWEN LAMBAT SEBAB MEMILIH SANGAT?

Hai.

Soalan wajeb time beraya. Bila nak kawen. Bila na makan nasi minyak ko. Bila lagi bilaa bilaa bilaa.     

 -_-/


Dulu selalu kot aku mengeluh kat blog pasal soalan-soalan ni. ngee geram sampai ketap-ketap bibior. Haha. Sekarang kalau pokcik-pokcik atok-atok tanya bila nak makan nasi minyak kamu ni? aku jawab je dengan jenaka. Planning tak buat nasi minyak mungkin nasi tomato ke nasi jagong paling jahat pun aku jawab nasi goreng berlado syok dimakan dengan lado....ewah nak melado mulut orang nampak. Bahahaha. Nampak macam kongajo je aku ni. ah gasaklah. Kalau lah dorang tahu betapa rimasnya aku dengan soalan macam tu. Hoittt. Kalau bab kawen tu aku yang tulis takdirnya. Boleh lah nak di jawab. dah sah-sah jugak aku beraya tahun ni bawak laki kehulu kehilir. 30 syawal baju sedondon sesajer. Bejalan Kepit ketiak kang korang sakit hati pulak. Haha


Ade jugak yang cakap dengan aku kenapa memilih sangat. Ehhhh. Tetibe dapat soalan panas macam ni dah tentulah hati ni makin panas. Sesuka je cakap aku memilih. Marah ni marahh.
Ko gila tak memilih?? Bahahahahaha


Ibu aku pun cakap. Pilih laki yang jaga solat tu paling wajeb. Hah! Tak ke aku patut memilih tu. Tapi sebelum kita memlih orang yang macam  ni, kita dulu kene betul. Ko sebok canang kat pesbuk nak laki yang boleh jadi imam solat, soleh, pandai jaga keluarga. Tapi kau sendiri solat berlenggah, solat tonggang langgang. Tak jaga diri, bukan takat diri, hubungan dengan keluarga pon bermasalah. Nauzubillah.


Sebelum kita nak sorang suami yang boleh jadi imam kita. Tanya dulu diri kita, kita ni solatnya macam mana. Macam mana dengan wuduk,  bacaan solat semua tu. Dah sempurna ke. Baru lah kita boleh letak dalam list ciri suami idaman hashtag seorang lelaki beriman. Getew. Ibu aku selalu cakap dengan aku. perkara yang membezakan lelaki/manusia adalah dari perkara solat! Aku taklah cakap aku ni power sangat bab ni. aku pon still learning untuk perkara baik. Dari pembacaan aku, Sebelum yang baik datang kepada kita, perbaikkan dulu diri kita. Janji Allah tu pasti. Insyallah jodoh untuk aku ada. Cuma Allah kata belum. Makanya kau tak perlu pertikai kenapa aku kawen lambat sebab memilih nak lelaki macam itu macam ini. Coii kau boleh ke baca hati aku cemana.


Aku marah betul kalau orang cakap taste aku ni tinggi la nak yang ongkaya la. Nak yang itulah inilah. Berharta kononya. Ngeee. Marah tau. Kalau time tu mood aku tak berapa baik. Aku iye kan aje. Haah betul memang aku nak laki yang kaye raya rumah beso ade swimming pool ade jakuzi ade air terjun dalam rumah. Hah!. Gile ko. Aku sedo kedudukan aku. Sedo sape jela aku ni hah. Berangan pun takot ade hati nak laki gitew. Yang aku geram bertambah geram tu. Ade jee salah aku nak di carinya. Konon conan ke ape nak siasat kenapa aku kawen lambat. Stress betul la. Aku baru 27 tahun kot. aku rasalahkan elok jee mudeee lagi. Bahahaha.


Kakak aku paling bestla. Die DIAM takde komen langsung kalau orang dok panas-panaskan hati die bab kawen ni. die tak keluarkan pape kenyataan langsung. Aku dulu nyesal gak sebab menjawab. Dah tu orang pepandai buat spekulasi dan memanipulasi kenyataan aku tu. Macam ni agaknya perasaan retis. Hahaha.



Kesimpulannya, aku memilih ke tidak itu adalah perkara peribadi. Aku taknak keluarkan sebarang kenyataan nanti keluar kat rotikaya cakap aku pompuan perigi yang bermuka timba. Bahahahaha. Perasann hakikat blogger sendu. :p