Wednesday, October 7, 2015

SEDIHLA...

hai...

kesian kat aku..

aku ni tak perasan nombor maxis aku dah expired. dah manapos. ngee. boleh pule tak sedo ek. sebab kan selama ni yang tahu nombor tu akan expired pada 2014. jadi dari tahun 2006 sampai 2014 aku tak payah pikir pasal tambah nilai sebab nak lanjut expired date tu. tak suka. aku pakai nombor maxis tu dari 2005 lagi. 10 tahun kot. mane aku tak sayang. la ni, dah expired rase kecewa betul. cuai la aku ni. padahal tahun lepas aku berjaga-jaga janganlah sampai mampus. bhahaha. tup-tup sebelum raya haji hari tu dah mati. patut pun member aku call asyik la tak dapat. 



walaupun aku amat jarang pakai no. maxis tu, tapi aku sayang kot nombor tu. iyolerr zaman cintan cintun, zaman isek salah nombor je. bahahaa. aku punya sayang tu sampai letak sim tu dekat hp samsung S3. gilaa takk. walaupon jarang guna hehee. maksodnya aku tak berapa sentuh sangat S3 aku tu. sebab sayang kat sim dan henpon tu. gila tak aku. beli S3 kemain laju-laju time kemuncak kegelemeran S3 baru keluar masetu :p tapi sayang nak guna. ape ke pelik pangai aku ni. kalau korang cakap S3 korang dah jem dah lembab bagai, dah buat sendal pintu. S3 aku misek baru lagi *poyo. ade sorang member aku tu, dah tuka phone lain..siap nyumpah-nyumpah cakap S3 asik jem je. hekeleh brader aku pakai elok je. haha



tahu dah expired. tapi gagah jugak pergi maxis centre. cakap nak idopkan balik numb. tu. sebab kecintaan sangat. 
okla dorang cakap 3 - 7 hari la akan call aku balik. aku pon bengap leh tahan. tinggalkan nombor opis. meheheheee. takpe i redo kalau takde. 
cececece tak redo lagi ya. 



cukup seminggu dorang tak call pon. penat tunggu kat opis. asal bunyik je tepon terus jerit MAXIS KEEEE. geteww. 


at the end, aku call je la maxis tu pun midah bagi suggestion. 
oh ya! pasal nombor maxis aku expired ni agak boleh tahan kecoh jugak kat grup kekawan. bahahaha. aku lettew si kecoh. sedih wei. ade yang suruh aku move on. adui sakit perot gelak.



ok, call maxis centre taman molek. omg takde dalam perkhidmatan. nanges. call hot line die. becakap dengan encik izwan. aku ngadu la pongpangpongpangpongpang kompang berbunyi. maka encik izwan pun cakap tak dapat nak bantu. die pon pongpangpongpang cakap die salu tak perasan jugak no die dah expired. hekelehh tak tanye pon :p. tapi bagus becakap dengan encik izwan ni mesra rakyat macam dah kenal lame. siap kesian bebeno kat aku sebab nombo cantek sayangnyeee. getew. then aku tanyela cane kekdah nak dapat balik nombor tu. die gtau kene tunggu 21 hari sebab nombo tu akan recycle balik. cuma tak tahu akan keluar die negeri mana. hekelehh.



nad cakap, g je la maxis cakap nak beli line maxis. eh gitu ke kekdah nad cakap? hehehe. maksudnya g maxis cakap nak beli nombor pakai line. takpela asal tak pakai prepaid. pakai je la line walaupun sedari paham line maxis macam harem. fine. 
memang pasang niat ON je nombor tu terus tukar Line U-MOBILE.


hello...maxis ni macam dengo je niat aku nak mengkhianat!. boleh pulak die suruh tunggu 2 3 bulan. k fine.


so, dalam 2 3 bulan tu takkan tak pakai nombo lain kan. haruslah berpaling tadah lagi sekali. beli magic sim. RM30 urut dade. nak nombor cantek punya pasal. kalau takmau nombo cantek RM15. oleh sebab aku memegang tagline dasar manusia. haruslah tamak membeli nombo cantek miahahaha. pilih nombor pon tak lame. tetibe je tejumpe satu nombo yang seiring sejalan dengan no celcom sediada ni cuma 4 ketul digit terakhir je yang lain. vavavavava vanana sangat ni. memang ditakdir bersama. so, dedua telepon is nombor celcom. eh pakai magic sim tu best la. kalau la di takdir no maxis aku tak dapat kembali. ingat nak tukar line je senang tak payah pikir expired2, pikir nak topap topapp. pitamla hakak. banyak bende nak ingat. haha


ok dah abes cerita sedih.



1 comment :

Siti nur farhana Binti yahya said...

salam, maaf ganggu ruangan pos :) saya sebenarnya terbaca pasal loan cik di public bank. saya ingin mencuba nk buat loan kereta :) boleh ke kalau share officer tu punya number :) snfyahya@gmail.com