Thursday, December 3, 2015

POTLUCK LAST KELAS!



Sabtu lepas ade buat potluck sempena hari terakhir kelas bersama lect untuk subjek FIN. Dalam kepala aku dah set nak hoder roti jala je dengan jiran mokde. Pastu mintak tolong mokde buatkan kari. Cunn ahh.

Pagi tu masuk kelas belaja dulu cembese. Padahal perut meronta ronta nak makan. Memacam bau makanan hader. Lepas jawab test semua baru makan. Yeaahh


Untuk pengetahuan korang. Lect untuk PJJ terutama untk course BM dan AC didatangkan dari UiTM Segamat. Mostly la lect dari Segamat. Gigih tak. Sedangkan lect pon boleh travel apetah lagi kite yang student ni kan.




See…syurga makanan!. Ade nasi lemak, nasi goreng, kuih muih berbagai lagi. Best! Semua happening bawak makanan memasing. I is sukaa




sebahagian classmate.

Classmate aku bawak kek untuk sir Hus. classmate ni tak tentu sama untuk kelas subjek-subjek berikutnya, maklomla satu kelas campur-campur semester. ade yang baru sem 1 ade sem 6 dah. Weii lupa nak kenalkan lect aku bahahaha. Ok nama lect aku untuk subjek FIN sir Husnizam. Kalau ade reader yang dari UiTM Segamat mesti kenal ni. Sebab beliau ni pemes hehehehee. Sir hus memang happening gila. Besttt… walaupun beliau kata test tokleh bukak buku. Tapi end up kasi juga buka buku untuk 30 minit terakhir kihkihkih. Lepastu sir siap bagitau kalau asg yang kiteorang hantar tu die takpaham die akan call tanya what is actually u try to tell me. Bahahahaha.


Last kelas tu aku banyak gak beborak dengan sir pasal subjek la terutama sekali. Sebab aku kan tukar course. Nak tau gak lepasni subjek ape yang akan aku hadap. Selain borak pasal subjek. Ade gak cerita merapu rapu. Beser ah aku banyak loyar buruk. Sampai sir kata mesti aku ramai peminat. Ok tipu. :p



Oleh sebab makanan banyak gila lebih. So lets la tapau untuk sir bawak balik segamat. Banyak gila kiteorang tapaukan. Pastu sir sampai segamat panggil student die makan skali. Bestkan sharing makanan sampai segamat hehehehe.

Wednesday, December 2, 2015

KALENDAR AKADEMIK DAN JADUAL KELAS.

Q&A : Kalendar akademik. Jadual kelas.


Baik tak aku punyala nak dapatkan gambaran sebenar belajar pjj ni cane. Siap share jadual kelas. Haha. Mungkin entry ni khos untuk maz. Harap lepasni maz clear.



kelendar akademik biasa ined akan update awal sebelum start semester baru. contohnya macam kat atas tu kelendar akademik untuk semester ni. dah ade tarikh-tarikh keramat sesiap.


Biasanya seminar schedule pulak akan keluar sebulan awal sebelum mula kelas. Masa ni student perlu buat study plan sendiri nak ambil subjek apa terutama student uitm shah alam. Kalau kat johor iaitu di tanah tumpah Negara ku. Coordinator akan buatkan study plan untuk kita, jadi tetiap sem tak payah pening nak ambil subjek ape, sebab coordinator NFU yang sangat baik hati plan kan untuk kita hehe. Kalau kat shah alam, korang sebenarnya boleh mintak pandangan dengan coordinator korang. Coordinator ni macam PA (Penasihat Akademik) kita ah masa kat poli dulu. Nak tanya pape boleh je direct call mereka. Sangat membantu don’t wory k.


Seminar schedule biasanya akan keluar sekali dengan jadual kelas sepanjang sem dan ianya di panggil SEMINAR. Seminar /kelas/pertemuan sama maksud. Heee. Kalau orang kate nak jumpa next kelas means nak jumpa next seminar. Haaa paham tak ek. So dari seminar 1 – 7 sepanjang sem dan ade tarikh. Kalau orang tanya aku berapa kali kelas sebulan?. Susah nak jawab soalan tu. Sebab kadang sebulan 2 kali je jumpa. Kadang sekali kadang 3 kali. Jadi aku anggarkan lebih kurang 2 minggu sekali ah pertemuan. Sini aku ade bagi jadual seminar aku.




ok ni contoh jadual seminar beserta tarikh sesiap untuk student kat shah alam. baik tak kakak siap bagi contoh shah alam punya. hehee. sebab dulu masa aku sem 1 tak pandai guna jadual ni cane. poyo ek



ni jadual aku kat johor. pon ade 5/7 kali pertemuan. coordinator dah tulis sesiap kelas mane yang ade 5/7 kali pertemuan. senang nak tengok kan. hehe


Untuk subjek membaca means teori, biasanya 5 kali pertemuan which mean 5 seminar je. Kalau kelas yang melibatkan perkiraan 7 kali pertemuan iaitu 7 seminar. Dan kebiasaanya jugak, 5 kali pertemuan tu memang tak cukupla sebab tu ade lect tambah kelas iaitu tambah seminar. Ko banyakla sirik hazab belajar dengan lect sepantas kilat kadnag lect sirik pon cakap saya rasa macam tak ajar ape-ape. :p betul pon. Sebenarnya ikut pada cara bagaimana lect tu ngajar. Ade yang straight je masuk terus bab-bab baru. Ade yang ngajar based on past sem question. Sambil ajar satu bab sambil tengok PYQ. So senang la jugak nak maham. Ade gak lect cerita je kesimpulan terus dari semua bab. Hahaha. Ikut pada kretiviti dan perbincangan dekat kelas cane. Korang jangan risaula. Lect sangat membantu. Macam aku dah 3 sem ni, banyak dah Nampak style lect ngajar cane. Ade yang ilek-ilek je. Santai-santai ade yang seriusss. Lect statistic aku sem lepas lagi best ajar yang rasa-rasa masuk final je hehehe. Kalau keluar bab yang tak diajar haa padan muka. Seb baik allllll issss welllll. Hehehee



So korang aku harap clear la bab jadual seminar. Nasihat aku dapat je jadual seminar, korang boleh plan bende yang lain lari dari tarikh seminar tu. Kalau boleh attend ah kelas jangan tak datang. Aku penah ponteng kelas sehari iaitu 5 subjek punya kelas, rasa nyesal ade gak. Sebab banyak bende rasa tetinggal. Rasa macam dah tetinggal 100 bab. Hahaha.




Okla korang Kalau tak jelas ce komen sket nanti aku tambah mana patut. Kalau korang emel or wasep tanya soalan baru aku up entry sebab aku tak tahu ape yang korang nak tahu sebenarnya. Insyallah la aku share pengalaman aku eaa. Ok.. darrr

Tuesday, December 1, 2015

CHARITY EVENT : HOMELESS. GREAT EXPERIENCE!!


Hari sabtu lepas, kelas subjek MGT buat satu charity event. Masa awal-awal mula kelas dulu dah bincang dah nak pergi mana samada pergi ke rumah orang tua, anak yatim or gelandangan. Selepas beberapa bulan berbincang. Akhirnya kami sepakat pilih homeless. Yeaa. Aku suka sebab ni firstime joint charity event. Kesion. Tapi tidakla aku takde perasaan tak tahu masalah-masalah rakyat heeee




Ok. Here we go. Group di pecah kepada 3 kumpulan. A B dan C. glad to joint team B sebab check point dekat CIQ jek senang. Team B ke HSA dan sekitarnya team C aku tak ingat katne Nampak noh orang sibuk briefing aku sibuk wefie kahkahkahkah.

Memula sepakat nak pakai baju hitam, tudung kuning. Pastu bese ar ade tak suka kuning, takde tudung kuning takde itu takde ini kihkihkih. So okla pakai je mana suka. :p





Hari sabtu tu kelas aku pack sampai jam 730 malam. Kemkabut solat magrib pastu makan pastu gerak dari uitm secara berjemaah. Konvoi nahh. Tempat berkumpul di CIQ. Oh lupa nak kenalkan NGO yang bekerjasama dengan kami iaitu dari KENCHARA. Dengar briefing mula-mula dorang kasi tahu charity yang kita buat ni kene ketepikan soal politik, racist, keturunan etc, lagi homeless ni bukanlah dari kalangan manusia yang normal iaitu macam kita yang mesra alam. Ade segelintirnya ganas sebab ape mereka jadi ganas? Sebab mereka takut. Takut kenape? Takut kite akan serang die, maki die marah die. Sebab tu mereka jadi ganas sebab nak protect diri sendiri. Kesiankan. Majority yang aku jumpe ialah warga tua cina mostly la. Kesian sangat. Great experience untuk aku yang cepat touching ni.


Aku handle bahagian pakaian. Homesless ni memang dah tetau je port orang nak bg sumbangan. Siap dah beratur tau. Kesian nye weii sebak dade aku bila terkenang. Ramaila nyonya-nyonya tua, india, melayu... Yang muda pon ramai gak. Tapi motif kiteorang bukan takat nak bagi sumbangan makan dan pakai, kami ade gak mintak nama dan cuba untuk bagi peluang pekerjaan. Carikan mereka kerja yang mana masih muda-muda ni.  surprisingly bukan takat orang gelangdangan biasa je. Yang luar biasa pon ade. Teka sape?. Heee dah tentu ade juga termasuk dalam senarai gelandangan penagih dadah. Sebab tu kena hati-hati. Bukan nak salah sangka. Just beware jek. Mereka semua ni tak suka gambar dirakam, so bukan boleh suka-suka ambil gambar takot dorang bertindak ganas.





Masa aku handle bahagian pakaian, kami dinasihatkan supaya tidak bertindak ganas dengan mreka contohnya, kalau dorang (homeless) ni tarik-tarik baju kita biar kan je. Jangan gaduh dengan die. Takot die lagi ganas. Sape tahu kan. Aku sedih bila ingat balik. Ramai yang cari baju lengan panjang. Iskk serius sedih sebab tak banyak baju yang ade nak-nak lengan panjang. Aku paham. Dorang nak lengan panjang sebab malam kan sejuk nak tido bukan ade rumah, bukan ade blanket ke ubat nyamok bagai. Sedih aku tau sebab tak dapat nak bagi ape yang dorang nak. Dahla tu ramai orang tua. Kesiannye wei.. aku rasa nyesal pulak tak sumbang pakaian. T__T lap ingus



Balik dari event tu aku tetaplah bersedih jugak. Banyak soalan yang bermain kat kepala ni. Kenapa dorang jadi cemtu nak-nak orang tua. Kami borak kat group wasep pasal bende ni, bertukar-tukar cerita kesian ade yang dah 15 tahun duduk kat bustand. Allah. Sakitnye dade ni sedih teramat. Aku kesian gila dengan orang tua. Kesiaannn weiii.. aku punya kesian tu sampai cerita dekat staff siap begenang air mata. dahla aku sedihh. Ok babai.

PJJ/PLK LIFE : PART-TIME STUDENT FULL TIME WORKER

Q&A : Time management


Macam mana nak manage masa sebagai part-time student. Full-time worker.

Nak buat PJJ ni bukan suka-suka. Daftar masuk. Pergi kelas. Balik kelas. Maksud pergi kelas balik kelas is, kau masuk je kelas dengar lect bebel-bebel kat depan. Pastu balik. Maksud kedua, kau pergi kelas, attend conversation with ur group asg, attend activity kelas etc etc.  ramai yang salah anggap, PJJ ni is like pergi kelas hujung minggu jek. Lepastu balik ah. Sampai masa seat final exam. No ya. Pjj di uitm terutama sekali. Sama je macam pelajar full time. Still juga ade group asg, individu asg, group presentation, aktiviti kelas etc . Memula dulu pon aku macam hekeleh part time pon ade eek buat group-group asg la presentation lah. Plz la nyampah. Tu aku dulu lah. Sebab aku rasa aku takde masa nak jumpa kawan-kawan segroup nak discuss pasal asg etc. maklomla jauhkan shah alam-johor. Tapi tidak membataskan. Still juga kene berhubung melalui wasep/skype etc. Memang leceh ah sebab tak jumpe muka.



Serabut jangan cakap ah. Mana nak study, mana nak discuss mana nak kerja lagi. Lepastu dapat pulak group member yang selalu balik kerja malam. Kesiann. Ade juga member tu terpaksa outstation, compny trip etc etc. nak jumpa wal hal sekali pon ambil masa lama nak tentutkan tarikh masing-masing available tu bila. Aku pernah rasa sampai satu tahap, lama gila tak bersosial. Haha



Bukanla aku cakap aku ulat buku. Tapi nak PJJ ni kau terpaksa jadi ulat buku. Sebab ape. Sebab kau pergi kelas pon 5/7 kali je satu sem. Satu kali pergi kelas ade 2 jam masa dengan lect. 2 jam tu belajar sampai 2 3 bab. Laju-laju. Tu belum lect ngarut cerita tambahan hahaha. So biasanya lect akan tanya ada bende tak clear lepas 2 jam belajar tu tak. Biasanya semua takde soalan. Aku je ade soalan. Soalanya ialahhhhh saya tak paham semua…hahaha.



So, balik rumah biasanya malam tu cecepat ah buat notes. Aku akan make sure aku buat mind maping untuk setiap bab yang belajar that day. Selagi aku ingat ape yang lect ajo kat kelas masetu. Sebab aku tahu, kalau aku tangguh-tangguh mesti aku lupa jugak nanti. Nak maham pun ambil masa tau. Tapi aku akuila adekala syaiton jugak menang. Aku malas nak hadap buku dalam 3 hari berturut-turut ade tu sampai seminggu tak bukak buku langsung. Sebab tak koser. aku kalau datang time rajin, rajiiiiinnnnn sangat. kalau datang malas hoii nak menapak pegi jamban pon malas. Malas tu memang tetap ada dalam diri seorang pelajar. :p. bila dah datang insaf tu yang lelaju buat mind mapping. Bagi aku mind map TERsangat membantu dalam proses belajar pjj ni. Sangat sangat. Ade orang tak kisah pon belajar ke tidak. Janji dapat seat final exam pastu grad. Tapi aku rasa macam tak best kalau tak perform abes-abesan pulak tu belajar ni pon pakai duit sendiri. Sense die lain macam. Haha. Aku je kot rasa cemtu. :p bukan ape, at least ahh sijil tu berkualiti sket muehehehee



Bina masa untuk diri sendiri.

Tak la cakap pjj ni takde masa langsung nak social. Bukanlah begitu. Kalau dulu setiap hujung minggu lepaks. Asal ahad je tak melekat kat rumah. Hah. Sekarang dah PJJ. Ahad tu biasa buat group discussion. Tapi tidaklah tetiap hujung minggu nak discussion manjang. Terlajak rajen tu. Seselang ah. Ahad ni bowling tyme. Ahad depan jumpe group discussion. Bagi aku takde masalah nak manage masa. Sebab dah ade pengalaman lalu kikikiki. Sem 1 dulu tak geti nak manage masa. Sem 2 dah geti manage masa tapi still kemkabut. Sem 3 ni ade peningkatan..antaranya rajen buat mind mapping. Kahkahkah. Sem lepas, dah nak final baru gelabah buat min map. Sem ni kene berubah. Kene study dulu at least bace ah sebelum masuk kelas. At least ahh member sebelah kau tengok vavavavahh buku dah penuh warna highlight. Pfft.



Ade orang tak tahu nak selit masa cemana. Sebab kehidupan mereka yang terlalu sesak. Macam member aku. Pergi keja awal pagi. Balik tetengah malam. Dah tu mestilah balik terus tido. Cemana nak bukak buku tu?. Boley sebenarnya, cuba bina masa untuk diri sendiri, mohon keberkatan masa pada yang masa Esa. Insyallah all is well. Macam kawan aku kat uitm shah alam dulu, lunch hour, sambil makan sambil baca notes. Gigih tak?. Jangan bagi alasan masa tak cukup. Nak pjj body+soul kene mantop.. macam dah banyak kali aku gtau hehe. Cuti tu tokleh la jejalan sangat. Minggu ni berjalan. Minggu depan cuti ah jalan. Dok uma study. At least satu subjek oke la. Sehari ade 24 jam ape. Mind mapping satu bab aku bajet ½ jam jek. Lepastu kalau ade kerja berkumpulan, kalau memang tak boleh datang langsung discussion.. at least ah bagi opinion, selalu update dengan kengkawan thru wasep. Idokla kengkawan tu ase nak maki je engko sepanjang sem. :p



Biasanya aku kalau ade plan nak bejalan, aku make sure, hal-hal berkaitan dengan kelas aku dah setel up dulu semua. Terutama dalam i-class. Lect akan update topic untuk kita jawab or discuss. Lepastu kalau ade kerja sekolah kasi setel dulu. Lepastu kalau ade notes tak buat lagi, elok buat dulu at least kau becuti pikiran tak ingat keja skolah, x ingat saimen tak siap. getew.



Kalau korang dah try sehabis baik untuk isi masa tapi memang takde langsung ruang nak isi masa tu, aku nasihatkan cuti dulu. Cuti khos kita panggil. Kira dah abes ikhtior dah tu, biasanya buat mereka yang terkejut ahh tetibe style belajar pjj ni tak kurang same macam full time, terkejut hehe. Pastu ase tokleh terima kenyataan, ke saje nak try pjj ni cane kekdah. Macam sorang member aku ni, pas datang kelas 2 kali. Pastu kawen. Pastu terus cuti khos. Nampak x. hehehee. Nak mohon cuti khos pergi kat website ined situ ade borang.



Kebiasaannya orang yang buat PJJ akan terima pujian. RAJINNYE BELAJAR. RAJINNYE BUAT PARTIME. Pokoknya, sejauhmana ketahanan kita??. Semoga kita sama-sama istiqomah dalam menjayakan degree ni sampai habis dengan jayanya!


Insyallah!