haiii,
as uolz know, aku kan duduk rumah sewa bersama rakan-rakan taulan yang sama-sama menyewa dekat 1 rumah ni. rumah pon rumah flet je la. kat JB ni bab paling rumit nak cari rumah taman. aku dari tahun lepas kot kate nak pindah nak pindah...tapi tak blah blah jugak. susah wei nak cari rumah taman. yang ade ni syukur dah puas-puas.
malam tadi lebih kurang jam 09.30. cembiasela semua isi rumah dah membongkang atas katil. 09.30 tu kira lambat. selalu jam 09 masing-masing dah berlayar. penat gamaknye. penat dengan kerja ofic, penat dengan jalan (jem), ade tu penat dengan kereta sebab kereta pesen manual. nah ko kejap-kejap tekan clutch. padanla dengan muke engko soh beli keta auto tak mahu. dah jem jem gini baru la ngidam kereta auto. eeeggghh.
tapi malam tadi aku tak boleh lelap. aku dok tengok citer kat tv3 tu apetah tajuk beliau. aku tak follow derama-derama melayu. hehe. sambil-sambil tu belek-belek surat kabor. nak bace malas. tetibe aku dengar pintu rumah kene ketuk. kuat gak la, memula aku kompius bunyi tu dari luar atau dalam tivi. sebab part dalam tivi tu ade sorang pompuan ni tengah meroyann. "kau..kau yang bunuh anak akuu...kau bunuh anak akuuu..." gituww. dua kali dengar sah dari luar rumah aku. siap beri salam. assemekom..assemekom gitu. ko gila aku nak jawab. bagi salam pon tak betol. suare jantannn yang pastinye!.
aku dok dengar je ade lah dalam 5 saat. 5 saat tu aku dah pikir memacam. sape la ek? tunang si fara ke? kawan su ke? perompak? perogol? jiran sebelah? mat gian atas rumah? peragut depan rumah? hoiii banyak pikir bukan-bukan. aku pon tidak nak terus meluru bukak pintu. nasib baik la aku boleh pikir dengan waras lagi mase tu. aku terus masuk bilik, kejutkan roomate.
"Suuu, Suu," rupenye su dok sedap sumbat telinga dengan earphone. dengar lagu lettew. aku bagai nak rak panggil beliau. Su pon terus bangun akibat terkejut yang amat sangat. haha "Su, ade orang lelaki bagi salam depan pintu rumah kite ni!" *muka aku cuak gila mase tu*. lepastu ko tahu ape su buat?
"haaa?? sape?? sape wei??.. dah dah masuk." pucat muka si su tu. bibir die terus jadi kaler putih sumpah pucat muka si Su tu. haha bersalah pulak aku bagi die terkejut. die suruh aku masuk bilik lepastu die nak kunci+selak pintu bilik. hahahaaa adoii Suu Suuu, ko nak kunci pintu bilik kiter dah kenape. lagi die nak ambil batang mop tu buat berjaga-jaga. adooiii nak terberak aku tahan ketawe. aku tak kejut hosmet aku yang len. sah sah la dorang tido mati punya.
lame tau aku dengan su duk kat depan pintu bilik.
aku cakap "kite bukak je la pintu, dah cepat sarung tudung" . aku ade geng berani la sikit. kehkehkehh
Su, "ko gila, tak nak aku"
aku "eh kejap kejappp ko kunci tak pintu? ko kunci tak pintu grill tadi?"
Su, "eh aku pulak? ko yang balik last kan tadi?"
aku "oii aku la yang balik dulu. aku dengan fara yang balik dulu dari ko, ko yang balik lambat so, ko kunci ke idok?"
Su "aku la yang balik dulu dari ko, ko tak nampak beg aku kat katil aku ni ek?"
aku "Su!! aku la yang balik dulu, sebab aku yang mandi dulu. aku kat dalam jamban, fara dalam bilik die. so, aku balik tak nampak pon beg ko, tak nampak pon kereta ko kat bawah mase aku parking." separuh gila dah aku mase ni.
Su "oh! yeke. so, aku tak kunci pintu grill. pintunye pon ternga-nge gitu"
gituuuuwww wth. hahaha pastu memasing gelak nak mati. sebok begaduh padahal orang kat luo tu tak benti-benti ketuk pintu. ahhhh sudahhh, masalah-malasahhh si Su, boleh tak kunci pintu grill. tak lame kiteorang begaduh tu, suasane senyap! *wah ayat ko*. takde dah orang ketuk pintu. lepastu aku dengan su, dok skodeng bawah pintu tengok ade tak bayangan manusia. aku takot nak tengok bawah tu, sebab pale aku pikir, orang yang kat luar pon dok ngendap bawah pintu jugak cemane? dah sesame bertentangan mate kat bawah pintu tu?? hahahaaaaahaa. keadaan cemas jugak la mase tu, si Su tak habis-habis nak cek bacaan tahap pressure die, pasal running man la ape la, malas aku nk dengo. haha
lepas 10 minit camtu, kiteorang masih lagi kat depan pintu. pikir cemana nak kunci pintu grill tu. Su kate nak bukak je pintu. aku pon stanby la nak pegang kayu mop ke pisau ke senapang ke, tandok ruse ke. gituww. haha gile je.
bukak je pintu, takde sape dah. terus je kunci + mangga pintu grill tu, aku tengok pintu jiran depan rumah tu terbukak luas. mesti die nampak sape yang datang rumah aku tadi kan. nak g tanye segan. dah la &^%#%$* tu peragut tau. bos aku la cakap. sebab die kenal mase kejadian ragut tu, boss aku ade kat situ, die yang tolong pompuan yang kene ragut tu. tu boss aku cakap hati-hati. eeee takot. yang pasti SIAPA yang datang rumah malam tadi tetaplah menjadi misteri.
sebelom tido, aku dengan Su dok pikir sape la kemungkinan orang-orang yang datang rumah kiter tu. rasenye satu blok tahu kot ni rumah anak dare. dah kenape pulak orang jantan yang datang ketuk pintu rumah. salah rumah ke? pakcik jual kuih kat bawah blok ke? lagi la tak mungkin, dah kenape pakcik tu nak datang rumah kiteorang, if ade pape hal, mesti anak pompuan die yang datang kann. adoii banyak sangat kemungkinan-kemungkinan buruk yang aku pikir.. Su pulak tak abes-abes cakap takot. aku suruh bace ayat kursi. senyap!. dengo bunyi itu la ini la terus kejut aku. aku pulak yang teanjat-teanjat. saba je la #urutdade
aku tak sempat nak citer kat semua hosmet aku. kang dorang kecut perut.
kite ni duk satu rumah, semua perempuan ok. bukan nak syak wasangka dengan orang-orang blok. tak di nafikan kadang tu ade yang peramah, terlalu peramah pon ade. tapi as a pompuan, patut pon letak syak wasangka sikit dengan setiap orang.
tak kira la orang tua ke muda ke, laki orang ke tak laki orang ke, patut letak je syak wasangka tak payah baik sangat. dengan dunia sekarang macam-macam hal. orang kalau baik sangat-sangat mesti ade sesuatu, aku banyak kali dah terkena, pernah sekali tu situasinya die bus station. ade sorang akak ni muda, kiteorang kalau berborak macam dah lame kenal, nampaklah die baik, muka lembut je. lepastu suruh aku jagakan beg die, die nak pergi tandas. suruh aku pegang. ko gila aku nak?? aku cakap aku pon nak terkencing tak tahan dah ni ujung-ujung. aku boleh je angkut beg-beg aku bawak masuk jamban. takde masalah pon. ko beg kecik gitu nak suruh aku jaga. tak ke sesuatu sangat tu??. harus ade syak wasangka dengan orang. aku tak salahkan korang kalau korang nak syak wasangka dengan aku. sila kan. dunia sekarang macam-macam hal
satu perkara paling aku takut nak pikir kene seret pastu 'pojek' beramai-ramai ar pe lagi. camtu sekali aku pikir, bagus pikir camtu, baru ade kesedaran sikit nak berjaga-jaga.
hosmet aku ade gak yang keje balik malam-malam. tu yang aku paling palinggg risau!. femly jauh. tak kenal sape pon kat blok ni. aku salu cakap dengan budak rumah. hati-hati. sebelum naik tangga tu perati pakai hujung mata je, tengok ade sape-sape ikut tak, or sesuatu yang mencurigakan. bahaye tahu!. kalau rase ade yang mencurigakan, terus pergi kedai-kedai kat bawah blok. kat situ ramai orang, dalam ramai-ramai orang tu, tak kan semua jahat tak kan semua bersekongkol? peratusan bersekongkol tu 0.0001%. kalau tak kompident kat p kedai kat bawah, ko belakon la macam kene sawan babi. kene histeria mulut berbuih-buih. hahahahahaa tapi ni strategi ok. banyak lagi bende yang boleh kite buat, Jangan nampak TAKOT sangat. BERANI sikit. ceh aku cakap je cemni, kadang kecut perut gak. kadang-kadang aku suke bagak macam berani sangat pulak tapi dalam hati kecut. eeeee tah la. ape pon cuba yang terbaik! at least kite sudah mencuba untuk melawann!! ingat jihad!! ehh?
dah la macam-macam pesen penghuni kat blok aku ni. manusia ni kita tak boleh nak jangka. hari ni baik yang terlalu baik sampai sanggup tolong buangkan sampah, sanggup tunggu kat bawah semata-mata nak cakap ade excident kat sekian-sekian jangan lalu jalan sekian sekian. ha, baik kan siap bagi info trafik gitu. sape tahu esok, die ambil kesempatan pulak kat kite. sebab?? sebab kite dah mula percaya kat die. gituu ko tak takot?? ibu aku salu pesan, bace ayat kursi sebelum keluar rumah, selawat banyakk kali. al-fatihah jangan tinggal. insyallah kite akan di lindungi.
tu je perkara yang ingin dikongsikan. nasihat aku kepada aku kepada kawan-kawan aku:
- awasi setiap pergerakan diri sendiri DAN orang lain!, zaman sekarang ni kite memang kena jaga tepi kain orang.
- rutin harian yang berubah-ubah. wujudkan pelbagai jalan. contoh nak pergi ofic tak kan ade satu jalan je? ce buat JALAN A, JALAN B, DAN JALAN C. orang kate pusing jauh sikit pon tak pe la, janji nyawa tu! sekali je dapat. jaga-jaga ade yang memerhatiii... *kak propa
- zaman sekarang ni, kalau kate nak kene serang bukan orang glamer, cantek, bini orang etc. semua orang pon boleh jadi mangsa. so, cakap kat diri sendiri "anda berisiko untuk menjadi mangsa". dengan itu, makan ade lah kesedaran untuk menjaga setiap pergerakan kita, contoh keluar dari bank ke, keluar dari pejabat pos ke etc.
- dan lain-lain. :)) akan di update kemudian.
bai..