Tuesday, May 5, 2015

MIMPI UPDATE BLOG.



hai..


Semalam boleh fulak aku mimpi sedang menaip entry untuk di publish di blog. Ngeee


So harini terus je rase nak update sesuatu. :p


Belakangan ini hidup aku sangatlah messy dan huru hara. Maksud aku sebelum GST. Tah kenapa GST pulak yang aku nak salah kan. Huahuahuaa. Berapaaa punya banyakkkkk course yang aku kene attend sampai di penghujung bulan 3 aku attend course pasal GST ni ko tahu iaitu pada tarikh 31/03/2015 umpama tarikh esoknya iaitu 01/04/2015 aku akan di hokum gantung. gituw. Dengan kerja-kerja opis yang tak pernah surut. Penambahan GST lagi disaster triple kerja ngeee. Dengan perangai boss. Opss. Dengan perangai sendiri. Kekekee. Tapi alhamduillah aku Berjaya mengharungi dengan tulang 4 kerat aku ni. Walaupun terpaksa pinjam tulang adik badik sebab tak kuadd. Haha.


Aku masih lagi sihat dan masih lagi menjadi manusia di dalam dunia yang penuh pancaroba ini. Dan aku telah memutuskan untuk terus jadi manusia walau dunia ini penuh dengan kekejaman. Cewaah.


PJJ masih berjalan seperti biasa. Kelas dah 3 kali datang. Minggu ni ade kelas. 2 minggu lepas takde kelas. Sampai aku hampir-hampir lupa yang aku ni bergelar student actually. Mahahaha. Sonok takde kelas sampai tak bukak buku langsung cuti 5 hari. Gila takk.

lanjer gambar uitm pasir gudang (from business faculty view) 

Rabu minggu lepas berlangsung test secara alam maya. Masa di berikan 1 ½ jam. Hazab die tuhan nye yang tahu. Hazakabedah. Kalau di kenang balik die punya hazab tu tetibe je jerawat muncul. Nampak tak die punya stress tu. Dengan line tenet macam harem. Dengan penat baru balik kursus lagi. Bukan harem pants tu uolz. Ni tahap kau nak click pekataan biru tu sampai ambil masa setegah jam. Aku lagi sedih ase nak mengamuk. Soalan tak boleh bukak. Word cannot running. Tetibe sangat kan. Geram betol aku. Tepaksa la mintak tolong sha untuk screen shoot soalan bagi kat aku. Sadis betul TT______TT. Dah la kene submit sebelum jam 10 malam. Lepas jam 10 lect taknak tengok. Aku sedap gak anta jam 10.10 minit malam. Ha kau. Sebab line ngeee sendu. Aku rase subjek LAW paling sadis dalam hidup aku ketika ini. Haritu jawab assigmnt Law pon aku dah melalut-lalut sampai amerika sana. Dapat 64 jek olz. 64/100. Hiba aku. Salah format tu satu hal. Satu hal lagi melalut-lalut. Lari tajuk. Sentap. Kau tahu tak aku buat saimen Law tu sampai jam 2 pagi. 230 pagi hantar saimen kat lect. Gilo tak. skali dapat result macam tak study langsung. T__T Walaubagaimana pun, aku tetap lagi jadi manusia. But Don’t wori bebeh. Setiap kepayahan yang mendatang akan aku teruskan jugak. :p

lanjer lagi korang gambar aktiviti dalam kelas (take 5). muka lect tak kasi penuh sebab rahsia. eh bebudak sangat ayat ni. :p


Ok. Stop pasal PJJ. Muntah la kalau teringat-ingat test aritu. Tah pape. Sekarang mari cerita pasal peribadi. Peribadi sangat ni, dalam sebulan ni aku dalam pemantauan Pakar Obstetrik Dan Ginekologi. Tau tak tu hape. Bukan sejenis burger atau sosej ke donat bagai ya. Hehe. Tu sejenis doctor sakit puan. Nampak tak dunia ni kejam sampai aku kena jumpa doctor sakit puan. Muahahaha. Ape pun lepas abes je tempoh 21 hari ni akan ku share di sini, ape masalah yang membelenggu blogger demi azinur ni??. Muahahaahaa muntah pulak nahip ayat tu.

Ok korang stay healthy. Stay strong. Stay beauty.

Thursday, April 2, 2015

KAT MANA TEMPAT SERVICE KERETA TERBAIK? (JOHOR)



 hai heloo..

Lame tak borak pasal service kereta. Alhamdulillah. Hari jumaat lepas setel dah service untuk kali ke 9 ke?? Lupe la aku ilang ingatan seketika. Last aku update major service yang tu kali ke 5. Lepas major service, ade 3 kali minor service kendian baru major service semula. Haa paham tak. Kira kau kena spend duit lebih untuk major service. Macam major operation tu…hehe. Ongkosnya stanby la dalam RM600-700. Stanby sesajer. Kalau minor ni cembese la tak sampai RM200 pun. Same je kalau sebis kat luar kan… eh same ke. Tengok kedai dan minyak hitam ape yang kau kehendak. Gitue.


Cembese entry ini, haruslah aku bercerita tentang bestnya service die Speedway Auto Services Centre S/B kat Johor Jaya. Senang je nak p, dari tepi jalan dah Nampak. Sederet dengan perodua, kedai tayar, baru nampak PROTON. Nampak macam kecik. Tapik kecil kecil cili ayam peyet. Service memang terbaik. Setakat aku service la tak pernah pula dorang buat onar. Aku pun tak pulak nak berpaling tadah untuk service kat tempat lain. Macam kat Plentong misalnya. Ha situ beso. Main die kat situ la. Ade sales dan service kekdahnye. Ruang menunggu kat sane pun hebat. Haha. Eh aku tahu pun sebab dulu kereta aku accident hantar kat sana. Pestime masuk parking kene marah dengan pak guard. Die suruh parking masuk bontot dulu. Kau rasaa… haha. Terkial-kial merembes peluh aku sebesen nak meng-ekjas mase tu. Kau tahu je la orang lelaki punya bagi direction tu macam mana. “Potongg potongg…..minyak sikit jee” dengan segala isyarat-isyarat cinta..eh isyarat tangan die tu.. Nak aje aku keluar, potong tangan die. Aku ni terel tau bab parking. Tapi bila pokcik tu begitu bersemangat waja nak tolong.. terus je aku jadi bodo. Kahkahkah.. tak patut betul pokcik tu memperlakukan aku sebegitue



Ini sebahagian hadiah yang aku dapat sepanjang aku service kat speedway auto, ade lain kat mane tah aku cempak. Boleh ke kita panggil ia sebagai hadiah?. Bisakah?.. bisa bisaa bisaaa. Mebi die nak kite setia dengan die? Mebi sebagai terima kasih sebab menggunakan service die??. Ehkehkehkeh. Ambil je la bende-bende cemni kalau sendiri beli memang mintak maap la nak beli. Tapi ikut gak korang datang berapa kali. Kang ade yang bako kereta aku marah punya pasal sebab ko tak dapat gift cam aku haa. Matila nak.. kalau pastime datang kau tak payah la expect dapat termos. Setakat keychain ke pen ke gitue. Pastu nanti next  time datang hadiah makin beso la. Cam payung, termos ha cam aku pastime datang dapat keychain. Kekekeke. Pastu pen. Kendian wow dapat payung besoo. Kendian dapat itu ini eh banyak la.. Jumaat lepas service dapat teacup tuh.. barang-barang ni semua aku simpan dalam kereta je. Kalau aku letak kat rumah ibu nanti ibu mengamuk sebab ibu tak suka barang berlambak kat rumah. Ahahahaahahahahaha. Pangai ibu ni mcam pangai aku la. Aku tak suka banyak sangat barang kat rumah. Semak macam nyeee. Ade mak-mak orang suka collect pinggan mangkok hanyun kan? Ibu aku tak ye. Kalau takde lagi bagus. Pakai je daun pisang.. mampus aku kalau ibu bace ni. Kikiki. Tapi tak la sampai takde langsung. Adelah beberapa set. Tu pun ibu dah rase semak. Kalau kat rak tivi lame best. Gobok tivi tu kemain luas orang selalu isi pinggan mangkok hayun kan? Ibu aku tak ye. Ibu lebih suka kosong je tak payah letak or isi pape dalam gobok tu.. semakk semakk. Eh aku tak paham la. Hahaha.
*gobok (ongjohor) - lemari is almari is cabinet jugak. Heee




So, sesape yang masih tercari-cari tempat service mana yang thorbaik die Johor. Area Tebrau-Pandan-Puteriwangsa-taman molek-taman daya-johor jaya ofcourse and plentong kew. Sila la datang

SPEEDWAY AUTO SERVICE CENTRE S/B. 
No. 11, Jalan Rosmerah Satu/1, Taman Johor Jaya (Phase 6), 
Johor Bahru, 81100, Johor Bahru, Johor 


Service terbaik. dorang akan explain bende-bende yang patut di explain. macam kitew pompuan memang tak paham, tapi dorang tetap jugak explain dengan sabarnya. haha. Within 3 days after service, dorang akan call Tanya kereta ok ke tak ok ke amende tak ok. Kalau tak ok, dorang soh datang balik. Simple je. Sesama menjaga kebajikan masing-masing. Sesuai ke ayat kebajikan tu. :p

darr!