Friday, December 29, 2017

COOLING COIL BOCOR KISAHNYE..

hailuu..

aritu update pasal aircond keluar asap.

pastu pergi la kedai service air-cond kat Johor Jaya. Johor Jaya tu semua ade ko pergila mesti tak nyosal bezanya kene bijok dengan tak bijok je. hee

so masuk je kedai, uncle tu cek gitu-gitu je. oh die cakap ini.. gas sudah abes kene topup.

aku pon sebagai wanita yang kerap di tipu jejantan pon percaye je la.

top up gas RM 85. bapok mahal. ade yang cakap murah je. elehh kite saje je nak yang mahal. *tolongla.
gas sekarang memang mahal apee. ko tengok je la kedai mane yang sudi hantar gas naik tingkat 4 kat rumah sewa aku tu.. hahaha. k k k tak lawak.


masuk gas ingat dah setel masalah kewanitaan aku ni.

esok pagi on aircond. damn! ^%$* (mahap tercarut) tak sejukk malah i think its become worst! bunyi kuat bingit macam orang main masak-masak kat dalam dashboard aku.

i is takda mood.


balik kerja pergi la Setia Tropika. recommend oleh rakan office. so cek punya cek dorang cakap cooling coil bocor. dah kene tinggal kereta 1 day untuk setel. i is tercarut lagi. dan yang paling kelakar cost untuk tukar semua sekali RM 850! kelaka ke idakk


balik je aku terus la google. sebab aku taknak jadi wanita teraniaya lagi haha!.


study pasal cooling coil, cost, cara buat, etc etc. ade la dalam satu hari setengah aku mentelaah pasal cooling coil ni. so selama 3 haritu aku memang tahan je tak pakai aircond kebetulannye cuaca idak la panas sangat. tapi ketiak tu tetap la basah.


dalam pada aku study pasal cooling coil tu.. ramai la jugak aku mintak pendapat. siap ade kekawan nak offer betulkan. dorang charges dalam RM400 lebih je. aku memula macam nak je buat sebab murah. tapi bila ade yang cakap JANGAN sebab takot dorang pakai barang cetak rompak dan barang second hand. i is takot la kan.


apak aku pon sama survey kedai kat kampong. poon sama mahal hazakabedah betui.


aku pon mula bedoa. mintak di beri petunjuk nak repair kat mana. sebab dah buntu sangat i kene balik ke basic kan.


petang tu balik kerja aku tergerak nak pergi proton service yang selaluuu aku datang buat service satu masa dahulu.


yang aku tahu dorang sub kan kerja-kerja aircond ni pada orang lain. tapi takpela tanye je tak salah kan. dorang suggest kan aku tempat yang dorang pergi. so, terusla aku menuju ke sana.


tempat tu memang the best. aku sangat sangat recommend korang untuk pergi kalau ade masalah air-cond sebab dorang specialist. kedai pon pon gak. pekerja die sangat la mahir smart dan elegan haha.


aku masuk je kedai, tiga orang terus datang dengan torchlight mini untuk cek segala. dan betul memang ada kebocoran pada cooling coil. dorang cakap bau air cond je pon dah tahu. damn kedai yang pertama aku pergi tu. bulat bulat kena tipu..

brand yang dorang pakai still APM macam proton jugak. warranty setahun. yang best part pasal proton ni, compressor die. tahan dan unggul. katenya la.


bagusnya kedai ni aku suke... sebab dorang explain system aircond dan show spare part ape yang kene ganti. walaupon aku rasa macam nothing yang masuk dalam kepala aku. tapi aku tetap kagum kesungguhan beliau dan aku tak was-was untuk tinggal kereta dengan dorang. kalau kedai sebelum ni aku memang tak yakin langsung. kang ade je bende lain die godehh sakit jiwa kang aku. (tak cuba untuk husnuzon maseni)


cerita punya cerita, aku pon decide untuk repair je kat situ sebab harga die better dari kedai kat Setia Tropika tu.. tak sampai RM800 pon. lepastu siap service hantar dan pulang kat tempat kerja aku. sape taknak wei. aku ni berkira kalau cuti semata-mata nak repair kereta. lebih baik dorang datang tempat kerja aku then bila dah siap hantar balik kat office. seronok lew..


yang terpaling puas hati, dorang akan update dengan kita thru whatapps ape yang dorang telah lakukan kepada kereta korang.. macam ni..





haaa barai. banyak lagi gambar yang dorang update. aku share yang ni je la. ni pon nak pitam tengok kereta aku jadi laguni. kerja macam ni kene penuh ketelitian sebab banyak gila items kene tanggal. even kalau skru sebijik tak pasang tentu jadi lain kemudian hari..


siap bagi video kebuktian yang cooling coil tu memang bocor. tapi ni aku screen shoot je. malas nak upload video.

process nak bikin ni memang leceh dan susah sebab tu rata-rata kedai charge upah mahal. ko tengokla sendiri habes segalanya kena kongkek.


dorang datang office jam 1030 pagi siap dalam jam 4 petang. sampai je kereta aku terus macam wow bekilatnya. rupanya siap wax kereta aku. bekilat mcam kau baru je ambil kereta dari Proton 5 tahun yang lalu hahaha. over makcik ni cerita. tapi this is true story!

puas hati sangat-sangat. dah hampir sebulan pakai sejuk macam baghruu. serious!


okla kalau korang nak tahu kedai mana aku pergi yang thorbaikk dan terrrmurah ni. sila comment atau email pada 88azinur@gmail.com



dar!!


Tuesday, November 28, 2017

Selepas 5 tahun air cond kereta berbau kurang enak.

Helloo..


masa aku dapat tahu kene service air cond. i is terkejut whyy la kena service air cond bagai.. haha gile nobs aku ni. yang jadi aku cuak kan kan kan... ceritanya bermula begini..


satu hari, aku pergi Giant Plentong nak pergi tukar cermin mata.
lepastu masuk je kereta-start-bukak tingkap-on aircond!. sekali berasapp.. macam asal vape tu ekekeke.
aku pon gigil la pale lutut ingat gas beracun ke jadah harom pikir camtu. siap bukak tingkap luas-luas-luas takot aku mati lemas ke ape ke kan haha!
pastu bau air cond busuk yakmat minzalik die punya busuk. ambi pure pon takleh lawan die punya bau.
aku pon langsung terus ke rumah mokde. halo-halo pokde la gelabah macam ape. aku pikir kereta nak meletup dah. cepat-cepat keluar dari kereta sepantas kilat bhahahaha.


pastu pokde cek air cond punya compressor semua molek je. nak kata tak sejuk.. sejuk.. nak kate berbunyi takde pulak.


so, pokde kate hah pakai je la sampai takde rasa sejup. boleh gitu haha~


selepas empat hari berlalu. baru semalam air cond aku rasa tak sejuk langsuir. aku pon terus google la sebab kenapa mengapa bagaimana apa yang perlu aku lakukan..


cembiasa, google memang banyak la membantu. ade orang cakap air-cond ni kalau rosak banyakkkla kena pakai duit. aku ni cam tak sedap hati memang takot gilerr kalau rosak. tengok harga cooling coil pon dekat pat ratus mati gueh!.


kereta ni kalau dah lebih 5 tahun yang memang ko tak pernah cuci cooling coil  memang keluarla bau yang tak sedap macam bau kepam tu.. sebabnya banyak dah habuk-sampahsarap-lipas yang membuatkan ia tersumbat. nak cakap dalam istilah mekanikal idokla geti.. kite cakap bahasa dapor je la..



aku pon dok servey la mane kedai yang helok yang bukan tah-ape-ape. aku risau duit banyak keluar. tu pertama. aku risau kena tipu. tu kedua.


warranty kereta aku lama dah mati maklomla da dekat 5 tahun dah aku pakai. sekejap je masa berlalu kan. so, aku memang tak service kat Proton dah. aku bantai service kat luar. major service memang tak pernah buat lagi. ni dah 80 ribu KM kene tukar timing belt pulak. bapak banyak ni pakai duit jib..


ni aku tengah ikhtiar nak servce dekat mana.
ade yang suggest cuci sendiri cooling coil tu.
aku risau cuci sendiri tak bersih ekekeke daser pemalas.
aku tengok tutorial nak bersihkan cooling coil tu agak menguji keimanan betul.
sudahnye pergi jela kedai. averange dalam RM 300 camtu.
aku harap-harap la takde ape yang rosak ke bocor ke.
kalau tak.

mati gue.

Wednesday, November 22, 2017

Hi Hello~

ya ampun..

lama sangat ni tak share apa-apa.. pasal PJJ..
tuptup dah nak final exam dah haha ameko..
kehidupan aku macam busy bebeno.. serios la busy!
kadang-kadang sambil berak tu teringat eh lama gils tak update blog..
kadang-kadang sambil busy nak mampuih buat kerja terus macam jeles nye dengan vivy yusof. hahaha!


alhamdulillah subjek sem ni semua best-best. lecturer semua takla serajin lecturers sem lepas.
sem lepas ya ampun troma nye tak hilang lagi ni.
sem lepas paling hiba la dalam sejarah PJJ aku ni.
bulan ramadhan yang lepas tu terlalu sibuk buat homework,
assignment semua tu..
TERLALU SIBUK
sampai tak pergi terawih tauuu,
cuti sabtu ahad bedal buat homework segala sampai TAK TIDO MALAM!
eee malu je dengan tuhan. mmm


sem ni ambil tiga subjek sebab penat sem lepas dan bebanan sem lepas tu macam tak berkesudahan
haha!
sekali Allah makbul doa.
dapat lecturers yang sporting gila babeng.
plus satu paper EWC takde final exam sem ni.
beronok laa kami semua macam ikan flower horn haha


nampak relax dengan PJJ tapi kerja menimbun pulak.
salah sorang staff ni cuti dua bulan sebab morning sickness.
ko rase? mm aku ni la yang backup kerja die semua.
pressure ko jangan cakap la dah macam kuli batak, sotong, ikan kerapu, ikan buntal, hahaha
balik je rumah TIDO
tidooo jeeee manjang.
sampai nak tido tu mimpi kerja lagi.
macam hari-hari berlalu dengan hati yang serabut.
aku rasa lepas final exam nanti aku kena pergi becuti tak pon kena kawen.  *tetibe
kalau di biarkan ni boleh sakit jiwa tau.

ekekeke

okla jumpa lepas final k! harap semua sihat-sihat.

dalam inbox banyak soalan-soalan korang yang tinggal kenangan.
mesti korang macam fed-up kot dengan aku. haha
yela k k k aku mintak maap la.

kang aku jawab.
cepat atau lambat..
mesti jawab!

dar~



Wednesday, August 23, 2017

DAH DAFTAR SUBJEK KE SIBUK DENGAN SEA GAMES?

hai.. 


Good Morning!


as we know (kalau tahu la...) jadual semester baru dah pon keluar! 16/9/2017 dah mula kelas pertama. untuk campus Johor... Shah Alam pon same rasanya sebab ternampak updated status kawan aku. hehe. 


memang rasa sangat sem ni begitu punya cepat mula kelas. penat sem lepas pon tak habis lagi. dah tu untuk sem akan datang ni banyak gila subjek FIN yang tinggal. kalau tak silap aku dah 2 sem jugak aku tak ambil subjek FIN. satu sebab jadual clash dua sebab code tak sesuai untuk di ambil. 


macam biasa. bila NFU dah keluarkan jadual dan subjek apa yang perlu di ambil. aku pon laju-laju download PYQ untuk code yang bakal di ambil tu. kat situ je cara untuk tahu bentuk soalan, mainan perasaan, mainan politik dan sebagainya. haha. harap korang pon buat perkara yang samala. memang kite belum pernah belajar tapi bila tengok soalan tu kan macam dah boleh agak-agak la tahap kesukaran dan kecabaran (hahahaha ade ke ayat ni!) untuk subjek-subjek tu.


macam pernah di janjikan dahulu. sem ni aku bertegas nak ambil 3 subjek je. dah pon usulkan pada nfu. dan beliau pon setuju. Alhamdulillah. 


malam tadi dah bersembang dengan senior-senior yang dah ambil paper FIN. dah puas tanya macam-macam. belajarnya apa, tahap kesukaran macam mana, dan yang paling utama siapa lecturer nya. haha. fuhh peluh-peluh dan penuh debaran. salah satu FIN yang aku ambil tu adalah killer paper among FIN yang lain. nak tahu code yang mana???


nantikan episod seterusnya...


HAHAHAHA




Wednesday, August 16, 2017

RESULT DAH KELUAR SEMALAM?

hai gemorning!

pagi-pagi dah update blog ni. hehe


semalam result dah keluar. sebenonye taknak tunggu pon. tapi hati tak tenteram bermula awal sem sampai menanti result. dok tak boleh move on. salah satu sebab ialah paper OPM. paper ni boleh buat orang sasau dan tak tentu arah haha. ko tengokla kakak ko ni still tak boleh MOVE ON!


aku kan dah terbiasa share result kat sini, sem ni macam taknak share result sebab tak cantik sangat. kecewa macam ape hehehe. alhamdulillah semua pass! termasuk paper OPM! even paper ni aku tak score tak expect to get an A or B! syukur tak repeat sudah! berapa banyak tanda seru tu!. nak sampaikan betapa aku merisauiiii paper itu. aku sempat ws NFU pasal paper OPM. u know what? ramaii fail! gulpp!. syukur jela sape yang pass even tak dapat great score macam aku. serious gred OPM aku bebetul menghancurkan GPA aku. paper MKT, HRM, TMC semua kencang. stress aku tau dok pikir satu malam. tapi bila NFU cakap ramai yang fail. aku terus sujud syukur mujur tak fail! gila betul la!


aku taktau cemana nak advise korang untuk ambil paper ni. actually subjek ni OK je. nasihat aku kalau nk ambil paper ni biarlah bersama-sama lect yang OK jugak. takla aku cakap lect aku tu tak OK. tapi kalau buat survey agak-agak dah boleh tahu jawapannye. hahahahahahaha. tah la serabut aku. masalah emosi tengok result OPM semalam. balik kerja satu malam layan running man. tangisan dalam ketawa hahaha poyo betul minah ni.


so okla. whatever it is CGPA memang turun sikit tapi masih 3.50.


till end!

Monday, August 14, 2017

PJJ/PLK LIFE: HABIS EXAM TERUS PERGI BERAYA!



Ola!


Tahun ni aku rajin sikit nak merayap rumah kawan-kawan Poli. Yang rapat jela. Yang area Jb je… yang jejauh tu tak la dapat datang. Mostly kekawan aku ramai yang merantau. KL ado, paling jauh kat Sarawak. Andddd ramai je dah kawen beranak pinak. Aku je belum lagi. Insyallah masanya akan tiba kan..


Okes tutup cerita pasal kawen.. beranak.. mak emo sikit bab ni haha!

since paper pertama aku seminggu selepas raya, maka takdala sangat mood nak beraya. di tambah pula paper pertama OPM. haha tak boleh move on aku dengan paper ni!


Memula sekali beraya rumah Nanad. Ni memang geng paling best ajak melazer. Haha. Sesejak die dah duduk JB ni rajin jugak la aku datang rumah die dua tiga kali. Asal datang rumah die je mesti ajak aku mandi kat pool. Amenda la minah tu tak padan dah jadi bini orang kekeke. Mase beraya rumah die lagi best. die pack semua makanan ajak makan tepi pool. Pening la aku layan minah tu kahkahkahkah


Next! Pergi rumah diela pon rapat jugak ni. Kami kan mase duduk asrama poli, 4 sekawan duduk sebelah-sebelah bilik hehe. Lucula bila teringat kenangan lama. Memang kami plan taknak duduk sama-sama bilik. Means satu bilik 2 orang je. Kami memang tanak duduk sesamala. Pastu masing-masing tunggu roommate masing-masing masuk. Kami masatu bolehla dikatakan senior juga. Dah sem 5 tak silap aku. Balik dari praktikal 6 bulan terus belagak jadi senior haha..


Kat rumah dila ni paling best sebab die tunaikan semua permintaan aku. Ayam guring dengan brownies. Siap anak dila, Umairah nyanyi lagu birthday oh may! Terharu sangatt tapi cembiasa muka kenala buat macam biasa-biasa hahah dalam hati berbunga-bunga uols!


Balik dari rumah dila dia bekal kan lagi lontong dengan brownies. Ya ampun sedap sangat lontong die. Mase mengimbau zaman duduk beborak dekat asrama kan, masing-masing cakap tak reti masak. Tuptup dah berkeluarga automatic jadi GETI MASAK ekekeke. Ayam guring die siap pakai bread crumb tolongla terlajak rajin ngikut resepi bulat-bulat ni hahaha keji ayat aku. Eh idokla.. aku ni takla tahap rajin macam dila. Hihihi


Next!!


Rumah miela. Ni pon kira rapat jugak. Bukan duduk sebelah bilik masa kat asrama. Die gang group lain hehehe. Group ayong ni. Biasalah zaman belajar ade group konon nyampah betul bila teringat balik. Dorang duduk rumah sewa masa belajar dulu. Aku tak merasa duduk rumah sewa rejki dapat asrama sampai sem akhir. Aku and the gang! Tapi sampai sem 5 je. Last sem ni geng aku dah berpecah separuh duduk rumah sewa separuh dapat asrama. Tak dapat la nak duduk sebelah sebelah bilik macam sem sebelumnya.


Mase jumpa miela. Omg! Tengah pregnant anak no. 3. Jam tu jugak aku rasa tua gila aku ni ke ape. Siap belek-belek kat cermin tengok rupa sendiri. Selamatt masih anggun muda belia. Hahahaha
Kat rumah aku ni memang takdela nak dengar suara budak-budak main la, melalak etc. Bila dah berkumpul ramai-ramai macam ni dengan suara mak dan anak berlawan-lawan. Para somi-somi idokla meng kekekkee macam mak-mak haha. Ape Bahasa aku tu. Meng kekekekeke Maksudnya ketawa terbahak-bahak.


Aku perasanla kan kekawan aku yang dah kawen ni. Personality terus berubah. Terus macam mak-mak. Hahahahahahahaha risau aku nnt kawen terus kene cap mak-mak.


Okla korang meh layan gambar!


Kat rumah nad je  takde gambar. Syokk sangat beborak sampai lupa nak bergambar.. dah tetua ni kan kurang sikit la nak bergambar. Zaman dulu kala memang muka pantang hala. Orang tak hala pon terhegeh-hegeh suruhh hehehe. Rindunya zaman belajar kat Poli!


mintak maafla kualiti gambar kurang memuaskan. maklomla dah mak-mak tak kesah sangat pasal lighting hohoho


muka berminyak gila sengan je duduk sebelah pengguna dan penjual perlashine!



okla korang. doakan kami ukhwah ini semakin erat dan wangi je sampai syurga... insyallah tahun depan kalau masih rajin boleh lagi merayap. thaks korang kesayangan hamba yang mendoakan aku supaya tahun depan datang dengan pasangan haha walaupun agak kelakar. tapi I suka doa-doa yang macam ni.. hihi


amin..



Sunday, August 13, 2017

SNACK : KIMBAP BALL

hi!

hujung minggu best kalau dapat makan macam ni!



ceknab ni kalau balik memang suke la buat bende-bende gini.

meh aku share ape je bahan yang die guna. sebab senang bebeno nak cari!


1. beras sushi
2. santan kotak
2. crab stick, sosej etc
3. snack seaweed ape sahaja brand
4. bijan untuk hiasan

beras sushi ni aku pernah pakai mase buat kimbap roll. ade balance so pakai la kan dari terbiar gitu. cuma kali ni masak dengan santan. macam buat nasi lemak tu. seriously sedap gila. rasa macam berlemak-lemak getew!


crab stick dengan sosej boleh la di rebus sahaja letak garam sikit lepastu potong kecik-kecik.


snack seaweed tak kisah brand ape. brand Tao Kei Noi  sedap. yang adik aku guna ni tak sure brand ape pon sedap benda tu boleh pilih nak falvour ape. ayam ke sotong ke tomyam gung ke. 


kalau jenis roasted seaweed lever tu macam tak sedapla. so kite pakai instant. instant ni selalunya sedap sesuai untuk orang yang nak cepat siap hehe


sebelum jadikan bulat, masukan crab dan sosej juga sedikit seaweed. then, golek-golekan atas seaweed yang dah di koyak-koyak (aku pakai gunting). untuk kesan kvariety boleh tabur bijan...


mudahhh bukan?!



Saturday, August 12, 2017

APA ALASAN UNTUK TUKAR KAMPUS?



Hai happy saturday!..

15/8/17 ni keluar la result sem lepas. Dupdapdupdap la. Rasanya ni first time result keluar hari selasa. Sebelum ni mesti hari jumaat. Dengar cerita semester baru awal bulan 9. Gila babeng cepat nau. Haha! Budak-budak diploma yang rehat lima bulan tu bestla mereput. Aku ni macam tak berasa sangat nekmat mereput. Hehe.


Hari-hari chat dengan Dila kat Hangout menyatakan betapa risaunya kami dengan subjek OPM. Dila oke la CM die tinggi. Lagi pun soalan calculation die boleh buat. Aku ni… dah la lari format stress gila aku mase dapat tahu salah guna formula. Dahlah OPM tu killer paper. Actually bukanla subjek tu yang killer. Tapi lecturer nye tu yang entahlah sukar aku nak describe. Student yang pernah belajar dengan die je tahu cemana haha!.


Aku plan dengan Dila sem depan nak ambil 3 subjek je. Tapi kene tunggu jadual la. Kalau dapat yang dari jam 8 pagi sampai 2:30 petang syokla. Sebab straight je kan tak payah mereput kat library ke, café ke hehe. Kalau yang gap nye panjang tu yang tak best walaupun ade sesetengahnye bersetuju ade gap yang panjang sebab boleh berehat, tido, siapkan kerja sekolah, study untuk kuiz ke presentation ke test ke kan. Tapi aku kalau boleh nak sekali jalan. Dah setel semua baru berehat. Biasanya lepas kelas aku memang balik kampung. Tokleh la tak balik kampung dalam 1 week mesti homesick lepastu fefeeling macam dah lame tak balik. Padahal 5 hari je tak balik! Haha aku rasa masalah homesick aku takda kesudahan…


Antara soalan yang boleh dikatakan hari-hari masuk dalam ruangan komen. TUKAR KAMPUS. Ermmm ni susah nak jawab even dah banyak kali aku jawab. Takpela kali ni macam rajen nak scroll komen sesatu.


Alasan untuk part time tu aku rasa takda masalah. Untuk full time mungkin bermasalah sikit. Tapi takpe aku bagi jela tips, cadangan, komen dsb.

  
Pertama sekali, korang kena lah listkan sebab musabab yang kukuh kenapa korang nak tukar kampus.
Contohnya ;
  1.  Mak sakit
  2.  Diri sendiri sakit means tak boleh pergi jauh dari hospital yang merawat
  3. Keluarga tak mampu sebab ibu sahaja yang bekerja adik beradik pula ramai
  4.  Berhasrat nak tukar course tapi Uitm yang dapat ni takde course tu
  5. Dan lain-lain

Aku dulu bagi alasan sebab student part time kan, nak berulang alik setiap weekend tu memang merana sikitla plus bagi alasan ibu aku memang sakit masetu, ade cerita kat entry sebelum ni. Kebetulan kampus Pasir Gudang ade offer course yang sama. Tu yang mintak tukar. Tapi satu semester je. Next semester kene pindah balik Shah Alam. Untuk tidak mahu terbeban dengan pelbagai masalah mendatang, aku pon minta tukar course yang Pasir Gudang tawarkan je. Senang tutup cerita. Tapi ni dari sudut part time student la. Aku rasa takde masalah kot untuk kami yang PJJ ni.


Contohnyela.


Boleh je nyatakan alasan yang sangat kukuh lagi menyakinkan kenapa mengapain.. pengawai yang tengok tu pon ade belas kasihan. Masih lagi manusia so, takan dorang tak kasihan kot la kan.. lagi cantek korang bagi bukti siap CTC. Kalau mak sakit, tak payahlah hantar gambar amak korang tengah terlantar. Iskk budak ni aku debik kang. Cukup la surat ke report kesihatan emak ituuu. Untuk pendapatan yang tak berkemampuan tu. Potostat slip gaji mintak cop ketua kampung ke, penghulu ke, YB ke. Baru Nampak macam ade kesungguhan bukan saja-saja. Bak kate boss oversea aku ni ‘suka-suka’ dah tu je perkataan melayu yang die geti sebut hahaha.


Kalau korang listkan sebab yang macam ni ;

  1.  Homesick
  2. Tak suke negeri tu
  3.  Tak suke uitm tu
  4.  Uitm tu jauh sangat dari rumah. Tak boleh jejauh dari rumah sebab mak cakap boleh pergi paling jauh dari jumah 12km je.
  5. Tak suke lecturer kat situ
  6. Tak suka kantin situ sebab takde chicken chop
  7. Tak suka Uitm tu sebab dalam hutan haha ni keji
  8. Tak nak Uitm tu sebab kawan kite dapat Uitm lain yang lagi best
  9.  Takde kawan la kat situ… I tak boleh hidup tanpa bff I tahu!

Sila lupakan sahaja niat untuk mintak tukar kampus dengan alasan yang macam ni silap hari bulan tawaran kene tarik balik ha naya… aku tak tahula apa alasan korang korang. Tapi pada aku kalau alasan yang remeh temeh ni toksah la di layan sangat. Barangkali perkara yang tak disukai itu boleh jadi yang terbaik untuk kita!. Who knows kan… so, mari husnuzon.


hehe