Saturday, September 5, 2020

Ibu, kau pergi jua.


Al-Fatihah untuk ibuku tercinta Maslinah Binti Ayob semoga Allah mencucuri rahmat.
tanggal 31 Ogos disaat orang lain sibuk menyambut hari kebangsaan, sibuk count down. keluarga aku berperang dengan perasaan. malam 31 ogos tu detik yang aku sekeluarga tak boleh lupakan sampai bila-bila. rindu T__T


kami menjadi saksi ketabahan dan kecekalan ibu melawan penyakit kansernya. sejak 2014  hari-hari yang berlalu terasa singkat tapi untuk ibuku berperang dengan sakitnya itu dah kira masa yang panjang. tak sape pon sanggup lihat ibu atau bapa mereka sakit apatah lagi kanser yang membunuh dalam senyap!


tapi.


ibu redho. redho dengan ketentuannya dan takdir dan ujian yang Allah beri padanya. tak sedikit pon aku dengar ibu mengeluh, menanges depan anak-anak. bagi ibu anak-anak adalah kekuatannya. kalau pon ibu rasa give up rasa sedih tak terlontar depan anak-anak melainkan meletakan kepalanya di tikar sembanyang mengadu pada yang Esa. rindu T__T


ibu memang kuat. semangat ibu menjadi inspirasi aku. tak pernah berhenti mendapatkan rawatan. saranan doktor semua diikut. chemo? tah berapa puluh kali ibu hadap. sakit? kami saksinya. mengeluh? ibu tak pernah sekali pon mengeluh. melihat ibu kuat, kami juga kuat. 


2020 memang mencabar bagi kami. ibu start sakit, lemah tak seperti biasa beliau chemo. kami beranggapan ibu chemo (ubat Xyloda) ni memang jahat. doktor cakap badan ibu kuat sebab ibu mampu habiskan 8 cycle ubat ini. kesan die lebih kuat dari drip. tapak kaki ibu dah mula pecah-pecah. bila pijak terasa pedih sehingga mengalir air mata. tapi ibu tetap melangkah seperti biasa. kuku, jari, kulit jangan cakaplah macam terbakar. kulit kering, mata kabur, urat kat leher menarik sampai leher ibu tertarik ke kanan. ya Allah seksanya tengok ibu macam ni. hati aku selalu menanges, dalam doa, tak kira dalam keadaan aku sedang apa sekali pon tak putus doa aku supaya sakit ibu diangkat, darjatnya di tinggikan dek kesabaran dan sifat redhonya yang tinggi. Allahuakbar ibu memang hero. 


nak dijadikan asbab ibu pergi. 2 minggu ibu cirit-birit non-stop ini pon salah satu effect dari ubat xyloda. kesiannya tengok ibu menguji kesabar kami adik beradik. boleh aku banggakan aku ada adik beradik yang terbaik, semua demi ibu kami sanggup. aku selalu pesan pada adik aku Allah sedang menguji ibu Allah juga sedang menguji hati kita sebagai anak. pesan aku pada adik, selalu minta pada Allah supaya ikhlas, sabar dan mudahkan. istifar, selawat tiap kali kita rasa susah. Alhamdulillah jaga ibu bukan susah, sangat mudah. Allah sayang. tak sikit pon ibu merungut sakit, tak cerewet, takda marah-marah. boleh kita ikut ilmu ibu, mulutnya sentiasa berzikir, amalan setiap pagi surah yassen dan mathurat. kadang-kadang ibu minta dibukakan al-waqiah kalau malam Al-mulk dan zikir-zikir. sejak ibu matanya kabur memang ibu runsing betul sebab tak dapat mengaji. penglihatannya betul-betul terhad. sedih bila dapat wasap dari ibu.. hurufnya berterabur tapi still juga nak wassap anak-anak. Allah... rindu T__T


hari ibu nak pergi, kami memang dah terasa lain. ibu tak macam biasa. dah tak mampu nak buka mata. lemahnya sangat ketara kalini. nafasnya turun naik. kerap juga kami bisik supaya berzikir. kami berzikir bersama. nampak bibirnya ikut sama. ibu pernah pesan jika suatu hari nanti keadaan ibu seperti sekarang, tolong bisik di telinga ibu kalau sudah sampai waktu solat. alhamdulillah aku yakin ibu tak tinggal solat sehingga nyawanya yang terakhir. sepanjang malam adik aku tak berhenti mengaji sebelah ibu. aku sangat yakin saat ibu berhadapan sakaratul maut, telinganya masih mendengar ayatul quran. 


Alhamdulillah ibu pergi dengan tenang sekali, pergi dalam tidur. mukanya tenang dah tak menahan sakit. wajahnya aku terasa seperti tersenyum. wajah yang aku takkan lupa sampai bila-bila. rindu T__T
urusan kebumikan ibu dimudahkan oleh Allah. ibu meninggal sebelum subuh. selesai dimandikan pukul 9. kebumikan sebelum jam 11. memang ibu pesan kalaupun ibu nanti meninggal mohon di percepatkan urusan ibu jangan dilambat-lambatkan kalau boleh jangan melangkau waktu solat. alhamdulillah ya Allah kau mudahkan urusan ibuku. usai talkin, hujan pon turun. langit seakan menanges juga melihat kami bersedih. tak sape pon bersedia untuk kehilangan. lagi-lagi kehilangan seorang ibu.


ibu.. tenanglah dikau disana, pemergianmu dicemburui. ramai yang sayangkan ibu. kebaikkan ibu selalu diceritakan. kami? entah bagaimana nanti. bahagialah ibu di syurga sambutlah kami nanti ya.
al-fatihah untuk syurgaku ibu.

Friday, July 3, 2020

Keluh kesah kak esah moden😂

00:10

Tahlah mata taknak lelap.  Macam2 hal pikir. Padahal seminggu ni bantai kerja sampai malam.  Aku ginilah kalau badan dah exhausted sangat bukan senang nak lelap.  Dah tua gamaknya 😂.

Kekacauan hati akibat risau.

1. Kesihatan mak aku makin worst.  Semakin hari semakin lemah.  Aku tak terbayang macam mane keadaan aku kalau Allah cakap sampai disini sahaja rezeki nyawa mak aku.  Urghh aku mesti teruk dan taknak bayangkan langsung.  Mak aku dah start jalan pakai tongkat, mandi pon adik aku uruskan.  Gagah juga nak jalan sendiri walaupun kaki dah goyang badan dah gigil.  Semangat mak aku tu sampai aku tak boleh nak describe betapa bersemangatnya mak aku melalui hari2nya. Kita yang tengok pon Allah. tabahnya, kuatkan orang2 yang senasib dengan mak aku 😢 ya Allah kau angkatlah kesakitan ibu ku,  tinggikan darjatnya atas kesabaran melalui ujian yang kau beri-amin😞

2. Dah dua kali aku kene tipu dengan seller kat shoppee. Pegalaman pertama tak mematahkan semangat aku untuk terus ditipu😂 aku da bayar dengan shopee tapi seller cakap aku tak bayar. Aku malas nak argue.. Aku sedekah jela😰. Kadang bende gini kalau dipikir kan lama lama jadi beban.  So,  bio jela.  Ini tidak mengganggu gugat semangat aku untuk terus ber-shoping😁

3. Aku taktahula sampai bila aku nak kerja makan gaji.  Hihi bukan tak best kerja kilang aku tu.  Best woi.  Makan minum semua tanggung.  Duit minyak duit toll semua cover.  Lagi ape. Semua cukup.  Kerja banyak dont care janji gaji jalan,  hidup senang.  Tapi sampai bila.. Kekdangan aku cam bosan. Tapi macam x besyukur pulak aku ni hahaha.  Tahlahhh cita2 aku ni sukar untuk dijelaskan...

4. Nak sambung master tapi tatau bila...

Tu jela keresahan hati yang membelenggu jiwa ini seminggu dua ni. 

Xo!



Sunday, June 28, 2020

Resepi : Begedil Johor ❤

Hye!!

Rasa sekejapnye lahai cuti dua hari. Tetibe esok dah naik kerja. Tapi bila cuti panjang rindu pulak nak pergi kerja.  😁

Lame aku tak share resepi masak masak ni kan.  Kalau orang nak tengok lagi banyak resepi yang aku share boleh tengok side bar aku bahagian "dari air tanganku" ceewahh😝


Basically resepi begedil aku ni simple giler.  Pejam mata jee haha. Tapi gambar takda step by step tau!

1. Kentang 5 biji potong kecik2 lepastu goreng.
2. Ayam goreng bahagian isi di goreng
3. Bawang goreng
4. Daun sup
5. Telur

2,3,4 tu optional kalau taknak letak pun takpe.

Lepas kau dah sesiap goreng kentang tu,  kau tumbuk pakai batu lesung sampai hancur.  Tumbukkan juga isi ayam yang dah goreng tu.. Texture tu ikut korangla nak lumat ke nak separuh lumat ke.

Satukan kentang dan isi ayam yang dah lumat tu dalam mangkuk. Letak garam,  bawang goreng,  daun sup or daun bawang.

Kepal2 kan jadi bentuk bulan camni..


Lepas tu  dalam mangkuk lain kau kocak telur sebiji. Celupkan dalam telur lepastu guring sampai jadi brown! !


SIAP! 



Wednesday, June 24, 2020

Covid-19: Pasar malam dah buka!

Hey!

Macam biasa aku ade masa terluang lepas iron baju kerja untuk esuk.  So,  update sekejaplah... Sesejak ni aku dah mula ade mood nak menulis. Cuma tulah kekadang nak bina ayat tu macam kekok sikit sebab dah lame gilor hakak kau ni tak memekak dalam ni hahaha.

Ok btw,  aku nak story ni... Tadi aku balik kerja sajelah lalu kawasan yang selalu ade paso malam tiap hari Rabu. You know what?!  Dari jauh aku dah nampak khemah2 orang meniaga.  Aku sedikit wow haha yela mane taknyee 3 bulan tak pergi paso malam.  3 bulan tak makan apam balik.  3 bulan tak makan honey ciken wings aduhaii 😂 aku pon ape lagi terus parking haha.  Tapi macam biasala SOP kene patuh.. Tadi aku makan apam balik siap bergenang air mate punyala rindu nak makan apam balik paso malam hahahaha over! 

Tibe2 aku teringat tahun lepas aku pergi Penang makan roti canai transfer rood astaga sedapnyee kuah banjer siap ayam seketul.. Ahhh sudahh lepas dapat apam balik nak roti canai Penang pulak! ! 😂

Maigadd rindunya Penang. Syurga buat food hunter.  😂 

Nanti bila2 aku share trip aku pergi Penang. Aku dah fall in laff dgn Penang dari day-1 aku kat sane.. Memang nak repeat pergi lagi kalau ade rezki ❤

Xo!


Tuesday, June 23, 2020

Bukan pokok viral tapi cantek je kan macam ni pon.

Hailuu.

Entah kenape kemain panjang judul entry aku kali ni bhahahha..

Harini taknak sembang banyak 😆
Minggu lepas aku berjalan rumah atok aku... Suke tengok bunga2 atok.  Aku ni alergik kebun😂 tapi kalau taman takpee😝














Cantek takk...banyakk lagi bunga yang aku tak sempat nak capture.. Atok memang teramat suke lepak bersama bunga bunga beliau dari lepak dgn orang haha. 

Alkesahnya minggu lepas atok call suruh makan durian ekekek. Aku ni pantang kalau dengar durian... Wajebb serang! ! ! 😂 

Lepas makan durian,  masak pulak bubur derian perghh.. .


Bubur kacang hijo campor durian frozen sempat atok aku bekukan sebab banyak gugur takot rosak.. Akulah yang tukang habeskan 😆


Cerita pasal bubur durian nikan.. Aku dah 3 minggu berturut2 masak bubur ni.. Semuanya sebab family aku tak puas2 makan.. Alaa sedap sangatlah tu 
😝

Okla rasanya entry kalini paling banyak aku letak gambar nasib koranglahh😄

Xo


Sunday, June 14, 2020

Nasi beriani, karipap seksi😝

Hailu...

Hari cuti sabtu ahad adalah hari yang ditunggu2 sebab boleh balik kampung lepas cembese masak memasak hahaha.  One of my hobi lahh masak memasak. . Minggu lepas aku masak nasi beriani. .



Layankan ibu aku juga ni..  Banyak kali study kat youtube sampai hapal 😂 alhamdulillah sedap! Aku ni tak minat nasi yang berempah camni.  Even nasi ayam pon aku tak minat.  Aku suke nasi putih makan dengan lauk je.  Titik 😂


Minggu ni aku buat karipap.  Al kisahnya... Ibu aku tengah berselera makan karipap.  Hari2 karipap pon takpe.  So,  we alls adik beradik ni byk la bekalkan stock karipap frozen dalam peti sejuk.. Tapi,  ibu sesejak cont. ubat chemo nikan bibirnya pecah2 lepastu tak boleh makan pedas sikit mesti akan terasa pedas bebenau.. So,  minggu ni aku decide buat karipap frozen banyak2 yang inti tu tak pedas langsung.  Just kentang,  telor, ikan bilis dgn bawang. 
Walaupun bukan first time aku buat karipap tapi kalini aku rasa karipap aku lawo la pulakk.. Gigih aku mengelim tepi karipap tu sampai sakit ibu jari aku hahaha.  Tapi puas la hasilnya yang penting ibu suke..  Seksi bukan? 😁

Now, aku baru siap cuci kereta,  cuci sendiri jek depan rumah..  Malam ni nak keluar jumpe kawan.. kilatla sikit kereta aku tuhh 😝

Well..  Tu je aktiviti aku cuti ni. 



Wednesday, June 3, 2020

Gigi korang cantek tak tu...

21:35

Hailu....

Waktu-waktu camni biasenye aku baru keluar dari office haha.  Tapi harini aku balik awal sikit la sebab dah dua hari OT wei rabak dah... Lately cepat naw naw mase berlalu kan.  Aku rase baru je tarik napas setel closing account April tetibe dah closing lagik pheww...

Just a quick update jek.. Sambil layan mata nak tido,  layan music kat joox (ade lagi ke yang layan music kat joox atau aku je😂)

Actually aku nak share macam mana aku jaga kebersihan gigi..  Aku tak sure orang lain macam mana tapi ini cara aku la simple je.. First of all,  aku memang tersangat menitik beratkan hal kebersihan gigi dan kuku.  Mak aku pon tahu,  aku kalau scan orang,  aku tengok gigi dgn kuku dulu 😂. Aku tak kesah gigih simpang siur ni janji bersih jek..  Samala macam kuku... Takda kuku pon takpe janji bersih Hehehe.

Ini rutin aku jaga gigi :-
1. Sebelum tido wajeb gosok gigi. Kalau dah berus tapi lepastu aku termakan anggur sebutir.. Wajeb memberus balik😂
2. Bangun tido walaupon tak mandi, gosok juga gigi. 😆
3. Tengahari lepas makan and sebelom solat zohor,  gosok lagi gigi 😀 (ini ikutla kalau haritu aku takat makan roti aku besenye tak memberus,  tapi kalau dah melantak kari kamben al-wajibul la memberus 😂)
4. Setahun sekali wajeb cek & scaling gigi.

Memberus gigi tu bukan takat kau gosok gosok kumur kumur buang.  😛 ikutla teknik berusan dengan betul...

So far,  alhamdulillah tiap kali cek gigi and scaling doctor akan cakap gigi aku A.  😇 aku ade tanam impian nak putehkan gigi macam artis.  Sekali aku tanya harga dia mak aii satu pelaburan yang tak masuk akal haha!! Baiklah aku jaga je leklok gigi ni seadanya kan. .(pujuk hati😂)

Aku paling takot sakit gigi atau kene  tampal gigi,  sakit yang seangkatan dengan gigi ni memang aku gerun. Aku takde pengalaman sakit gigi atau tampal gigi. Tapi aku tahu memang sakit die bukan boleh bawak gurau😁 gigi ni bila dah start problem perghh macam myvi😁

Okla aku update ni sebab dua hari ni gusi aku bengkak sebab haritu aku terodok berus gigi kat gusi...Pergh sakit die rase nak sepak pintu jiran sebelah hahaha.. Now,  dalam kepala aku dok pikir pasal gusi ni sakitnya kang boleh melarat sampai ke gigi ke ape. Kekejap tengok gigi kekejap tengok gusi.. Haha! !

Okla bai


Saturday, March 28, 2020

Aku grad first class!


Salam Hi!

Disclaimer :- entry ini mungkin sedikit batak tapi percayalah maksud itu tidak sampai :p

Lame gile tak share pjj kan. ade yang tunggu kee :p 

Musim2 stay at home ni, banyak la masa terluang. Haha (tapi aku tetap bekerja seperti biasa psst… essential services)


okey! First of all korang patut ucapkan ribuan tahniah kat aku sebab bahawasanya aku dah pon selamat mengharungi detik-detik thesis yang sangat mencabar yang aku kira paling mencabar antara 11 sem terdahulu kahkahkah opss jangan la terasa nak terkejut. PJJ memang stail dia belas-belas ya semester die tu (kecuali kau istimewa).


Berakhirnya thesis aku, maka berakhirlah onak duri ranjau aku dalam PJJ selama almost 5 tahun. Perghh ini patut dibanggakan!.
Alhamdulillah result pon dah keluar masa bulan februari haritu. Guess what?!


AKU GRAD FIRST CLASS!!!!


Yahuuuuu…. Mase cek result jam 3 pagi tu kan macam-macam perasaan ado. Raso nak meninggal pon ado bhahahaha. Oleh sebab last sem tu aku Cuma amik (amik is ambil *johorean whatever) 2 subjek (class) sahaja iaitu thesis dan ethic, maka GPA yang aku perolehi adalah 4 flats guys. Ini menjurus kepada peningkatan CGPA aku dan melayakkan aku grad dengan handsomely peewettt… batch aku ni 2 orang je yang grad first class iaitu aku dah juga bff aku! (tapi die lagi terel dari aku :p)


Ape yang boleh aku sampaikan dan share-kan kat sini, PJJ is not impossible guys! You do, you get. But do it in great way!. Sujud syukur aku selamat dah semuanya. Macam tak percaya dah habis dah seksaan aku belajo lame lame lame lame lame tu haha. Mak aku orang paling tak sabo nak aku habis belajo. Hanya dia sahajala yang Nampak betapa tekunnya aku melalui episode-episod duka, suka, menangis, stress sepanjang aku study.


So, guys yang mana masih sambung study tu pleeasseeee jangan give up. Kalau rasa nak give up please cari aku manela tahu aku boleh tolong naikkan semangat korangkan!


Dan dan dan aku nak share jugak ni. Sepanjang aku buat pjj selama 5+- years ni kan, aku  Berjaya juga tukar 4x tempat kerja bhahahaha. Struggle is real guys. Kalau company kau tak support kau buat PJJ, kau ade pilihan untuk tukar kerja. Alhmdulillah semuaaa tempat kerja aku tu support je, tapi aku yang nak upgrade. Study equal kerjaya ni kau kene pandai balance. Kau nak cemerlang dalam study takkan taknak cemerlang dalam kerjaya kan? Macam mana aku boleh buat dua kerja dalam satu masa?? Nanti aku share tips nya. Banyakkkk perkara berlaku dalam hidup aku sepajang pjj ni. I is tasabar nak share hehe.


Akhir kata dari aku. Stay focus with what ever you do, what ever you dreams, pls do and dreaming in right way!


bai!