Monday, October 5, 2015

INSOMNIA.

hey..

insomnia tu sebenarnya ape ye. asal tak boleh tido je mesti teringat perkataan insomnia ni.


aku dah 2 malam tak boleh tido. malam yang pertama tu tak la teruk sangat tak boleh tidur nye. puas jugak pejam mate tak mahu nye lelap. malam tadi malam kedua puas jugak pejam mata. konon nak baring awal ambil mood supaya boleh tido. jam 9 macam tu dah baring-baring atas tilam. siap stokin bagai. :p. lepastu terpusing-pusing 360 darjah darab 67960 posisi. eh fomular apakah. tapi serius mata tak nak lelap. doa dah macam-macam doa dah baca. ayer yassin pon dah di jirus kat muka. tak jugak mau tido. sampai stress. marah mata kenapa tak mahu lelap. saiton masetu tak mahu bergayut kat kelopak mate ke ape. ce waktu dalam kelas tu. ewah kemain cucu cicit segala keturunan saiton di ajaknye begayut kat kelopak mate ni.


apelahhhh aku ni, tido pon nak stress. tak paham aku.


malam tadi teruk betul tak boleh lelapnye. dari jam 9 tu terpusing sana sini. last ambil keputusan main henpon kotla boleh leka lalu mata penat. sekali tepanjat tengok jam dah 2.30 pagi! omak tepanjat sangat ni. dari jam 9 sampai 2.30 pagi aku dok membuang masa bergolek-golek ajerrr atas tilam. langsung tak terlelap. kes berat ni. 

2.30 pagi tu mata memang kelat. memang MACAM mengantuk. tapi bila baring suruh tido die takmau pulak. ko  nak ape sebenonye MATE! bahahahaha stress pepagi buta.


keluar dari bilik. pergi dapur. terus keluarkan daging korban ingat nak rebus. ko gila pepagi nak rebus daging. ehhh tak boleh.. masukkan balik. kang ade yang mendamping ni. tak boleh jadi. 


pergi jamban sental.

pikul mop dari toilet bawak g dapur. mop satu dapur. tak jugak kenal erti mengantuk mata ni!


buat pulak kerja laundry. lipat kain. gosok kain. basuh kain even kain sepasang je laa haii. tak jugakk makan saman mata ni.


at the end, bukak laptop. tengok running man. jam 3 pagi berdekah ketawa. dengan harapan mesti ngantuk ni sat g. ehhh tidak ya. makin sedap mata ni layan. aduih tak boleh jadi jam dah 3.20 pagi dah masetu. esok nak bingkas kerja.


idea pun mari. mari bukak movie lepastu tengok sambil baring + selimut bagai. lepastu sedar dah jam 6.15-alarm. hoihh tak tahu bila ketikanya tido. lepastu sambung balik tido sampai jam 8 pagi. berat rasa kepala ni. kelat sangat mata. biul pun ade.


ko paham je la bila tak cukup tido otak ni jadi mcam tak center. aku nak kunci rumah pun tengok kunci namratus kali. lol. sampai opis terus bancuh coffe hazelnut super. celup biskut oat munchys. em dap. tu pun malasnye nak kunyah. sebab kepala sebel. bebal segala rasa ade. 


perut lapar tapi malas nak makan nasi. last makan semalam tengahari kat old town. order fish fillet sama lemon tea gelas besar bahahaha. lepastu terus tak makan ape sampai pagi tadi. mata aku ni nak kata segar tak segar pon. asyikla nak kekelip je. nak kekecikkan mata. sebab mata tak sehat. ke sebab aku nak di buka hijabnye. eh :p


jerebu Johor pun teruk. stress jugak. aku rasa sebab jerebu la aku tak senang tidur. sekarang ni tak mengantuk. langsung tak. mata ni memang tak nak lelap. paham tak masalah aku ni. dah 2 malam oke macam ni. god help!


harap malam ni kembali normal. aku rindu waktu tidor ku!


i need u now! i miss u now!!! herghhh



No comments :