Thursday, March 7, 2013

Kehadapan Bakal Zaujku


AKU INGINKAN DIRIMU,
DATANG DAN TEMUI KELUARGAKU,
MELAMAR DAN MENJEMPUT AKU UNTUK  MENJADI SURI DI HATIMU,
MENGHIASI HATIKU DENGAN CINTAMU,
MENDAMBAKAN CINTAMU YANG DILABUHKAN UNTUK ALLAH,
MEMBENTUK CINTAKU JUA HANYA UNTUK ALLAH..

KEHADAPAN BAKAL ZAUJKU,,

WALAU DI MANA DIKAU BERADA, DOAKU SENTIASA MENGIRINGI. WALAU SIAPA DIRIMU, MOGA CINTA YANG DIKAIT SEMATA-MATA UNTUK MENCARI REDHA ALLAH. AKU INGIN DIRIMU TAHU, AKU BUKANLAH SECANTIK WANITA LAIN PADA PANDANGAN DUNIA. NAMUN AKU HARAP AKU BISA MENJADI YANG CANTIK PADA PANDAGN ISLAM DAN PADA PANDANGAN IMAN. AKU BUKANLAH YANG TERHEBAT MENCIPTA NAMA UNTUK DUNIA MENGENALIKU. NAMUN AKU CUBA MENJADI TERHEBAT PADA PANDANGAN MATA ALLAH…

AKU BERUSAHA MEMBALUTI HATI INI DENGAN PAGAR-PAGAR KEIMANAN. AKU BERUSAHA KERAS UNTUK MENJAGA CINTAKU AGAR TIDAK JATUH PADA INSAN LAIN SERTA BERTERUSAN MENAFIKAN MAKNA CINTA YANG DI TAKRIFKAN OLEH ORANG LAIN. AKU TAK NAK CINTAKU TERCALAR KERANA KHILAFKU.AKU TAK NAK CINTAKU BERKURANG BILA MANA AKU SAH MNJDI MILIKMU.DAN MOGA DENGAN CINTA KITA IA JUGA TIDAK MENGURANGKAN WALAUPUN SECEBIS CINTA KITA TERHADAP ALLAH. MALAH AKU MENGHARAPKAN CINTA KITA KEPADA ALLAH KIAN UTUH HARI DEMI HARI.

WAHAI  BAKALZAUJKU,,,

AKU BUKANLAH SEHEBAT WANITA LAIN,AKU HANYA SRIKANDI YANG PENUH KHILAF.NAMUN IZINKAN UNTUK AKU MEMPERBAIKI DIRIKU DAN MENSOLEHAHKAN DIRIKU.AKU JUA BERHARAP DIRIMU MENERIMA KU KELAK SEPENUH HATIMU.AKU INGIN MELAKAR BAHTERA KEBAHAGIAAN BERSAMA DIRIMU MENGISI KELOMPANGAN DALAM HIDUP DENGAN PENUH TAWADUK CINTA TERHADAP ALLAH SERTA MENGAIT SEBUAH KETENANGAN BILA SUATU SAAT NANTI KITA BERSAMA. AKU JUA SNTIASA CUBA UNTUK MENJADI YANG LEBIH BAIK AGAR ISTERI SOLEHAH ITU ADALAH AKU. IZINKAN UNTUK AKU TERUS MEMPERBAIKI DIRI SEBELUM AKU BERTEMU DGN DIRIMU,IZIN KAN UTK AKU MENAPAK MNJD SEORANG MUJAHIDAH ISLAM.


DI PENANTIAN LUAHAN RASA AKU TERUS MENANTI DIRIMU,

UNTUK DETIK DAN KETIKA KITA DIIJAB KABULKAN,KETAHUILAH BAHAWA SEKARANG AKU CUBA MENJAGA KESUCIAN HATIKU AGAR AKU TIDAK JATUH KE LEMBAH HINA. AKU TIDAK PERNAH SEDIH MERATAPI JIKA AKU INI TIADA TEMAN SEPERTI PASANGAN REMAJA LAIN YANG TERUS LEMAS DIULIT CINTA YANG MASIH TIDAK TERHALAL BAGI MEREKA. SUNGGUH ALLAH SNTIASA MENEMANI BAKAL ZAUJAHMU INI.AKU JUGA TIDAK KHUATIR DI MANA DIRIMU BERADA KINI,KERANA DOAKU AGAR DIKAU TERUS DALAM PEMELIHARAAN ALLAH.

MOGA CINTA KITA MENGALIR IKUT ALIRAN ALLAH. JADI USAHLAH DIRIMU KHUATIR TENTANG BILA,BAGAIMANA DAN DI MANA PERTEMUAN PERTAMA KITA. TERUSLAH KITA BERSIAP SEDIA UNTUK MENGAHADAPI DUNIA YANG KIAN MENCABAR INI. ISLAM PERLUKAN KITA,MUJAHID DAN MUJAHIDAH ISLAM. MOGA SALAH SEORANG MUJAHID ISLAM ITU ADALAH BAKAL ZAUJ KU,DAN MOGA MUJAHIDAH ISLAM ITU ADALAH AKU…

BAKAL ZAUJKU YANG MOGA DALAM PELIHARAAN ALLAH..

AKU KINI TIDAK MENAPAK UNTUK MNCARI CINTA SESIAPA PUN,KECUALI CINTA ALLAH.AKU AKAN TERUS MEMELIHARA KESUCIAN PENJAGAAN HATIKU.
YA ALLAH DAMAIKANLAH GEJOLAK HATI INI DENGAN RASA KEIMANAN KU TERHADAPMU



KDT: permata kalbu



1 comment :

shameel Iskandar said...

Berdoalah sebagaimana doa Nabi s.a.w "Wahai Allah yang Maha Hidup (Ya Hayyu), wahai Allah yang Maha Berdiri Sendiri (Ya Qayyum). ... Perbaikilah setiap urusanku dan jangan Kau serahkan aku kepada diriku walau sekelip mata."