Saturday, August 27, 2016

THE SHORE SKY TOWER, MELAKA

hye hello...


haritukan hantar adik aku nab balik UiTM Pilah. oii bukan haritu semalam semalamnye tau. tapi berbulan yang lepas wakakaka. asik tertunggak je nak upload story ni. gamaknya banyak sangat pic kene pilih. aku baru kosongkan galeri phone aku tu. dekat dua ribu gambo ke ape. ko bayang kan selfie satu hari satu minit je dah doplas keping tak paham aku. sekarang ni aku dah ade keinsafan. asal nak selfie banyakk terus delete. selfie ni kan penyakit. takpe take la berape kali riban ko nak. lepas sejam delete. tu je cara aku nak mengajo diri aku dari penyakit selfie ni ekekee..


ok merepek dah.


macam sebelum ni aku pernah cakap ulang kali. apak aku memang suka gils pergi Melaka. tak ngerti aku kenape. memang wajibbbb pergi tiap tahun MELAKA. tolong paham anak-anak malas nak layan kekadang. wakakaka kejamm!

kali ni bawak pergi tempat baru ahh. asik pergi banda hilir. sesak napas aku kalau lalu situ.

moh pergiiiii


THE SHORE SKY TOWER, MELAKA

lokasi sky tower ni dalam the shore shopping gallery, level bawah tempat shopping sakan. macam-macam ade aku sempat jugak jengah kedai pandora. untuk ke sky tower tu korang kene naik lift ke tingkat 42 lepastu kena naik lift lain untuk sampai ke tingkat yang aku panggil bahagian roof top la kiranya. sepanjang laluan untuk naik tu memang scary la sape yang gayat sebab dinding semua glass. naik tangga pon gigil nampak bawah. tapi serius seronok. opss tiket masuk RM20+ aku pergi masa cuti sekola tu yang mahal kot. kalau tak katenye RM18 tak sure la berapa.

mehla layan gambar..malas nak taip pepanjang ekekeee



wuhuuuu.....ni baru kat laluan jambatan dah gigil kaki.


dah selamat sampai atas!! 


MELAKA!


suka lantai die. creative kan



adiku nab! rindu dak ni. cepatla abes belajo nak pinjam printer. hahaha. bila dikenang dah dibelek album. maigoddd takde sekeping pon gambar aku cemni sesorang. gerrr


nampuluhkali ambil gamba nab cemni. nyampah aku. ade je yang tak betul :p bakpe neropong atas ntah tengok anak bulan ke ape tatau la. mase ni lagi sehari ke dua hari nak puasa. gila lama trobek hahaa



makcik-makcik yang takot dok sini. jangan jalan tepi-tepi tu. ekekeke. sian ibu ku dok tepi kolam ikan.... 



kat IG korang mesti melambakkan gambar cemni satu ketika dahulu. ekekeke tension aku tak bergambar kat sini. tah nape tah boleh si nab je yang ade. ngeee~



tokleh jadi kene letak gak gamba sirik sekeping heeeee



ekceli nak bergambar dekat sini tak boleh pakai camera sendiri. kene pakai depa punya. hekeleh betul hahaa. dah lettew kene bayar dekat RM50 tahu!. saiz kecik. oke la dari takde kenagan kan. apak aku kemain takut nak tengok bawah. aku pon takott sikit lagi nak merangkak tau hahahaha!



ok. dah boleh letak dalam list vaccay korang ahh. tempat ni best aku bagi 5 bintang over 9 maybe? hehehee




Friday, August 26, 2016

KIMBAP KANG BABAP KANG.

hello.....


kimbap kang babap kang bukan nama resepi dari thailand ke jawa ke siam atau indonesia ya kawan-kawan. nama resepi ni baru je aku cipta sepintas sesaat dibawak angin yang memintas lalu. geteww. 

lama dah aku teringin nak buat kimbap ni. since adik aku ciknab tu suka makan bende-bende gini kan. helok bia die je la yang buat. aku tolong gulung je.

pada yang tak tahu amendekejadahkealoh kimbap kak!. here wiki explained for u..


Gimbap or kimbap is a Korean dish made from steamed white rice (bap) and various other ingredients, rolled in gim (sheets of dried laver seaweed) and served in bite-size slices. Gimbap is often eaten during picnics or outdoor events, or as a light lunch, served with danmuji or kimchi.



korang janganlah expect kimbap aku mewah dan lawo kebabom sangat hahaha. ni versi cempak-cempak jeh hewhewheww




Nasi sushi/ beras sushi ni boleh didapati dipasar-pasaraya (masak seperti biasa boleh baca di belakang paket beras tersebut)

seaweed


Goreng telur dadar lepastu potong panjang-panjang


Timun Jepun

Lobak

Mr.crab frozen (celur)

Walaupun adik aku yang sediakan semua bahan diatas. Tetap jugak aku yang menggulung dengan begitu cantik sekali kekeke. Mampuih aku kalau nab bace. Die tu dahlah suke curi-curi bukak blog aku dekat lab! :pp



Tips nak gulung cantik ni senang je. Jangan TAMAK. Letak je nasi sikit-sikit atas seaweed tu. Jangan letak banyak-banyak nanti gemok. Dahla gemok buruk plak tu ekekekeke. Tapi terpulang la korang suka gemok ke tak. Aku takut seaweed tu terkoyak haa kan tak lawa nanti.



masa menggulung ni aku tak pakai pon tikar buluh ke ape name beliau ek. Aku gulung pakai plastik alas dengan tuala. Insyallah uolzz jadi seperti ini. Lawo ke tidoookkk. mestila korang buat lagi lawa. aku punya ni macam suram sepi sekuntum mawar merah jekk. :p


Selamat mencuba!!



Thursday, August 25, 2016

DEMAM GINCHUU~

hai hello...


semalam pergi watson 5 minit je dapat 3 gincu best!. sebab dah janji takmo lelama bediri depan silky girl tu. macam yang korang tahu (sape je la yang tahu :p) aku kan peminat tegar silky girl. suke gila dengan lipstik die tak pernah mengecewakan. tambah-tambah sekarang ni aku memang tengah demam matte. hehehe



tu die dua batang lipstik silky girl matte yang baru je aku beli. still baru air cond watson bahahaha. oke sebatang lagi tu cap maybelline. tah nape aku beli. sebeno aku tak bekenan dengan maybelline ni. tu nanti aku cerita. hehee. oke beli tiga lipstik dapat sebotol mandian scrub dengan harga potong 30%. harusss la hambek. perisa stoberi memang kena sangat dengan hidung aku. belum lagi pakai. scrub ni aku suka pakai time tension. kalau tensio je sental badan. asal sental badan je mesti tengah tension. haha. orang pompuan sebulan sekali mesti datang angin die tu. pepaham je la. :p




03 SG Matte Flame
tak tahula kenapa aku lately ni suka sangat gincu kaler oren-oren gituw. hahaha mesti yun nyampah ni kalau tau. aku ade 3 bijik gincu warna oren-oren cemtu. sebijik aku beli dengan yun cap 3CE bukan matte, tapi creamy ke ape mana nya. lupe aku. sebijik lagi SG gak code poppy. tu pon best ya robb suke sangat. yang kali ni aku beli matte flame. mak aii terus jatuh cinta. cantikkk warna bibior kpop sangat kakakaa


07 SG Matte Classy
lame cari warna-warna nude je. sesuai dengan aku warna ni. natural bibir sangat. tak pink dan tak coklat tak jugak maroon. aku syak kaler ni sesuai dengan semua muka. bagi yang suka nampak natural lips. memang sesuai sangat warna ni. mak aku pon pinjam aku tau!.


M301 Barely Nude
yang ni soft sikit dari warna classy. kalau tengok dari jauh macam sama je warna die. tapi tak ye. die pucat sikit la dari classy. aku ni bukan peminat tegar maybelline. tapi ade la dua ketul lipstik mabelline. tapi amatlah jarang sangat digunapakai. sebab mabelline ni yang aku tak bekenan bau die. bila pakai kat bibir tu kan sampai ke hidung kuat bau yang aku tak berkenan. bau cemana?. bau cam pelik sket ahh aku tak tahu nak explain cemana. ke aku sorang je yang berperasaan begitu?? barely nude ni sejenis matte. aku sangkakan takde la bau-bau ke ape kan macam sebelum ni. lenni same gak even matte pon!. kecewanya. tadi try pakai. pastu aku sarap lontong terus lontong aku rasa tak sedap. puncanya dari gincu tu la. ewahh mandai je aku kan. haha. tapi ye la benerrr. macam aku cakap tadi. mungkin aku sorang je yang berpendapat begitu. sila jangan kecam hahaha.


 macam mana pun silky girl tetap idaman kalbu!!




Monday, August 15, 2016

BFF KAWEN!!

Cerita ni macam dah basi tapi rase bersalah kalau tak tepek kat blog aku haha. Majlis perkahwinan BFF aku AIN. Lame dah berlalu hampir 4 bulan ado tak ek. huahuahuaa Orang lain punya mejlis kawen kemain hangat aku cerita. Kekeke


Untuk mejlis AIN beliau nak aku jadi pengapit. Melampau betul permintaan siap ugut la siap bagi ayat-ayat kesian ke ape. Nyampah betul aku. Dah sah-sah aku ni troma jadi pengapit nak jugakk suruh aku jadi pengapit. Puas jugak aku mengelak. Nak doa bio time tu aku ade kelas jahat noh sangat sebab tak kan mejlis die aku tak datang maunya nanti die ishtihar perang sodare. Die tu bukan boleh bende-bende gini. Emoo manjang. Kakakaka


So ikut kan jela. Last minit planning aku cakp nak pakai baju kunin since baju sanding die kaler ijo lumut. At the end tak jadi sebab pengapit lelaki takde kaler kuning die seboleh tidok nak kaler itam sebab ade kaler itam je.. hekeleh betul. Ni la aku tak suka bila pengapit tak sefahaman. So lets bio kan die pakai baju itam aku pakai baju kunin. Finee finee.
Sampai je majlis kawen ain tu, mokde aku bejaya gak siapkan baju ijo aku. Siap tampal doko 9 keping. Dalam hati lantok ko pengapit laki nak pakai baju itam! Agagaga. Tup-tup sampai kat pelamin ewahh helok beliau pakai baju match dengan kaler aku. Melampau betul lawak beliau. Even tak pernah jumpe pon beliau. Kira first and last meet ahh. Ahh sudahh cerita pengapit je sampai makan 3 perenggan. Tutup cerita.




Hari jumaat nan indan dan panas terik tu selamat dah ain di ijab kabul kan dengan dua kali lafaz. As uolz know aku kan pengapit jadi segala kejadian tu memang tepat la dengan mata aku tak payah panjang-panjang leher nak mengendap. Wakakaka. Aku rasa album kawen ain mesti penuh gambo aku. Aku ni risau kalau overshadow pengantin tu jeee. :pppp


mida dah jadi omma uolzz. hehehe

Malam lepas nikah tu ain buat khatam quran. Ni pon hot jugak ni. Ade ke patut die usung aku dengan Cik Ain skali khatam sesama. Apakahhh. Sesuatu betul minah ni. Memula aku memang ah tak nak. Tak di buat orang khatam bersama rakan-rakan wakakaaka. Oke fineee merayu la cakap persohabatan berpuluh tahun la hajat..niattt dan impiann beliau nak khatam sesame. Ewahh muleyy betul. Lets ikutkan. Nasib baikknya aku dah memang khatam last romadhon tahun lepas so, mari menumpang mejlis khatam beliau. Bahaha mak aku kate kesiannye engkoo.. eehh tak payah kesion aku pesen bukan suke mejlis-mejlis la ape la. Sikit-sikit nak mejlis. Hari jadi pon nak mejlis. Kennot la. Tak minatt. Hikk


Alhamdulillah majlis khatam solosai. Tema jubah hitam sama shawl coklat mejlis ika dulu ahaha. Sekali pengantin kelua pakai jubah biru same pesen dengan adik dio. Ewahh dua kali tepanjat. :p




Esoknya aku dah bedebo ahh. Sebetul jadi pengapit ni kene neman pengantin dari belum mandi sampai mekap etc sampai pengantin siap duduk pelamin. Kenn?. Tapi aku tidok. Aku takot muka aku takde seri jadi aku tak duduk dengan pengantin kakakakaka melampau statement ni mau kene rejam aku nanti!


Aku datang sejurus selepas zohor. Sampaikan Cik Ain pon ber zoho dekat rumah aku. Takot lambat punya pasal. Padahal rumah pengantin tu selang 2 baris jekk. Sakit perut aku! Hahaha. Aku sampai je rumah Ain, tengok die tengah pakai crown. Fine dah siap tapi die sempat gak membebel cakap aku lambat takde sape teman la ape la.. hahahaa kesiann pulakk. Here tugas pengapit bermula!.
Mak handam bagi span untuk touch up muka pengantin nanti. Aku ni kan gelabah peluh menjejes kat kelengkang tuhan je yang tahu. Adoiiii!! Tobat la aku jadi pengapit. I kennot tau bende-bende yang boleh mendatangkan peluh atau gelabah nii. Hermmm


Time makan kat meja makan damai lagi syok. Aku je yang bedal. Ko tau je la jadi pengantin bukan selere beno pon. So, lets aku bedal ayam bulat, udang cocok, teloq puyuh, puding hahahaha siap suruh pengantin hulur udang goreng tepung tu haaa...jauh tak sampai kitew nak ambil. Dasyat betul aku ni. Bila mejlis selesai baru aku flashback. Tak patut pangai cemntu. Aku wajib pergi kursus pengapit kan??


Tiba majlis potong kek. Pisau potong kek takdoo. So tu sebahagian tugas pengapit kah? Berlari lagi aku masuk dapor macam ape cari pisau dah la belom sempat makan coctail. Stress tau. pisau takde. Ahh masakkk. Cemana nak buat ni. Beli kek takde pisau buat ape. Rungut hati kecil ku. Nasib baik jiran hado. So pinjam le kiteee. Mase pengantin sebok bergambo potong kek barula aku sambung makan coctail. Alhamdulillah selamat masuk perut. Happy tummy!. Kalau tak kene telan dengan batu belah batu betangkop.


Solosai je majlis kat khemah. Meh la masuk rumah balik begambar kat pelamin. Sebelum tu mak handam touch up balik mekap ain sebab aku terkopek kan mekap die waakakakakakaka hiba betul tugas pengapit kan. Aku touch touch muka ain pakai span mak handam bagi lepastu kan terkopekkk krim beliau belobang kat situ akakakakakaka. Adoiiii sakitrot aku tahan gelak.


Masetu hujan dah mula lebat. Nak outdoor photoshoot mase tu kene postpone la. Aku dah lencun gila. Dengan kain baju aku ni warna plain memang dasyat la nampak ketara bila kena air. Dalam jam 5 lebih cemtu ujan dan berhenti. Mehla pergi renggam ambil gambar dekat bawah pokok rinbum. Asal pengantin je mesti nak bergambar kat situ. Tak paham aku. Hehehee


Cem bese aku buat nyemak je kat situ. Seb baik Cik ain ade. Layan selfie banyak banyak banyak....
Selesaiiii mejlis!!!! Yeeaaaaa selamat tugas pengapit. Rase macam banyak cerita pasal pengapit dari pengantin wakakaka. Patut tukar je tajuk jadi pengapit perangai buruk. Hahaha


Aku harap lepasni takde sapela berani ambil aku jadi pengapit dorang. Mase midah kawen ritu kemain helokkk aku ngelak sampai die kempunan nak aku jadi pengapit. Melampau betul mida ni. Aku ni kemain bersyukur mase tu. Tuptup ain kawen nak jugak aku jadi pengapit ehh tak paham aku pangai dorang ni!.


Oklah layan je gambar-gambar kat bawah ni k!



lawanya kawan-kawan aku ni. memang dah sepakat nak warna cemni sesama. aku je yang kaler ijo. nyampah tau. pastu aku takmo gambo sama dorang T__T ekekeke



ok abes.. tunggu majlis cik ain pulak next year!

xx


RESEPI : KETAM TELOQ SAMBAL HIJO


 Dalam femly aku ni, asal ketam je kene masak lomak. Tak paham aku nape. Kalau dibuat masak sup macam derhaka siap tunggu untuk di sumpah. Hahahahaa.

Tapi aku persetankan semua itu. Nak jugak try masak lain.


Untuk 5 ekor ketam

2 biji Bawang besar
3 ulas Bawang putih
Lada kecil kampung
Lada besar hijau
Halia
Serai
Ikan bilis
Air asam
Garam
Gula
Kunyit serbuk
3 biji  telur ayam

Nisbahnye ko agak-agak je macam acah-acah terel :p. Aku tak guna bahan yang takde kat dapo ko. Semua bahan kat atas tu mestila hado kann??


Ketam tu belah ah dua nampak banyak sikit ekekeke. Lepastu lumur dengan kunyit serbuk cap adabi kalau boleh. Takut pakai cap lain nanti kekok. bhahaha ok serius!. Perapkan kejap sementara sediakan bahan tumis.

Dalam blander –bawang besar, bawang kecil, lada, halia dan ikan bilis. Rahsia sedapnye adalah ikan bilis. Take note tu. Hehee

Tumis dengan minyak. Titikkan serai dua batang. Agak dah kering, naik bau, pecah minyak masuk air asam, optional asam keping ke extrak asam jawa. Perasakan dengan garam sikit dan gula sikit. Semua sikit-sikit je. Sebab ketam dah manis. Kalau boleh jangan hilangkan rasa hero die tu. Bahan rahsia kedua, Pecahkan 3 bijik telur ayam. Agak dah setengah masak, masukkan ketam yang dah diperap dengan kunyit serbuk tu. Gaul sebati. Tutup kuali dalam 3 minit cemtu. SIAP!!


Perghhh sedappp!



Selamat mencuba........


Sunday, August 14, 2016

PJJ/PLK LIFE : GPA/CGPA RENDAH NAK BUAT MACAM MANA?


Hai...


Boleh dikatakan sekarang ni masih lagi hangat diperkatakan mengenai result pointer. Yang mana dapat highers tu tentulah tengah beronok-ronok. Tapi jangan dilupakan mungkin ade segelintir rakan-rakan seperjuangan kite tengah meratapi dan bersedih hati dengan result mereka yang kurang memuaskan  ataupun ade yang tengah dok makan hati bilamana satu atau dua subjek FAIL means kene repeat paper. Effect pada CGPA bila ade subjek yang fail. Jangan gelabah kekawan. Takpe kalau taknak ambil lagi sem depan. Tunggu hilang rasa kecewa dengan subjek tu kendian baru ambil lagi. Sesetengahnya terus je ambil next sem sementara masih lagi ingat mengenai subjek tu. Kalau aku pon hiba gak bila dapat tahu ade subjek yang fail. Mau tak rasa down!. Ape yang boleh aku nasihatkan ialah next sem cuba ambil 2 subjek sahaja untuk memperbaiki cgpa. Once cgpa dah naik 3.00 baru la berani sikit nak ambil 3 atau 4 subjek. Sebab tu bila daftar subjek jangan TAMAK. Lihat dulu keupayaan kita. Coordinator pon ade pesan kalau cgpa yang bawah 3.00 sila ambil 2 atau 3 subjek sahaja bagi memperelokkan result cgpa. tak payah malu untuk dapatkan nasihat dari coordinator. Coordinator adalah rakan terbaik kita tau sebab beliau je yang tahu semua subjek tu tahap susah ke senang macam mana. Atas nasihat die jugakla korang boleh berjaya. Kalau kite bekejar nak abis cepat tapi result teruk pon tak guna juga bukan?. At least la result tu nampak cantik sikit. Lain-lain usaha kene datang dari diri sendiri jugak. Pepaham jela maksud aku tu, kang aku cakap lelebih ko kecik hati...kekekeke.



Adela beberapa orang nak tumpang bahu aku sebab sedih dengan result die. Aku paham perasaan tu Cuma tak boleh nak into sangat. Sebab aku ni kan pesen blur kalau orang mintak untuk ditenangkan. Aku tak tahu nak jawab cemana. Paling tak pon aku reply ‘aku tak tahu nak cakap ape’. Adoii seber salah aku ahh. Kang tak layan ko kecik hati. Kang aku cakap sampai tersalah cakap kang ko kecik ati lagi. Memang aku ni pesen tak geti nak pujuk orang. Memang tak pernah la aku pujuk memujuk orang. Ekekekeke. Tapi kalau aku merajuk nak kene orang pujuk pulak...eh masalahh betul kakak ko ni. :p


Gud luck!


xx

ALOVERA UNTUK MELEBATKAN BULU KENING?

Hai helloo...


Sambil layan infinite challenge sambil taip entry baru. Buat mase ni aku up la story yang tengah hits kat blog aku ni untuk merancakkan lagi jumlah viewer *ambil kesempatan :p. Antara pencarian yang terpaling hits ialah TIPS MELEBATKAN BULU MATA/KENING. Boleh dikatakan hari-hari jugak orang ramai membuat pencarian tentang tips begini. Ingat aku sorang je yang ade masalah bulu kekekeke.


Last entry mengenai bulu ni, aku ade cerita kening aku dah mula bebulu dah nampak anak-anak bulu yang baru nak timbul. BUT, Tak lama lepastu bulu dah takde tambah-tambah kat hujung kening tu ha botak ahhh senang cerita. Tak tahu aku kenape. Mungkin sebab aku pakai produk-produk kulit yang boleh menjejaskan pertumbuhan bulu tersebut??


This time aku gigih balik nak buat kekdah natural je. Pakai alovera. Dulu aku pernah juga buat pakai alovera tapi tak menjadi. Now buat balik dengan harapan umur-umur cemni serasi la gamaknye hahaha.



Alovera ni aku ambil kat rumah atokwan aku. Actually atok aku yang potong hahaha. Aku mane boleh masuk kebun! :p. Balik dari rumah atokwan, ibu pulak tolong siang kan. Huntung ke tidokkk. Senang masuk dalam bekas nak guna nanti cedok sesikit. Teksture alovera ni macam yang korang tahu memang sebijik macam hing*& kenn. Hihiiii. Geli juga tapi aku seronok ah buat main bende ni liat-liat. Nak siang alovera ni ko kena hati-hati sebab licin. Aku tak berani nak buat. Tengok ibu aku buat pon aku ngeri takot tesiat tangan kang tak sedo. Lagi satu tips, kulit alovera yang hijau tu kalau boleh kasi bersih ilang terus sebab itu penyebab gatal dan miang. Lepas dah bersihkan, ko gunting-gunting je dalam bekas sampai keluar lendir die tu. Kalau pakai pisau macam susah pulak sebab licin.


Kali ni alovera aku adun sebati dengan minyak zaitun untuk sapu dekat kening dan bulu mata-bajet nak lebat agagaga. Jadi ayuh sesama kita cuba k berjaya ke tidak kali ni. Kekdah tradisional cemni ko kene try and error tak semua jadi kat kita, kadang orang lain buat mujarab time kite yang buat jadi hampagas dan sia-sia—paham aku perasaan macam ni. Maklomla aku banyakkkk dah try and error semua kekdah tradisional dan masih lagi terus terusan mencari ape lagi kekdah yang boleh digunakan atau ditambah baikkan. So korang tak payah nak memarah aku cakap tips ni kolotla poyolah hekeleh betul. Hahaha. Kecik ati aku bace komen korang. Tapi nak buat macam mana, blogger memang salu kene hantam eh tetibe luah perasaan. ekekekekee


Selamat mencube! Baiii..



Friday, August 12, 2016

PJJ/PLK LIFE : SUBJEK SEMESTER 4!

Hai.. salam jumaat penuh barakah.


Harini cuaca mendung je. Nyaman dan asyik sekali. Lama tak hujan kat sini. Harap-harap hujan lebatlah harini dah beberapa hari asyik panas berbahang. Di tambah pulak jejiran kat sini tak paham bahasa. Panas-panas pergi bakar sampah buat ape. Ngee tak paham aku dengan orang begini. :p
Alhamdulillah result untuk sem lepas dah selamat keluar. Debaran jangan cakap lah tunggu punya tunggu sampai tertido. Lepas subuh baru aku bukak emel. Slow-slow scroll. Seriau wei tengok hahaha.



Result sem ni unexpected betul. Aku tanam impian dalam 3.7 cemtu hahaha. Kemain tinggi menggunung impian kekeke. Aku berani letak cemtu sebab aku over confident *perangai tak elok* dan sem lepas memang santai je aku rasa tak berapa nak pressure tak macam last 2 sem :p. But okela sem ni ngam sui dean list 3.50 tepat 0 disitu. Ape yang tak mencapai target??. Hermm mehla aku story subjek ape yang aku ambil sem lepas.


ELC400 – Preparatory  College English

Subjek ni sebenar senang je. Sebab die 2.00 jam kredit so memang patut gila score untuk A!. Unfortunately, aku Cuma dapat B. Takde plus takde minus kekekee. Tah nape susah bena nak dapat A ek?. Masa final ade dua soalan je wei. Soalan 1 summarising about uses of lemon soalan 2 easy -importance reading newspaper. See, soalan mudah ken. Herghh ni yang aku macam down gila mase tengok result. Seriously B??. Nanges tepi bucu katil. Hahaa. Aku syak carry marks aku tak lebat ahh kau paham je la da name pun Academic english. kau sendiri pon tak belajar dengan details masa sekolah bahkan tidak di MUET. Ekekeke. Tapi seriuosly madam ceicilia memang terbaik mengajar  ELC400 ni. Korang tak payah risau code ELC400 akan di lupuskan. Aku batch terakhir ambil code ni. Tak tahula pulak code lepas ni makin susah ke ape. Kikikikii. Ngeri pulak nak hadap ELC500 nanti :p



TMC401 – Introductory Mandarin (level I)

Subjek ni paling hebat pon aku target B+ kahkahkah. Sebab aku tak confident oral test aku haritu. Tah pape aku merapu. Sedih pilu. Huanying huanying ni lai wo de jia. Bhahahahaha adoih lawak pulak bila teringat balik mase belakon haritu. Muka kompiden sekali sebutan tone kelaut hancuss. Ade sorang budak kelas aku die terel koo. Sebijik macam cine kalau cakap. Siap beborak dengan lect dalam mandarin. Ngeee stress aku. Tapi aku bangga sikit ahh mase written test haritu aku tergolong dalam top 5 scorer kekekeke. Carry marks mandarin ni Cuma reveal 45% jek. Baki tu mase dapat result keseluruhan. Tu yang aku stress sebab takde final paper untuk kite topap balik marks. Sedih kan. But its okela kalau ade final paper aku jugak yang botak :p alhamdulillah dapat B je pon dah syukur sangat!



ECO415 – Economics

Wuhuuu economics ni belajar nya best sebab ringkas je. Kekekeke. Lect ajar untuk korang lulus je kalau nak A kene belajar lebih sendiri. Tak paham tanya. Muahahaha. Aku tak caye dapat A alhamdulillah. Walaupun penuh drama masa jawab haritu tapi okelaaaa aku rasa lect tolong kot. Lect pesan janji ade point yang betul die kasi  markah. Huraian aku memang hantam. Totally hantam kahkahkah. Oleh sebab sebelum ni aku dah pernah belajar ekonomi jadi bolehla membantu sikit sebanyak. Hapal kene hapal. Bukan takat hapal kene faham juga untuk memudahkan proses menghantam huraian. Kikikiii



FIN420 – Financial Management / Analysis

dari senior paper ni killer. Repeaters ramai dan tak ramai yang dapat A!. Mase dengar senior cakap cemtu aku pon gerun jugak. Tapi aku ilek ilek buang anasir negatip bila dorang cakap paper ni susah la lect tak best la ape la. Aku belajar je betul-betul tak paham terus wasep lect. Alhamdulillah lect oke je tak seperti yang di gembar gemburkan oleh senior. Helok je reply wasep aku walau cemana sekali pun hihihi. Tapi kene ade teknik jugak nak menanya tu. Ko janganla tanya soalan yang tak logik atau soalan yang ko tak kaji dulu jawapannya terus nak tanya mestila lect malas nak jawab kot. Kebanyakkan yang aku tanya soalan yang meragukan. Contoh kata aku tak confident soalan tu nak pakai formula apa siap buat la sikit calculation nampak sikit kesungguhan dah TRY buat tapi TAK SURE. Haa barula lect macam ade mood kot nak jawab. Aku rasalah... sebab kalau aku dapat soalan dari reader tanya soalan yang aku rasa dah ade kot kat blog aku which is kat previous entry tapi ko malas nak scroll. Memang berkira la aku nak menjawab kadang lambat-lambat aku jawab kakakaka *perangai sebeno*. So aku syak lect pon cemtula. Bende yang kau boleh carik conclusion, tapi sebuk nak tanye macam orang tak buat homework memang malasla beliau nak layan. Kekekeke.

Oke melampau bebel aku kat atas tu. :p FIN ni antara paper yang berantai. Kene bawak sampai abes semester. Last sem aku ambil code FIN426 kalau korang ingatlah belajar mengenai banking operation and documentation. Sem ni code FIN420 financial analysis. Rumit sikit. Kalau suka kira-kira inilah subjek yang sesuai untuk korang. Last sem mengapal. This sem mengira. Dari bab 1 sampai abes tak ingat bab berapa :p semua mengira kalau ade teori pon sikit jek. Tapi sem lepas satu soalan 20 markah semua teori amekkoo. Dalam sejarah aku tinggalkan 5 markah kosong. Sebab serious tak tahu nak hantam. Dahla skema soalan baru. Tepanjat aku mase tengok soalan. Takde pilihan soalan. Semua kene jawab. Dua kali terperanjat keluar soalan yang lect tak ajar. Tak ditekankan mase kat kelas. Bagi notes dan formula and hapal. Giler tak? Sampai 2 soalan keluar. Mase memula aku memang tolak ah nak jawab soalan short term and long term financing sebab formula memang banyak sangat! Loan sahaja sampai 6 formula! Belum bonds agagagaga. Last minit aku belajar selama dua hari jugak. Mahamkan formula tu sendiri. Alhamdulillah boleh la bawak tapi still jugak taknak pilih soalan loans and bonds kalau keluar. Cewahh. Sekali nahh tade pilihan. Sila menangis!.

Bab yang aku confident boleh jawab contoh cash management, inventory management, cash flow, capital budgeting, pro-forma etc tak banyak markah. Ciput ciput je tak boleh lawan soalan loans dengan bonds punya markah wakakakaka. Padan muka. Akhirnya alhamdulillah aku dapat A- yes minus ekekeke. Mase dapat soalan tu aku terus list down sesiap formula loans dengan bonds yang 4 layer punya formula untuk kd. Maha dasyat punya formula kahkahkahkah!!! Opsss bagi aku la. Tak tahu la IQ korang lagi cemerlang dari aku. Sebab aku ni susah sikit nak jatuh cinta dengan formula la kira-kira la etc memang tak minat. Aku suka buat statement macam cash flow, pro-forma, capital budgeting etc kekekeke. Sebab tu takde nak formula beno-beno. :p


Now kene bertenang untuk tunggu subjek ape sem depan. Heharap NFU bagi balance untuk subjek-subjek yang susah dan senang.


last word! Tahniah kekawan untuk result sem lepas!! Teruskan berjuang jangan mudah mengalah!. Kalau gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya. GAGAL ialah bukti yang kita dah MENCUBA! keep calm and go study!!

xx


Thursday, August 11, 2016

PJJ/PLK LIFE : QNA PJJ

Hai hello...


sebelum aku memulakan entry baru ni, ingin aku memetik beberapa kata-kata yang telah aku karang malam tadik. :p


segala content PJJ/PLK life adalah mengenai kehidupan aku sebagai pelajar SEPARUH MASA. walaupun macam dah banyak kali aku mention hehehe takpe aku beritahu banyak kali. kadang tu dapat emel untuk tanya mengenai procedure full time. hakak kau ni tak geti nak jawab. full time dan part time adalah berbeza ya die punya procedure. kalau full time student memang sebena-benanya diuruskan oleh pihak UITM sendiri. kalau part time student ni diuruskan oleh ined UiTM. bangunan pentadbiran pon lain dik. dah tentu lain maciam la ken. ekekeke. perkara yang boleh di SAMA-KAN part time dan full time student ni hanyalah sukatan pelajaran dan lecturers. takde istilah ko dak sepenuh masa belajo A kite separuh masa belajo A+. non hado ya. semua sukatan pelajaran adalah sama.


so harini aku rajin la screen shoot curious question dari beberapa reader yang memang sememangnya penuh dengan kemusyiklan mengenai belajar PJJ ni. untuk makluman, aku dah pun reply emel mereka cuma nak tepek sini la kekadang dapat soalan yang sama dan mungkin ade segelintir kat luar sana pon tertanya-tanya soalan yang sama cuma pendam resah di dalam jiwa je tak mampu nak di lontarkan ekekekeke. hoii panjang membebel!




antara soalan yang KERAP aku dapat ialah mengenai pertukaran kampus. baik dari partime student mahupun full time. macam yang aku beritahu before ni aku memang tak boleh menjawab soalan dari full time student k. so sad!


kalau ikut pengalaman aku dulu, aku tukar kampus masa semester dua. dari shah alam ke johor. perkara pertama kita kene cek untuk tukar kampus ni, tempat yang kita nak tukar kampus (kampus baru) tu ada tak course yang di tawarkan. kalau ada cek lagi subjek apa yang mereka akan tawarkan untuk semester depan. takut nanti dah dapat tukar tapi subjeknya ko dah ambil masa kat kampus lama. ade sesetengah kampus pulak, mereka dah tak tawarkan code course lama, semua code course baru. still jugak ko tak boleh tukar kampus sebab code course ko lama tak match la dengan code course yang baru. perkara tukar kampus ni ko kene pikir helok-helok baik-baik diam-diam rapat-rapat siasat menyiasat dengan coordinator kampus. once ko dah tukar but cannot move on dengan sukatan pelajar kampus baru kau kene cuti pulak satu semester mungkin kau kene cuti sampai code course yang kau belum ambil baru ditawarkan. see, bazir masa kan?. kalau nak tukar balik ke kampus lama. dari kampus baru nak ke kampus lama balik. haaa ni yang leceh dan perkara yang orang ined malas nak layan hahaha. aku pernah ngelami perkara macam ni, nak tukar balik kampus lama hahaha siap becakap dengan penolong pengarah masetu. kene buat rayuan untuk tukar balik kampus. aku pernah cerita dulu. malas nak cerita lagik. nanti entry makan doplas muka surat ko jugak yang boring. :p

jadi untuk menjawab soalan adik diatas, aku nasihatkan untuk pergi daftar dulu di hari pendaftaran. once dah sah jadi student boleh la buat permohonan tukar kampus. kat situ ramai gils staff ined boleh usulkan soalan tu. manalah tahu kat situ terus dapat tukar, isi borang kat situ dan terus hantar. mudah bukan?







mase dapat emel ni aku dapat rasakan semangat yang berkobar-kobar dari adik ni. tahnia!. :))
bagi aku semua course dekat Uni tu susah. kalau senang dorang tak buat sijil, diploma, ijazah dan seterusnya. ekekeke. untuk menjawab perbezaan course Account dengan Finance...

accounts ni mase diploma oke lagi boleh bawak. time degree botak kepale tau hahaha. walaupun aku merasa jawab paper FAR untuk satu sem jek. tapi seriously memang susah nak mamti. gile ke ape satu soalan makan 4-6 muka surat!. hahahaha. even kekawan aku yang ambil FAR pon cakap memang killer. tu baru FAR belum yang lain ekekekeke. TAPI!! jangan khuatir. IQ seseorang bebeza-beza. aku ramai je kawan yang takde basic account tapi bila diploma ambil account die dulu yang menonjol hebat dan setiap sem dapat Anugerah Ketua Jabatan (Poli) atau nama lain Dean List (Uni). aku yang ade basic account mase diploma agakla tecungak jugak. masa degree lemas terus ekekeke. mungkin faktor masa? kurang study? faktor IQ yang lembs kah? faktor kurang belajar dalam kelas sebab seminar hanya 7 kali satu semester? atau boleh dikatakan faktor pemakanan yang menyebabkan sel-sel otak tak berkembang? mehehehee. tapi aku percaya orang yang kuat semangat bebetul minat yang mendalam macam adik ni mesti boleh buat! ok stop cerita course account.

finance pulak. aku memang takde basic dalam finance. cuma harapkan basic diploma account yang hanya boleh digunakan dalam beberapa percent untuk di jadikan input dalam finance. finance is totally difference dengan account. kalau orang accout tu kerja die buat accout statment etc. financer ni pulak tugas die menganalisa penyata akaun yang dibuat oleh accountant. financer akan sediakan budgeting statement untuk first, second, third quarter. buat statment of cash flaw. inventory management, cash management. macam buat satu kertas kerja yang besar untuk pilih which are the best ever whether in project who can gain higher profit els. contoh, untuk pilih projek mana atau 'idea' mana yang boleh bawak untung pada company tu yang jadi tugas financer buat analisa yang besar bergantung pada statement of account yang pihak accountant buat. dari statement account tu kita boleh tengok weakness and strong compny tu untuk bayar die punya payable, shareholder, asset liquidity, apa akan jadi untuk sekian-sekian tempoh kalau kite proceed dengan projek A/B/C  etc. eh paham ke tak ko. hahahaha macam meraban. pokoknye kan finance ni tak juga mudah dan tak jugak susah. kalau nak suruh aku pilih account atau finance. aku pilih finance sebab mudah secoet dari account. tak semua bende mudah dalam dunia ni. heeeee



vavavaaa ni bakal junior aku ni ekekekeke. semoga kita berjuma di UiTM PG!.

subjek untuk satu sem ye. oke kat sini banyak jawapan. kalau jawapan mudahnya yes! satu semester 4 subjek seperti yang telah ditetapkan oleh NFU. kalau nak drop apa-apa subjek yang telah ditetapkan oleh NFU sila maklumkan dahulu pada NFU takut nanti die kecewa dan sedih berpanjangan hehehehe. NFU best! ewah siap puji!

kalau anda rajin, boleh download course outline di website ined atau kalau korang dah boleh log-in istudent boleh cek dekat situ course outline. sumua subjek dalam course outline tu wajibul ambil kecuali korang dalam PC. subjek yang dapat PC tak perlu ambil lagi. rasanya NFU sudah sedia maklumkan pada korang. betul tak? kalau korang still jugak tak tahu ape subjek yang korang dapat PC...kene contact sendiri dengan NFU.

untuk jawapan yang susah. ekekekee.
kalau korang rasa korang tak boleh ambil 4 subjek. macam berat ke ape takleh bawak ah senang cerita, boleh contact NFU or ur coordinator kampus untuk maklumkan kat mereka yang korang nak drop 1 ke 2 subjek. nak ambil 2 subjek je satu semester. yang penting komukasi korang dengan coordinator kene hader. jangan pandai-pandai adjust sendiri. biasanya kampus yang bukan Induk macam Shah Alam tu ada masalah dari segi pembagiaan subjek. setiap sem mereka tak tawaran code course yang sama. kadang ade yang sama kadang tak sama kadang tu code dah dilupuskan macam ELC400 sem lepas last. lecturer yang mengajar juga menjadi masalah sebab TAK semua lecturer nak mengajar kita yang part time ni. berbeza macam induk iaitu di Shah Alam. korang boleh pilih sendiri nak ambil subjek FIN jam berapa. dua hari (sabtu dan ahad) ade banyak je masa untuk di pilih. macam pernah aku cakap dulu, korang boleh bina jadual sendiri untuk di induk. kalau kampus luar induk korang kene peka dengan jadual yang dah dibina oleh coordinator kampus korang.

oh ye! sem 1 dulu aku ambil 5 subjek. wakakaka telajak rajen. nasib baik semua oke. bila pindah pasir gudang ni kene ikut jadual NFU. mudah kerja. tak payah pikir sesusah nak ambil ape. hahaha dasarrr betul!.



baru semester 4 nak masuk semester 5! ekeke jauh lagi perjalanan. jangka masa belajar.. hermmm aku paling susah nak jawab soalan ni sebab kan tak menentu. let say la di mudahkan, korang tengok course outline korang ade  berapa semester. kendian bahagi. setahun ade 2 semester. kalau total 11 semester bermakna, 5 1/2 tahun. kalau ikut sebenar course outline tu la.

kalau nak derhaka tak nak ikut course outline, korang plan sendiri nak ambil subjek sikit satu semester, atau nak cuti satu semester korang pepandai anjak-anjak kan tempoh masa tu. faham tak korang. yang penting korang kene tengok course outline---tolak PC haa baru dapat tempoh pengajian berapa. nak ikut surat tawaran 8 tahun die tulis situ wakakakaka nape tak letak 10 tahun je. kekeke. NFU pon cakap anggaran sahaja takde yang sebena.

soalan ketiga tu. ekekeke. iolz pon dah poli tau. PMM lagi kau *mata keatas*
politeknik ke, kolej ke uni ke sama je still jugak dapat PC cuma banyak dengan tak banyak jek.

yang sebab tak dapat PC ialah ko tukar course degree. macam aku diploma account--degree finance memang tak merasala ko PC. ekekekeke. kalau dapat seketul jek itu pun Tamadun Islam. syukurrrr dapat jugak. hehehe

kalau diploma account---degree account woii banyak dapat PC cuma tak sebanyak dak-dak diploma UiTM ahh. ekekeke. mase aku sem 1 dulu dapatla 8 subjek. eh yeke. tapi banyakla jugak malas nak tengok entry lama. yang aku ingat, marketing, law, lagi ape ekk...dapatla yang penting. mesti ko suka kann. ekekekeke


tak dik, dah 2 tahun kat pasir gudang haha.

bagus niat nak sambung tau! aku sangat-sangat-sangat happy kalau ade niat nak sambung tu. bagus untuk diri sendiri tahu, banyak benefit. u will love all the ilmu yang u dapat. rasa macam wow pandai sangat pale hahahaha. ok mencecehh.

kelas aku ramai je yang lepasan STPM ambil degree finance ke account ke. ramai. dari segi belajar..herm aku pernah dengar gak dorang merungut cakap susah sket nak catch up. dorang rasa kosong dan tak de idea langsung. kesian kan. tapi aku rasa semua tu semangat. semangat kita kene betul-betul kuat. niat kene padu. insyallah ade je kawan-kawan sekeliling akan bantu kita. aku sendiri pon membantu jugak. lain kene datang dari diri sendiri juga. ade pengalaman ke takde insyallah niat untuk belajar tu Allah mudahkan. menuntut ilmu sejenis jihad bukan?


oke soalan seterusnya. lebih kurang soalan tadi. UiTM PG takde course AC220 (blended learning). course AC220 course code lama still ade. tapi uolz dah boleh masuk sebab sekarang AC code untuk code baru sahaja. senang cakap dorang nak abeskan saki baki code lama. hehehe. lecturer AC yang dulu di import dari segamat pon dah takde. semua kene pindah tempat lain. kasihankan. jadi sekarang sesiapa dari Johor nak ambil course AC220 kene la pergi shah alam atau carila kampus lain macam Melaka ke N9 ke kotla ade dekat sikit dari shah alam tu. heeee

diploma dari UiTM macam yang pernah aku beritahu kat atas tadi. serious banyak jugak PC dorang dapat ade dalam 10 ke 12 subjek ek. tak ingat kawan aku tu dulu dapat berapa. even dak dip account UiTM tukar course ke finance still jugak dapat PC banyak. jeles ke tidok??? tu la sape suruh masuk politeknik wakakaka padan muka aku. :p
cara nak kira tempoh pengajian sama seperti yang telah di ceritakan diatas-

oke last untuk harini. melecet dah kelengkang aku. :p nak tebako bontot. ni bukan entry draft ye ni. taip terus publish jam ni jugakk mane tak kengkang aku. bhahahaha

PJJ ni banyakkkk sangat dugaan dan halangan. korang mesti kene kuat semangat!. aku sedih kalau ade yang buat separuh jalan sebab aku pesen kalau dah mula kene kasi habiss! alang-alang berjuang kene dapatkan hasil! ewahh. walau susah mana onak ranjau duri segala racun insyallah boleh diatas dengan cara yang paling terbaik!.


sebab tu aku sarankan kene buat time management dengan betul!. nak sambung belajar bukan untuk seat class and seat final exam. no ya. kau kene serahkan diri kau sepenuh penuhnya untuk PJJ. pernah jugak aku beritahu, nak PJJ kau terpaksa jadi ulat buku. walau macam mana stress kat tempat kerja, asignment mesti kene submit, quiz or test mesti ke seat!. kalau boleh carry mark mesti kene buat betul-betul sebab dekat CM je yang boleh bantu kita.


mase aku kerja kat ofice lama kekangan nak pergi kelas tu mesti ada. sebab kelas hari sabtu dan sabtu tu jugak aku kerja. so terpaksala aku tebalkan muka nak cuti. walaupon bos kekadang cakap tak kesah tapi kita tak tahu deep lubuk hati die cemana. kekekeke. mase aku kat shah alam dulu. asal ade kelas mesti jumaat aku cuti, sebab nak berangkat ke shah alam kan. dah la tu cuti sampai dua hari. kekeke. still jugak kene tebalkan muka. jadi aku dah tambah satu lagi ayat untuk PJJ.

PJJ jiwa kita padu. jadi ulat buku. bermuka tebal. teheheee. dah macam slogan kata!


okla korang harap dapatlah menjawab soalan-soalan yang mendatangkan kemusykilan mengenai PJJ. ade banyak je soalan-soalan aku dapat nanti bila-bila aku share lagi oke!. cuma kalau boleh la mintak jasa baik korang bace dulu entry aku yang lepas-lepas sebelum menanyakan soalan. kadang ade je jawapan kat entry aku yang lepas-lepas tu. ni mesti malas kan nak carik. samala macam aku kaki malas manjang hahaha.


thanks for reading this long-long-long entry! ekekekee


Wednesday, August 10, 2016

KETAGIHAN SEMASA.


Kategori makanan
1.  Lontong 
2. Apam

Kategori drama 
1.W- two world (oh!k) 
2. Let’s eat (TvN) 
3. Produce 101 
4. Boys 24

Kategori buku non-faedah
1. Komik jepun (kekasihku 16 tahun, awas mamat jambu etc etc......sila muntah dengan tajuk-tajuk komik tersebut wakakakaka)

Kategori budak
1. Muhammad adam iman


Hai hello....


Ekekeke. Siap list apakah perkara yang sedang memusnahkan hidup aku. hari-hari kalau boleh nak sarap lontong cik beha. Adoii kuah lontong beliau pekat lemak berasa cukup segala bahan orang putih kate well done. Haha. Ade satu hari tu aku tak dapat lontong cik beha aku sanggup ya makan mamee kuah lontong mee tarik yang plestik die itam label kuah lontong tu kaler hijau. Hahaha amat dasyat selere lontong aku ni. Tengah kemaruk dengan lontong. Tunggula sebulan dua nanti taste berubah ke tidak. Hahahaha teruk beno! Pakcik aku lagi dasyattt tengah kemaruk bakso. So hehari oke masak bakso... harini bakso esok bakso lusa bakso hoii berlarutan dekat sebulan kot. Penyakit keturunan! :p


Harini buat apam nasi. Sudah tentu bukan aku yang bikin. Kekekke. Ya robb sedap sangat. Haritu makan apam gula merah tak puas. Sebenanye dah berkurun jugak aku bezikir dekat telinga ibu mintak buatkan apam nasi. So today baru dapat hihihi. Males nak tepek gamba. Phone aku tu lately memory card nye asik tenggelam timbul dono why.


Eh baru tersedar raya ni tak jumpe dodol! Maigod!!.
Kau taula raya tahun ni tak macam raya sangat. Berperang dengan final exam. Malas nak cerita nanti aku hiba sedih pilu menusuk kalbu. So lets say tahun ni TAK BERAYA. :(



Selain kemaruk dengan makanan. Aku kemaruk juga dengan drama-darama k-pop yang tengah boleh tahan hits!. Aku lama gila tak layan k-drama. Maklum la aku k-variety ekekeke. Lepastu kan astro kasi siaran free sampai 31/8  tu yang terlayan drama kat oh!K dengan TvN. Hari isnin dan selasa wajib tengok let’s eat tak pernah lagi tetinggal setakat ni. Aku layan pon sebab ade Doo Jun (beast).. aku takla die hard group beast. Tapi jujur aku katakan beast adalah punca aku meminati lagu-lagu k-pop. Ekekeke.


Khamis dan jumaat wajib bukak Oh!K untuk drama W-Two world. Best gila aku rasa cerita ni. Berbeza sangat dengan drama-drama yang aku pernah layan dulu. Nampaknya industri drama korea semakin maju! Tahniah!.  Macam korang tahu kalau tak de siaran ulangan bukan astro namanya. Walaupun aku dah layan episod baru untuk semua drama diatas aku tetap jugak layan siaran ulangan. Sampai habes! Hahaha tu yang mak aku tension. Cerita ulangan pon aku tengok berkali-kali. Hahahha begitula kalau dah suka---suka sangat. Nampak tak aku ni jenis setia dalam bercinta pffttt! K-variety!! Produce 101 aku layan sampai finale. Fyi, aku peminat se jeong dari so mi. Lantokla korang nak cakap ape. Tak puas hati aku so mi yang menang. Mementangla beliau dari JYP. Ewahh emo! Boys 24 ni sebenarnya tertengok lepastu ommoo ommooo oppa oppa jambu sangat la. Layannn sampai finale. Semalam kan finale nya. Ekekeke. Do-Ha tu tak jambu die spises selera aku sangat bila tengok lesung pipit beliau cair aku tau! Tengok kakak kau ni tah bila nak dewasa tak sedo diri umur hampir 30 ni ha. Tobatlah!



Last but not list!. IMAN. Yahh sepupu baru. Dalam 3 bulan umurnya. Buat masa ni aku kelik je die sampai balik rumah terbau-bau musyuk masyam si Iman ni. Gewam tengok. Tapi kesian die alergik kulit. Ni ibu die pergi kursus. Makin teruk aku tengok kulit pipi die siap hijau-hijau macam nanah ke ape tak tau la. Lepas ibu die abes kursus baru bawak pergi pakar. Before ni follow doktor bese je. Kesian tau!. Arghh rindula IMAN.

Sekian cerita ketagihan!. See u next entry insyallah all about QnA PJJ(combined)!


xx




Thursday, August 4, 2016

PERGH!

hai hello..


perghh perghhhh rindu nak blogging!!


k. tu je nak cakap. sajer nak bagitahu kiter ni wujud lagik hahaha. 

darr. ambil mood nak menaip! :p

xx