Friday, November 27, 2015

PJJ/PLK LIFE : BAYAR YURAN GUNA KWSP (AKAUN 2) -PERMOHONAN KALI PERTAMA

hai guyss..gemorningg


apakah. morning nye. haha

okes nak update lelaju ni. since ramai gila wasep , emel cane nak bayar yuran guna kwsp. ok hakak kau ni buat la satu entry khos senang la uolz nak bace. nak reply nak forward sesatu pon tak koser sebenarnya. memandangkan minggu ni minggu disaster sket. tu nantila aku cerita.


hari ni nak jawab soalan :

cemana nak bayar yuran guna kwsp ni kakak? helpp 

ianya tidaklah secara direct yang aku buat. aku bayar dulu guna duit kocek yang tak berapa nak hader ni :p. lepastu resit kasi simpan. lepas 24 jam proses kita bayar tu nanti dekat e-kwsp akan keluar la mengatakan kita dah bayar yuran tu dekat bank siap ade nombor slip bank semua. lepastu generate (jana) lejer tu. katmana pulak lejer tu sis? hehe. dekat i-student portal ---> Student Financial Services (FinEportal)


ape document yang perlu dibawa ke KWSP kakak?

1. surat  tawaran belajar yang kat emel tu print out je. sebab memang takde original surat pon dari ined uitm :p

2. salinan asal resit bayaran yuran yang kaler kuning tu

3. borang pengeluaran kwsp untuk pengajian (boleh mintak di kaunter kwsp seluruh negeri)

4. lejer pelajar juga boleh di dapati di i-student portal

5. untuk tambahan, print sesiap penyata kwsp korang

ok tu je bendenya. sebenarnya ikut pada pegawai kat kaunter tu. kadang aneh-aneh gak yang dorang mintak hehehe

kali petama pergi. die mintak surat pengesah tukar kos. which means aku kan tukar kos. 

kali kedua pergi. ewahh taknak dah surat pengesahan kos tu. tapi die suruh sahkan semua document yang aku bawak tu tu. i is stress!. 

aku cakap kali petama pergi nape tak gitau kene sahkan document ni etc etc. ewahh betapa berani kakak kau ni. haha. oke lepastu, die panggil pegawai besar sket kot dari die. tak ingat nama siapa. pegawai tu tengok-tengok cek, buat tu buat ni bincang-bincang, ok DITERIMA. 

kakak pon urut dade. kakak tadah tangan bersyukur kehadrat illahi kakak tak perlu datang kwsp lagi bahahaha. kakak ni dahla nyampah pergi bandar tu nak-nak menara kwsp. hazab takde parkingnye. jalan sempit. sesak dade kakak tau. lagipun kakak kau ni tokleh pergi bandar nanti tak jumpe jalan balik lol. merayappp. duit abes. miahahaha

ok tutup cerita tu. dalam masa 21 hari akan dikreditkan dalam akaun uolz. so uolz boleyla topap balik duit kocek uolz tu. aku ni pesen tokleh duit kocek luak sikit. bhaahaha. padahal same jeww duit tu dalam akaun kite iye dop. cuma susah ahh nak bawak keluar p joli. 

aku dapat dalam 5 hari gitu. cepat jugak la. esaited dapat sms dari kwsp cakap duit dah di kreditkan. vass sangat terus cek akaun. terus rasa macam ongkaya. :p

yang penting!

1. kene bagi resit bayaran bank islam tu yang asal ye dan tidak lebih dari satu tahun. means, kalau tahun ni 2014 kau nak claim tahun 2013 punya yuran (januari) memang dapat kaki la.

2. surat pengesahan pertukaran kos haruslah beri yang asal siap tandatangan yang asal dari ined sirik. khos untuk permohonan kali kedua (yang tukar kos sahaja)

3. makesure duit dalam akaun 2 korang cukup la nak refund tu. kalau korang nak claim 4k. makesure dalam akaun 2 cukup. tak kurang. jangan over mintak, hakikat duit takde hihihi

4. sabar dan tabah haha. kadang kau kene pergi 2 kali sebab ade je bende yang dorang  nak tu kononnye takde. arini lain, esok lain. elok kau tulis je nama person incharge tu. haha kejam tak aku punya idea.


ade orang banyak duit taknak keluar kwsp, hekeleh ok jee. aku cerita untuk yang kurang berkemampuan. duit tu mungkin boleh buat bayar roadtax ke etc. memandangkan kos sara hidup yang amareka sangat ni. pfftt

aku bawak keluar tak lain dan tak bukan adalah untuk membeli iphone 6+. oke tipu. aku saje je bawak keluar tengok reti tak buat bende ni. lol.


ok sekian untuk masa ini, untuk soalan ini, dan untuk jawapan ini. lain-lain soalan kakak cubaa dan terus mencuba sebaik mungkin untuk jawab. macehh korang!



Thursday, November 19, 2015

PERMOHONAN INED e-PJJ/PLK UiTM DIBUKA.

hai korang..

hellooo hellooo...

permohonan E-PJJ / PLK kemasukkan Mac 2016 dah dibuka semalam 18/11. semalam Johor cuti so, hari ni naik opis baru aku update. kekawan yang mana nak future study mungkin ni salah satu tempat pilihan anda!.





make sure baca fulu syarat kelayakkan. but uolz dont worry, biasanya student PJJ ni banyak kelonggaran syarat. yang penting try! 


boleylah pilih course ape yang korang berkehendak.


lebih kurang macam kite nak isi resume ek. kekekeke. 

okla korang gud luck!!





Tuesday, November 17, 2015

SEBACEOUS CYST.....AXILLARY ABSCESS.

hye. 

saje nak cerita balik pasal abscess aku. pasal tetibe je viewer naik mendadak pasal abscess ni haha. 
okla arini nak cerita dari awal sebab akibat aku terkena abscess.


3 tahun lepas aku dah mula kesan satu benjolan di bawah ketiak kekanan sikit. tapi benjol tu tak menyakitkan. dari sehari ke sehari makin la besar. means dari sebesar kacang hijau jadi besar kacang pea. sampai la makan tahun. dalam 3 tahun ni, aku tak la sampai tak pergi jumpe doctor. ade jugak pergi wei gila tak pergi cek. takot tau. takut kanser. aku jumpe 2 orang doctor. dan doctors tersebut cakap ianya tidak merbahaya, hanyalah sejenis kelenjar. tak bahaya dik.. u no worries la. eh eh so, aku tak worries dah. memandangkan doktor dah cakap jangan risau. so aku buatla aktiviti seperti biasa. 


selesa ke ade benjol tu?

uishh mestila tak selesa. apetah lagi rasa macam cacat. yelor tetibe ade macam sebijik guli tersembul keluar. bhahaha. nak kepit ketiak pon tak selesa. nak buat aktiviti pon memang terbatas ah. sebab kalau terkepit rasalah sakit. getew. doktor pon cakap kalau aku nak buang boleh. kene operate ah. ngee aku takotla nak oprate. so let it be ah.


sampailah 13/10 tu aku dah start rasa sakit kat tepi benjolan tu. tapi aku tak sure bonjol tu membengkak ke. atau wujud entiti baru kat situ. :p


14/10 sakit macam nak tumbuh jerawat batu. sengal-sengal kat lengan. nak angkat tangan pon pepelan. wasep ibu cakap kat ketiak nak tumbuh jerawat batu. bahaha tu pun nak gtau.


15/10 makin sakit denyut-denyut. rasa kat benjol tu dah makin besar. aku takot meletop jek. bahaha. okla tahan lagi. takmo pergi klinik sebab aku bz bebeno. 


16/10 ya robb mengalah la. pergi klinik Dr. Suria Taman Adda Height. makin berdenyut tapi masih boleh kawal lagi. hehe. Dr. Suria cakap BISOL. omgee. okla bisol je. tak bahaya. dalam hati cakap.
Dr. Suria cakap dah masak ni kalau di belah keluar nanah. haha. belah? i is ketawe macam ape. nak belah kenape. picit jela macam jerawat. bisol + jerawat = bende yang sama. cetek betul pikiran aku bahaha.


Dr. Suria suruh pergi hospital. sebab die tak berape nak berani buat. memandangkan aku pun ade medical card. so lets la pergi KPJ Puteri jek. sebelum tu call la ejen dulu nak pergi spital mana. sound serius je. aku boleh lagi macam blur-blur. weii bisol je. ase nak terberak dengo. ingatkan masalah besar mana. balik ni siap nak kutil pakai jari je. muehehehe. tapi gelabah gakla. bila Dr. Suria kata kene buat operation. kena kerok nanah dalam tu. i is apetuh. takpe kite pergi spital je dulu jumpe Dato Kadir. Dr. Suria pon dah keluarkan surat bagai. 


aku pon pergila KPJ Puteri hari yang sama dengan mokde. boleh pulak dah sampai spital, dapat parking baikk punya, doctor takdo! emergency case. hekelehh. i is esited ni. kau tau jela situ parking mak aii urut dade. susah bebeno. ok pe. kite pergi balik hari Isnin 19/10. memula nak pergi hari sabtu, tak jadik sebab ade kelas. well aku kene pentingkan kelas dari bisol ni. bhahahaha. bio sakit sikit takpe hakak tahan. Dr. Suria haritu bagi antibiotik dengan tahan sakit. ubat demam pon die nak bagi jugak. tapi aku cakap takpe, aku tak demam. ewah belagak pulak. Dr. Suria cakap mesti demam. bisol ni tangkap sampai kepala. ehh aku tak pon. belagak lagi. hah kau, balik kelas petang tu ase nak kojol. sakit kepala ase nak hentak kat dinding. nyesal tak amek ubat demam. so, korek-korek ah box ubat-ubatan. selamat hado. telan sebijik. pastu tido. basahkan kepala, tak lap tak keringkan. terus rebah di tilam. sesedo dan pagi. bisol ni boleh tahan denyut die macam nak pitam rase nak maki-maki je. haha. tahan je sehari Ahad tu. sebab Isnin 7.30 pagi terus pergi spital. hangkut jugak mokde. ibu aku kat kampung dah menggelitis nak join. tapi aku cakap tak payah. bisol je. muhehehe. ala ase lawak la bisol ni. pestime ni kena bisol. dan pestime tahu bende ni boleh tahan serius.


malam Isnin 19/10 tu aku dah start tak boleh tido. mata bengkak. tak tido dari jam 12.30 sampai masuk dewan bedah. sepanjang tak boleh tido tu aku layankan la si bisol ni. denyut ya robb sakit nak putus nyawa. nak kepit pon tak terkepit. seb baik bukan kat tetengah ketiak. kalau tak gantung tangan!. dalam jam 05.00 pagi subuh tu. ade rasa lendir kat baju bawah ketiak. sekali di cium perghhh rase menyesal. busuk nak pitam. aku pon beranggapan bisol dah pecah!. bagusnya! padanla aku tak boleh tido. padanlah aku rasa panas je malam tu. so bisol dah pecah. cecepat bukak baju, bukak coli semua oii tu pun nak cakap. ngeee besar gila bisol aku. ngeri. dah stat keluar lendir-lendir putih pekat. aku tengok mata bisol tu dah terjojol. aku pon korek pakai tisu basah bebas kuman tu. aku korek je. membuak-buak nanah keluar. eeuwwhhh takott, gelabah mase tu aku. cecepat tadah pakai tisu jugak. seb baik sejenis tisu keras. kalau lembut maunye tembus tu. banyak gila nak pitam aku tengok. macam lassi basi. hoii pekat kaler hijo, campur merah campur itam!


lama jugak aku tadah adelah dalam 5 minit sampai lenguh ketiak aku. nak stand lengan pon tak sempat yela gunung berapi dah meletop!. 


sampai azan subuh tu. nanah dah stop. sikit-skit je keluar. aku mandi-mandi. bersih-bersihkan. kebersihan harus diutamakan juga takut terkena tempat lain naya. lepas mandi, tampal dengan tisu soletep dengan soletep buku tu muahahahaha. solat. pakai baju. terus pergi uma mokde. ok. sampai spital. doc takde lagi. sekali nanah meletup lagi banyak nak pitam. mintak nurse tukar tisu. die pon dok ketawe terkekeke sebab aku tampal tu ase macam kelako. haha. ok. dah selamat tampal. doc sampai terus cek. terus sign surat buat operate sekarang juga. i is what!!!! im not ready doc!. doc cakap aku nak simpan lagi ke. merujuk kepada nanah itu. daftar masuk wad jam 11.00 camtu. jam 03.00 lebih kurang masuk dewan bedah, jam 04.00 petang dah keluar. 


semuanya berlaku sangat pantas. dari hari aku start rasa sakit kononye jerawat batu. sampaila dapat tahu ade bisol. sampaila bisol dah membesar. sampaila bisol meletop sendiri. ambil masa seminggu je. masak ranum dah bisol aku. sampai lah aku selamat oprate. pantassss sangat!. doc cakap nanah banyakkkk. tak tanye pulak aku dapat berapa litre. haha. ko bayangla dari meletup sendiri kat rumah tu pon nanah dah keluar banyak. sampai spital 2 kali tukar tisu sebab banyak dah keluar. masa operate pon banyak lagi keluar. maknanya memang banyak nak mampusla nanah aku tu. 
ngeee takot ek..

fuhh penant cerita kronologi  bisol aku ni bahahaha.


ok. ape pulak sebaceous cyst tu. yang sebenarnye benjolan yang aku dapat dari 3 tahun lepastu namanya sebaceous cyst. patutnya awal-awal dah kene buang. akibat aku peram tu yang jadi abscess. haa tu yang aku paham doc explain. mane aku tahu tu sejenis cyst. aku jumpe 2 doctor follow up pasal benjol aku ni, dorang tak cakap pon. yang aku diberitahu ianya kelenjar. u no worriess bla bla bla. iskk sangat la doc tu!

google

macam nila lebih kurang benjol aku kat ketiak tu. cuma panjang sikit ah.

google
kejadian 'benjol' itu

so, korang kalau ada tanda-tanda Sebaceous Cyst yang sama macam aku ceritakan. elok pergi je terus jumpe pakar. nanti dorang scan-scan amek sample ke jadah. jangan sampai jadi nanah macam aku T__T. seksa tau nak menjaga ni. dressing lagi dasyat. sampai sekarang ni masih buat sendiri. hampir sebulan pon. pantas masa berlalu. cuma sekarang ni daging dah naik, dah kaler pink-pink putih molek dah. berbeza masa memula dulu. nightmare betul. haha. 

lagi satukan sejenis cyst ni memang suka timbul di tempat-tempat aneh. aku syak die macam cendawan. tempat lembab-lembab je suka muncul. tak caye ce tanye kengkawan korang aneh tak bisol dorang. hehehe



aku nak share jugak la dressing tools aku. macam main dokto-dokto. kekecik tanak belajo pepandai jadi dokto. :p benda wajeb, Aquacel atau kaltostat alginate. kena ada alginate tu baru sedap masakan kite. haha. ok nak cerita pasal barang medic ni mintak mahap. aku je tanya ahli farmasi tu nam ratus kali tak paham paham. dasar kepala hantu aku ni. alginate tu ape? kenapa alginate? ape beza ade dengan takde? pitam layan aku bebudak tu. :p



ni rupa kaltostat alginate. nampak macam bebulu. memang bebulu pon. aku pon bebulu je tengok. pakkal je aquacel tu dah xde stok. terpaksa la beli. cara pakai, gunting sikit-sikit tampal kat luka. kaltostat ni doc kat KPJ Puteri tu suggest. 


sebenarnya aku lebih suka pakai aquacel AG+ doctor Siva suggest pakai ni sebab lebih bersih. senang nak pakai pon iya. takla bebulu. macam kain baldu rupa die. sama juga cara pakai, gunting dan tampal tempat luka.

sebenarnye ade je macam-macam rupa. ade orang tu, bisul jenis kedalam. lubang. masukkan kain macam tali lepastu tarik. kau bayang jela hazab die punya sakit tu cemana. 

syukurla aku takla berlobang. cuma rupa longkang. panjang 6cm x lebar 2cm. uuuuu


ni pencuci yang aku pakai. kalau ikut doctor pakai air biasa je. oleh sebab aku nak merasa pengalaman luar biasa. so, aku pakai la hydrocyn ni. pedih pedih sayang je. boleh la tahan. tapi aku tak direct spray kat luka. aku spray kat kain kasa dulu. baru sental luka tu. ewahh sental la sangat. baru letak sikit dah auuw auuww benti. pastu sambung auww auww lagi. tu yang makan sampai setengah jam mencuci. kat klinik 10 minit pon tak sampai. ngeri tau tengok luka sendiri.


ok abes da... penat taip lelaju..pepanjang kalau korang tak menghayati tak tahulaaa!

Friday, November 6, 2015

UPDATE SIKIT AHH.. AXILLARY ABSCESS.

hai hello..

lama tak update dekat sebulan kot. aku baru naik kerja ni. dah 4 hari juga naik kerja sebenarnya. setelah cuti sakit 15 hari. dah nama pun mc maka sakitla ye. hee


19/10 yang lepas aku warded. sebabnya adalah abscess. hergg.. abscess siap warded engko. eh memula aku ingat bende ni tak bahaya pon. tapi rupanya sekejapan je merebak meletup-letup. dah tu kat bawah ketiak fulak. memanglah sukar nak berkaktiviti seperti orang normal. sakit gila nak matik bengkak nye lain. bisa nye lain. namun ku gagahkan juga pergi kelas. sebab test, quiz, presentation yang melambak-lambak. i is stress mase tu.


eh aku lom cerita pasa abscess. orang kampung panggil bisul lew. lame gak aku peram bisul ni. adelah dalam 3 tahun setengah hewhewhew. sampai masa membengkak la weii. T__T lepastu meletop, takur kuman merebak ke saluran lain. tah nape aku tak buang awal-awal lump tu ek. stress aku. sampai KJP Puteri, Johor terus kene warded. sebab dah pecah ken. tegahari tu jugak kene masuk dewan bedah. ewahh nampak macam serius jek.


well, untuk aku yang pestime warded,
pestime sakit gila nak matik,
pestime masuk dewan bedah,
pestime insert branula,
pestime totally pengsan masa opt.
hoii dasat perasaannye tu. tak sangke aku abscess je pon. huaaaa. lepasni takmo la peram sakit. T__T


lepas opt tu takla sakit. cuma lalok. nurse 5 6 kali kejut. i is hoiih dah siap ke. kenapa aku sedar ni..namo sedar.. getew. sebab aku takot opt lom beres tapi dah sedo. aku takot sakit T__T. haha


lepas keluar dari dewan bedah. di sorong sampai ke ward. sampai ke katil. ewah macam major opt je. minor je awakk. tapi gelabahnye aku macam haper. hoii gila tak gelabahhh. dengar OPERATE je pon aku nak pitam dah mase tu. aku ni siap berkali-kali tanya dokto. sakit ke idok. ngeee barulah aku seda aku ni takut sakit. hehehee. oh lupe nak kenalkan doc aku. Doc Kadir. antara doc general surgeon kat KPJ Puteri tu. eh tetibe malu pulak. tak terbayang cane doc ni belah membelah. haha. sebelum opt tu tak jumpe die pon. yang aku jumpe Doc Sulaiman-doc bius. dielah yang inser branula kat tangan ni hah. siap tegur aku nampak pucat sangat doc suruh aku jangan takut sebab minor surgery je. hekeleh aku ni bukan la tahu minor ke major tu kekdah die cane. yang aku tahu dan paham sangat aku nak kene opt sat g. muahahahhaa. gila tak nebes masuk dewan bedah tu. dengan kene sorong, kene alih, kene angkat. kene ambil HB kat betis otometik pam. tampal-tampal stiker kat dade tu. bhahahah stiker je. ntah ape name yang bulat-bulat tu. masukkan alat apetah dalam dress aku tu. ngee malu betul dah la bogel. harapkan baju dotdot tu je. :p sat g dengar pulak bunyi macam-macam mesin. sat g tak sedo. sesedo je dah setel. ngee



aku warded semalaman je. esok tengahri nye dah keluar. tu pun pasal insurans aku lambat ke spital yang lambat setel. stress aku. kalau tak pepagi dah get lost. doc bagi mc 15 hari. heppy bukan kepalang. hahaa


rupanya heppy tu sekejap je. sebab ape! sebab nak jaga luka opt ni bukanlah perkara mudah ye. hari isnin aku opt. hari selasa dah bleeding pasal aku tak geti diam. bhaaha. bawak kereta ko tau. kesana kemari. bahahaha. ok. selasa tu pergi buat dressing. sakit nak mampos i tell u. ke sebab aku sejenis yang tak tahan sakit? tapi seriusssss sakit!! aku nanges 4 hari. siap ngigau. hehehee. pulak tu ke dressing setiap 3 hari sekali. mana tak ngigau malam aku. sakit sesangat la. ni pon still kene dressing. hari ni baru berani buat sendiri. sebelum ni doc/nurse yang buat. oleh sebab aku tahan nak tunggu 2 3 hari sebab bau dah naik. busuk yang amat. maka aku cuci je sirik. ngeriiiiiiiiii!!


ngeri tengok luka sendiri. tak selera makan aku pasni haha. adik aku lagi jahat die pergi ambil gambar masa aku buat dressing haritu. sekali tengok mak aii. phobia i tell u!. ko bayangla belahan tu tak di jahit. adelah sepanjang jari telunjuk. dahlah tu jauh kedalam macam longkang. hadoii sakit perut aku!.


hari ni hari ke 19 still lagi kene dressing. sakit pon aku tahan kan jugaa. T__T. lama katenye nak baik. sebab nak tunggu daging naik kan. aku pasrah je la..lepasni dressing sendiri T__T

aku yang request nak dressing kat klinik luar je. tak koser ko nak betapa kat kpj ni. sesak napas hehehe
oleh sebab mc 15 hari. maka aku balik ah kampong. buat je kat klinik sana. dapat pulak Doc Siva die ex-student Doc Kadir. ha elok la jejak kasih. aku la yang jadi tukang sampai. bahahaha




sebenarnya tak sangka langsung nak opt hari yang sama. kononye nak checkup je la kan. kotla nak opt ke mintak hari esoknye. *sukahati* haaha. sekali nonhado. hari ni jugak ke opt. dah sesuai sangat satu sebab abscess tu dah meletup :p kedua sebab aku last makan 7 petang hari sebelum opt. opt jam 03.00 petang camtula. sejam opt tu. jam 04.00 petang camtu la lebih kurang baru aku di usung keluar. huuuu mase tu yang tunggu, ibu, abah, adik aku afiq, mokde. heee. parents aku lagi dari kampung bergegas ke JB. unexpected  betul nak opt tht day!. kemkabut semua. tak sempat gtau orang-orang kampung bahahaha. ok tak lawak.



antara juadah sempat aku hadam. oh tak!. ibu aku yang makan. sebab aku tak selera langsung. tak tahula nape. agak cemnila perasaan orang yang warded ken. dulu aku berangan nak dok spital. keji gila impian. sekali Allah bagi. nah setepek kena. insaf. tak mahu! dah insaf ni taknak mintak yang bukan-bukan!!

serik oii serik.

okla korang.. thanks reading this entry panjang berjelaa. heeee