Thursday, September 25, 2014

ZIP PENCIL CASE.

hola..


happy Thursday!!

esok jumahaat sudah. tak sabar nak balik kampung uolz..

minggu lepas tak balik sebab pergi shah alam. minggu ni WAJIB balik. pasal aku rasa macam dah berbulan-bulan tak jumpe ibu abah. :)

sebelum balik aku nak citer ar satu bende yang mustahak ni. mustahak pada kehidupan aku akan datang. 

seluruh ahli keluarga aku tahu yang aku dapat buat PJJ kat uitm. makcik-makcik aku semua happy bila dengar berita ni. ade yang cam peliks tu....biasa ar....kengkonon nak jadi macam makdeq aku ade master. atau lagi hebat aku nak pecahkan rekod. sampai phd. kemain angan-angan ko azi. kelas baru pergi dua hari dah demam. baru sekali pegi ni dah macam-macam dugaan. hah! tapi walau macam mana pun perjuangan harus di teruskan! aku kene habiskan apa yang aku dah mulakan!! berusahalah azi!

yang buat lagi semangat dan terharu bila mokde aku wassap tanya "nak pencil case zip tak?". aku mustila terkejut. terus google nak kaler ape. haha. terharu. tak sangke mokde aku nak buatkan tau. siap aku request nak kaler pastel. muka tak malu, dah orang nak kasi boleh pulak nak request itu ini. kehkehkeh. mokde aku layankan aje pale otak aku ni.



tan..tara..lawa ke idok...
aku jatuh cinta terus bila kali pertama tengok dalam wassap. terus berlari-lari anak pergi rumah mokde untuk lihat sendiri dengan mata kepala tangan bende alah ni. kenapa lawa sangat!. haha. kaler tu aku request. aku cakap nak pink ton-ton kak eton. 

sekali dapatttt...vasss sangat menages aku di bahu jalan. asyik belek die aje. aishh sampai baju tak basuh tak lipat tak gosok layan bende ni je. walaupun beg zip zip ni dah out of fesyon kot? tapi inilah kali pertama hakak merasa bende ni. tu pun sebab hakak nak sambung belajau. kalau tidokk..mintak mahappp nak dapat. :p

aku akui mokde adelah tukang jahit paling hebat abad ini!. cakap je ape ko nak...zap zup zapp siap! pantesss..baju aku nak pergi dinner last minit bedezup siappp tergantung siap basuh siap gosok.. hebatttt


aku tak tahulah ade berapa banyak gambar 'beg pensel je pon kan'...dalam gallery phone. sangat banyak engkooo...aku memang tak boleh nampak pink. cepat jee cepatt je matte nii main peranan untuk sampaikan ke otak supaya tangan ni membeli. ha gituw!



lagi best bila dapat pekej 3 bende ni sekali harung..

matila ko azi kalau pointer sem 1 tak cun! :p

Wednesday, September 24, 2014

THROWBACK..

hai, hello..


harini nak throwback jauh. tahun 90-an. tak silap aku tahun 1992. 
zaman kanak-kanak adalah zaman yang tidak boleh di minta berkali-kali. ianya datang sekali seumur hidup. dah la kanak-kanak tu suci dari dose. ko nak buat salah pon, orang tak boleh marah. sebab kita kan bebudak tecik lagi.. :p


zaman beso ni, ko buat salah setahun orang dok ungkit lagi ungkit lagi perkara tu. ade sampai seumur hidup di ungkit lagi cerita tu. saba je la. hidup zaman dewasa sangat mencabar. penuh onak duri ranjau asam garam pahit hempedu pakej ulam pegaga dengan sambal belacan. 
tu aku belum melalui zaman tua. 
moga zaman tua aku tetap muda. ekehkkehh



ini adalah sekeping gambar yang telah di post dalam grup wassap femly aku. siape yang up gambo ni dalam group? tidak lain dan tidak bukan! Acik ku. haha. aku umur 26 ni baru tahu kewujudan gambar ni. ahaks!. tengok la ke-gedik-kan aku tu. gambo nak camtu kan. gambar ni bagus kalau buat edisi 2014. cuma si Iqa tu tak boleh la di dukung camtu. dah kawen kot kan die tu. sape larat nak dukung die. btw, yang dukung Iqa tu Mokteh aku, Mokteh aku dari tahun 90-an (sejak aku lahir) sampai 2014 cemtu jek. tak berubah. muka, bodi eh semua la. yang membezakan, kat dalam gambar tu Mokteh tak kawen lagila sekarang dah kawen. Mokteh aku dulu, umur 20 dah sibuk dengan anak sorang. euww kawen cepat! gatai nak kawen dulu. 




sebelah Mokteh tu la Acik!. dulu kiteorang panggil Mak Itam ok.. pastukan masa Acik nak kawen die suruh tukar jadi Acik. sebab lepas die kawen dah tentu suami beliau akan di gelar Pak Itam. Acik tak suka, maka, di rombaknya panggilan tersebut dari Mak Itam kepada Acik. kenapa acik tak suka gelaran Pak Itam? hah! tu tak boleh gitau. sensitibiti suami beliau. hahaha hope korang paham la. acik aku pun kawen muda. lepas abes degree umur 24/25? terus kawen. bertunang masa belajo. nak cerita sejarah acik ni memang panjang lebau. lepas kawen dok kedah. suami acik iaitu Cik Zam orang Kedah maiii...tapi Cik Zam kerja kat KL. Acik pulak ngajar kat Kedah. ko tak rasa pelik?. hampir 2 tahun jugaklah acik dok Kedah. Cik Zam datang Kedah sebulan 2 3 kali kot. tapi yang aku sure PJJ (percintaan jarak jauh gituww). hehe. sekarang dah tak jauh la. anak dah 2 kot. si syasya dengan mat idan tu la anak dorang!


ko tengok pesen orang dolu-dolu. hehe. acik dengan mokteh aku ni memang dasyat kalau bab fesyen. zaman tu la. macam-macam pesen baju. tapi dalam gambar ni aku tak sure kat mana, tengok macam kat Zoo. haritu ade tanya, aku lupe. cepat beno datang pelupenye tu. tapi macam mana sekalipun, rupa paling WIN! dah tentu aku!. kahkahkahh. perlu ke aku posing macam tu sekali?. itu persoalannya. kate Acik, aku kalau begambo memang 'meng-gedik'. tak sangke penyakit 'gambo meng-gedik' sampai ke dewasa ini. hahahahahahaha


aku kan dalam kategori cucu sulung dalam femly belah ibu. kakak pertama, aku kedua. jadi aku dengan kakak selalu jadi mangsa kerakusan makcik-makcik aku mem-fesyen-kan kami. banyak gambar-gambar mengarut. dengan gencu la, tudung la. tu belom aku up gambo pakai spender je. hahaha. ade masa aku throwback la lagi. 
sikkarangg perut ada lapar.. saiyaaa makan ada...ehhh tetibe jadi pekerja kat kedai karpet! :p

....


Tuesday, September 23, 2014

PJJ/PLK LIFE : DOMAM PJJ.

hai..hello..

Hari sabtu ahad lepas aku ade kelas. andd u know what???. aku dapat demam setelah menghadiri kelas 2 hari tu. oh my ayampeyet!


untuk pergi kali pertama ke shah alam ni. aku naik bas transnasional jam 9.30 pagi hari jumaat. why jumaat? sebab jumaat aku mohon cuti. hehe aku nak tengok sirik kalo pergi kali pertama ni nak target masa nak cari tempat berteduh semua tu. eh lupa nak cakap. sehari before aku pergi Shah Alam aku dah booking hotel. bijak tak aku booking hotel last minit!. last minit tu jugak aku dapat hotel yang mahal. yang lain semua dah fully book. maklomla cuti sekolah. uitm tu pulak depan i-city. jadi nya padanla muka aku kan. nak tido sampai dua malam kat hotel. hebat anak abah ni. dok hotel siap ade bekpes bagai, pergi vacation dengan femly dok hotel pon tak nyewa hotel yang hado bekpes. hahaha.. terbang duit kesitu. padahal buat tido je kan kan kan...

ok..sudah tutup cerita mengarut.

aku nak gitau. kelas semua ok. lect ok. bebudak ok. akak-akak pon ok. aku memula ingat aku paling muda dalam kelas. sekali idok musnah harapan. baru nak jadi adik-adik. majoriti dalam kelas aku umur 22 tahun. paling matang pon umur 37 tahun. tu pun dah beranak pinak. hehe malu kedua kalinya.


untuk kelas dua hari tu kebanyakkan subjek cover sampai 2 bab. handal koo...sehari 2 bab. mane tak kepala aku bercelaru. haruu dua hari tu sampai kompius. dengan lect-lect subjek pun aku kompius. macam-macam bende aku punya kompius. muntah muntah balik hotel. gila lama tak buka buku spesis ilmiah cemni la. 


sekarang aku dah ada penyelesaian. untuk otak spesis aku yang memerlukan minyak pelincir ni. aku buat satu jadual belajar. yang paling penting perut selepas jam 3 tu tak boleh makan dah. means makan berat. kalau nak makan lepas jam 3 makan la buah ke biskut ke. aku kalau perut dah kenyang die punya pemalas macam tapir..nak beguling aje. hahaa. 


jadi kat jadual belajar aku tu, aku set satu hari (hari bekerja) aku study satu subjek. balik kerja lepas magrib baca buku, buat notes macam zaman aku kat poli dulu. tapi hari pertama aku tokleh lama. kol 9 malam aku kene stop. sebab aku nak muntah baca 2 helai. xp malam berikutnya aku up sampai kol 10 malam. dapatlah 5 helai. dapatlah pencerahan atau kisah di sebalik subjek yang aku ambil tu. di harap malam seterusnya dapatla aku bertahan sampai jam 12 pagi. kita mulakan sikit-sikit. susah sebenonya nak tahan mata, hati, jiwa dan roh untuk bersatu berdamping dengan ilmu ni. kita cuba slowly k. jangan rush. penat kat office penat kat jalan memang tak boleh di sangkal. sebab tu kena amalkan minum madu pagi-pagi.


ok, sekian update pjj dari seorang kakak. banyak gak assignment aku untuk 2 minggu ni. nak sangat bz belajo kan. nah ko sampai demam lebam bengkak anggota bdan hadap buku. haha. macam mana sekali pun aku dah setelkan 2/5. another 3 to go. kira pantas jugak kan aku. syabas azi!!!!!. semoga bos terus beri sokongan buat assigment kat opis! haha

xx

nantikan episod berantai ini seterusnya!!


Wednesday, September 17, 2014

PJJ/PLK LIFE : AC220 – BACHELOR OF ACCOUNTANCY (HONS)

eh! haii.... 


Seperti tajuk di atas, itula nama pengijazahan yang bakal aku gengam tak lame lagi. 3-4 tahun dari sekarang weee! Tak sabar sebenarnya nak mulakan kehidupan kelas, kuiz, assigment, bz bz bz dengan buku. Kuat ke nak hadap semua ni? Macam-macam rasa yang ade sekarang ni. Before start class aku cerita sikit la pasal course aku ni.


Aku memang berhajat nak cont dengan accounting. Before ni pon aku ade Dip. Akauntansi. So mudahlah kan kerja kat situ. Terpikir jugak nak tukar bidang ke bidang marketing, projek, bisness semua tu. Sebab sekarang pun aku kerja dalam bidang tu.Tapi aku rasa macam tak sejiwa la dengan aku.


Bagi pelajar lepasan politeknik, anda sebenarnya beruntung ya, sebab anda akan mendapat pengecualian kredit banyak subjek.  Macam aku dapat pengecualian 6 subjek. Banyak kan? Berbanggalah warga politeknik. Terutama sekali politeknik merlimau melaka! kerana subjek kita diiktiraf katenye means setara dengan uitm jadi ko tak payahlah nak ulang belajar bende sama. Nak-nak undang-undang komersan tu. Mak fedup nyahh benda-bende law ni, mak pon idop tak berpegang pada law. kahkahkah


Kat sini aku kasi terang sikit. Untuk rujukan adik-adik yang dari politeknik nak buat PJJ ke ape ke. Mesti korang bingung macam aku kan memula dulu. Jenuh google search takde yang memuaskan hati. Jadi aku up entry ni bagi melancarkan enjin pencarian korang. Bijak kan aku. Cehcehceh 

Sejarah belajar undang-undang komersan memang mencabar. Sape budak DAT politeknik merlimau melaka tahun 2007 memahami situasi subjek undang-undang ni. Penuh dramatik. Hehe tu pasal aku dapat C sekaligus mempengaruhi HPNM aku T__T. Nasib baik lulus. Kalau tak lulus aku boleh bawak diri jauh dari situ. Sungguh penuh dengan emosi dan drama. Amboi jauh trobek!, lagi satu subjek perakaunan kos tu. sungguh dramatik jugak.


Yang best bila dapat pengecualian kredit ni, tempoh pengajian kita boleh jadi pendek. Dari 4 tahun boleh jadi 3 – 3 ½ tahun je. Untung tak untung? Kalau lagi hebat, satu sem tu ambil la banyak subjek kalau larat asalkan tak lebih dari 18 jam kredit. Yang penting jadual waktu tak bertembung. Maklomla masuk kelas 2 hari je sabtu dan ahad. Satu hari boleh jadi 2 – 3 subjek je. Tu pon dari 830 pagi hingga 0615 petang. Fokus amat di perlukan ya masa ni.


Ramai yang tertanya-tanya cemana nak match kan jadual kelas? Cemana nak itu nak ini. Same la cam aku memula dulu. Cemana nak masuk kelas ek? Kene cari sendiri ke kene buat sendiri ke jadual?. Kemain lagi ayat ramai tertanya tanya. Dah tentu aku je yang tertanya tanya. Idup aku ni semua tertanya-tanya. 


Berbalik kepada persoalan tadi, Jawapannya setiap fakulti dah sediakan pelan pengajian kat seminar schedule (http://www.ined.uitm.edu.my/) Korang tinggal donlot dan match kan dengan subjek yang korang nak ambil tu. Kalau ngam baru daftar subjek. Reti? Macam fakulti perakaunan, coordinator dah bagi cadangan subjek-subjek tertentu. Contohnya, macam aku sem 1 kene ambil 5 subjek dalam pelan pengajian tu. Tapi aku dah drop 3 subjek. So kene ganti 3 subjek dari sem 3 4 5 dan seterusnya. Tengok kat jadual tu ada subjek apa yang di tawarkan untuk semester 1 ni. Ha gitu. Hope paham la ye. Die kan otometik paham. Macam aku memula tak paham otak suku :p. Kat poli dulu takde kekdah daftar sirik ni. Ko hadap je ape yang diberi. :p dan aku banyak merujuk pada Nab adik aku tu, nak-nak masa nak daftar course. Haha. Kesian Nab stress ngajo aku ni. Maklomla zaman aku dulu takde kekdah ni. Takde rasenye. Ke ade tapi aku tak tahu? Zaman sekarang ni semua nak main internet-internet ‘Do It Yourself’ kate beliau!


Kekdah belajar secara jarak jauh atau luar kampus ni memang ade best ade tak best. Aku yakin banyak best dari  tak best. Hehee.. bezanya kau tak boleh la nak borak dengan lect face to face. Satu semesta Cuma 7 kali je jumpa lecture. Tu pon kejap-kejap la. Satu subjek 2 jam. Mase tu la kita nak kena bagi seluruh perhatian. Semua dalam alam maya. Yang di panggil i-class. Kat situ pon kita boleh borak dengan lect (i-discussion), quiz, assignment, assessment semua dalam tu. semua di hujung jari katenye. Cuma, memang rasa tak puas la kalau tak tengok muka lect tu kan. Memula memang pelik kot. aku kan spesen kalau belajo kene tengok muka cekgu. Sampai aku belajo bawak kereta dulu pon aku kejap kejap noleh sebelah tengok muka cekgu, elak terbabas je. Tah kenapa perangai aku cemtu.


Aku sebenarnya kan kan tak sabar nak belaja semula! Semangat! Dah godeh-godeh buku-buku kakak aku. Kakak aku dulu pon degree akaun. Nampak tak penjimatan dan kesenangan aku? Hahaha. Segala kesulitan rujuk kakak aku. Tapi aku tak tahu la modul pembelajaran uitm sama tak dengan uia. Mohon sama ya!. Haritu aku siap print out soalan paper financial and reporting 1(FAR)  dec 2013 punya. Nak try buat. andddd.......



Jelas otak aku masih berkarat. T__T



Sekian untuk update pjj kali ini. Wehuu~


Tuesday, September 16, 2014

KEMAS RUMAH - LANGGAR KUCING - MATI -TERSENTAP.

Hai hello...


Selamat hari malaysia! Sesungguhnya Malaysia adalah tanah tumpahnya darahku. paling tercinta. Apa pun yang terjadi malaysia adalah pilihan saya! Serius...



Cuti satu hari je hari ni. Aku tak balik kampung. Aku dah pakat dengan  Su hosmet aku tu, nak kemas rumah. Nak ganti langsir, mop, sental setiap sudut rumah, lap tingkap tak terkecuali. lama dah memendam hasrat nak mengemas cemni. sebab aku sakit mata langsir tak tukar, susunatur perabut sama. aku bosan menengoknya. maka, marilah kita memaksa su terjebak dalam aktiviti bergotong royong ni. Sebelah rumah sewa aku ni ade projek pembinaan. Al-maklomla kalau dah pojek-pojek gini die punya berhabuk tak menahan. Tinggal rumah 2 hari je habuk die 1½ inci. Udara yang tak sihat. Sebab tu aku tanam pokok dalam rumah sekarang ni. :p



Dari dulu dulu lagi aku cakap nak pindah. Tapi tak pindah-pindah. Susah wei nak cari rumah sewa berkonsep taman kat jb ni. Area taman molek dah tentu la sewa mahal nak mampuih. Dah la 3 ketul je. Dorang semua pakat tak payah la blah dari sini. Sewa pun ok la, Cuma tak berkenan dengan masyarakat kat sini. Tak menyenangkan. 


Cerita kedua, aku terlanggar kucing sampai mati. Langgar-mati. Gitu kesahnya. Aku tak perasan langsung kucing tu dok situ. Sumpah tak sengaja. Aku rasa bedose macam langgor orang sampai mati. Aku syak tu kucing penduduk kat sini. Aku dengan su nak keluar makan masa tu. Aku ingat kucing tu bergaduh dengan kucing satu lagi sebab bunyi kucing tu menjerit kuat wei. *kucing menjerit ke? Aku pandang sisi cermin tengok kucing tu menggelitis! Omg!! Aku seriau gigil. panik. hura hara, ko tahu je la aku ni kaki gelabah dengan bende-bende gini. Ni pestime belaku dalam idup aku.


Aku ngadula dalam grup wassap family. Makcik aku kata 'kita bukan sengaja nak langgar die'. Makcik aku ada yang langgor anjing jiran. Lagi sorang makdeq aku langgor burung langgor ayam langgor biawak. Hoii keturunan rupanya!. At least, aku tenang la sikit bila makcik aku cakap cenggitu. Trauma tau aku. Dalam kepala aku dah pikir bukan-bukan. Macam aku ni terlalu berdosa. Marah juga kat diri sendiri. Macam mana aku boleh tak perasan. Mmm...


Takdir. takdir. takdir. Ajal die kat situ. Aku berduka cita dengan apa yang berlaku. Selama ni aku baca ade orang mendera kucing yang langgar kucing semua tu. Aku marah dengan orang yang memperlakukan kucing sebegitu. Harini, aku pulak. Aku tak sengaja..... T__T kejap lagi nak telefon ibu la!



Wahai kucing yang aku tak sengaja langgar tadi. Sungguh aku tak sengaja. Tak ada niat nak langgar kau. Aku kesal dengan ape yang berlaku. Aku harap kau maafkan aku. Aku tahu tempat kau sekarang di syurga. Aku tahu kau kesayangan nabi kita. mesti kau sakit sangat masa malaikat maut ambil nyawa kau tadi kan. aku pon terkesan dengan situasi tu. Aku harap kau maafkan aku ea..aku sungguh bersedih hati dengan ape yang berlaku tadi! 




Friday, September 12, 2014

TEGUR SIKIT JE!

hai, hello..

petama dan terkakhir sekali aku nak tegur sikit je tak banyak. aku memang akan jawab semua soalan yang ditanya samada melalui wassap, email atau sebagainya. cuma cepat atau lambat je nak reply. sesetengah tu mintak pendapat, mintak pertolongan dengan aku. yes, aku memang suka membantu. cuma satu je, boleh tak korang sayang-sayang semua ni bagi soalan yang lengkap, jelas, terang dan nyata. bagi soalan panjang-panjang pon takpe. aku bukan tak geti baca. aku geti baca k. sekolah dulu upsr amek sekali je tau. 


so, aku mohon kalau nak tanya sila beradap dan sila kemukakan KES/SEBARANG PERTANYAAN dengan jelas agar mudah untuk aku memberi pandangan/jawapan, cerita dari A panjang lebar dulu baru aku boleh mengeluarkan idea/jawapan, aku kene dengar dulu ape masalah ko? ape yang ko nak? kalau nak tanya pasal loan ke ape ke. aku bukan lokek elmu, aku bagi je ape yang korang nak tahu. cuma tu la. sila menggunakan perkataan yang mudah di fahami. hakak kau ni dah tua. jadi tak reti nak bace shortform bagai. shortform yang terlalu banyak sampai aku jadi fedup nak baca. tu  yang kadang aku nyampah nak mahamkan. sori to say la.


oleh itu, aku mengakhiri teguran ini dengan ucapan terima kasih kerana sudi berkongsi cerita dan minta pandangan dari aku. feeling padilah kamsah. cewah. aku memang suka bagi idea dan diperakui idea aku ni semua bernas-bernas belaka. kahkahkah. sebab tu kawan-kawan aku banyak datang kat aku time dorang tengah susah. asal ade poblem baru cari aku. nampak tak tugas aku ni besar? :p

ok, bai!

Thursday, September 11, 2014

OFFICIALLY PJJ/PLK UiTM STUDENT!

Hai..

Aku sebenonya nak share satu berita gembira yang belum basi. Hehe. Alhamdulillah akhirnya aku bergelar student/pelajar balik.  salah satu wishlist aku tahun 2014 ialah cont. Study! Andd yeahh aku bergelar student PJJ/PLK dengan rasminya pada 27/8! Kahkahkahh ape yang hebat sangat tah??


Aku nak cerita sikitla banyak drama jugak nak mohon PJJ ni. Kuat semangat je la. Aku dapat tahu uitm-ined ade buat pengambilan september 2014 dari kawan aku. Masa tu dah start mohon bulan mei gitu la. Memula aku memutuskan nak mohon je kat UTM-space skudai tu. Dekat pon dekat. Tapi takde pulak course accounting untuk PJJ. I is frust menonggeng jugak la. Nak mohon uitm kampus johor bahru yakin tak yakin je dapat kat JB kan. kalau tak cukup pelajar kat JB dorang akan buat kat Shah Alam. Rela takk?? JB – Shah Alam??


Tapi bila Allah dah kata rezeki aku kat Shah Alam. Maka, ‘mendapatlah’ aku kat Shah Alam. Masa mula-mula tengok surat tawaran, baca tang KAMPUS : UiTM Shah Alam. Omak aii bia betul? Cemana kekdah nak gitau parents aku mase tu!


Tapii...tapiii sebelum aku beritahu cemana aku beritahu parents aku mase tu, aku nak citer ar sikit cemana aku boleh tercalon dalam pelajar PJJ ni?. Cewahh tercalon ko!.


Aku ni kan agak sengal pon ade tau. Masa result permohonan tu keluar, aku cek kat tempat lain. Means website lain. Kahkahkah. Vongoks kan. Seminggu aku dok cek “permohonan anda dalam proses” lagi. Stress. Sampaila ika kawen 16/8 malam tu aku still lagi cek. Sebab 16/8 sepatutnya hari mendaftar. Sahlah aku tak dapat! Bentak hati kecil ku! Pfft.


Then, aku frust siap mengadu kat ibu.  Persoalan demi persoalan aku ajukan kat ibu kenapa aku tak dapat. Bla bla bla...bila di trobek balik. baru ingat aku hantar result muet dah lewat 2 minggu dari tarikh tutup. Sebab result muet aku hilang, aku mintak kat MPM print balik result aku. Tu yang lambat. Lambat-lambat pon aku still hantar jugak la dengan hati yang sebal. Cewahh. Tu mungkin menjadi salah satu sebab permohonan aku di tolak atau mungkin akan masuk sem seterusnya iaitu bulan 3/2015 camtu. *kalau layak lah...

Aku dapat email dari uitm-ined 18/8 untuk pendaftaran ke dua. Hah? Pendaftaran kedua? Apakah maksudnya?? Aku terus la tepon i-ned cakap aku tak dapat surat tawaran etc etc bebel jugak la kan. Sekali orang tu tanya awak cek kat mana? Cemana boleh takde? Aku pon yakinla tunjuk w/site yang aku cek tu. Sekali ko tahu?? SALAH WEBSITE!! I is bengang rase nak maki diri sendiri. Haha.


Aku pon cek la balik website yang die bagi tu. masuk no kad pengenalan. Maka keluarlah surat tawaran yang menyatakan aku berjaya. Haha. Dalam surat tawaran tu kene hadir mendaftar pada 16/8 lokasi di dewan sri budiman. Dann lagi satu! Result permohonan berjaya atau tidak keluar pada 21 julai! Hah sah lah aku gila!.


Gitu la story dia. Yang sebenonya aku memang dapat. Cuma aku ni careless cemana la aku leh salah cek tempat?. Nasib baik ade pendaftaran kedua. Kalau tidok?? Menagess kau azi! Tunggu la pengambilan kedua!


Lepas bace email tu, terus call ibu. Cakap yang sebenarnya aku dapat surat tawaran 16/8 hari tu kena datar bla bla blaa.... Abah pulak cakap ‘macam kelakar je’. Gituw. Ape yang kelakarnya...heehee. abah pon memula macam tak berapa nak restu kot. Sebab persoalannya kenapa jauh sagat? Kenapa tak mohon kat skudai (UTM) tu, kawan-kawan abah ramai buat PJJ kat situ. Aishh dengan abah kite ni kene terang dengan jelas dan nyata ya. Lepas kasi terang baru la paham. Baru la macam percaya dengan aku. hehee


Hari Rabu 27/8 yang lepas aku selamat menjelajah Uitm shah Alam tu. Sesat pon iya. Eeee besar kot. Jalan berbukit bukau. Urut dade aku tahu. Nak cari bangunan MTDC pon tak jumpe. Siap tanye orang kat situ. Die pon pelik bangunan tu wujud ke? Adoi kau ni buat malu warga uitm je kan. Rupanya tu bangunan baru. Al-kesah. Emm jumpala jugak akhirnya. Selesai urusan mendaftar, buat kad pelajar semua baru la rasa macam aura atau pun semngat belajar tu datang. satu perasaan yang sukar di gambar kan. Lame tak rasa perasaan macam ni. Wahh kemain. Terus je pasang niat dah alang-alang mula belajar balik terus la sampai phd dan seterusnya. Cewahh kemain cita-cita aku kan. Walaupun aku sedari agak terlambat untuk aku sambung belajar, tapi aku yakin semua yang berlaku adalah aturan Allah yang paling cantik untuk aku. Tetap yakin dengan aturan Allah, itu kuncinya. Kalau nak di pikir cakap manusia sampai bila? Yang melihat dan menilai tu Allah bukan manusia. Ingat tu adik-adik..amboiii..


Insyallah lepasni aku akan share segala suka duka bergelar pelajar PJJ. Manelah tahu boleh share pengalaman dengan student PJJ kat luar sana tu. Jauhhh tu JB – Shah Alam. Nak berhijrah ke Shah Alam ke aku ni ek? Ke travel tiap bulan? Kelas pon bukan setiap minggu ada.

Bos aku lagi bagus. Die punya tak kasi aku berenti kerja. Dan dan cakap awak nak keja 4 hari seminggu pun saya redo. Plus die tak kasi aku duduk selangor. Die kate gaji dua tiga riban nak dok selangor memang tak cukup. Cewahh gitu pulak pikirnye kan. Tak pe berusaha dulu cemana!

 Oh Allah mudahkanlah urusan ku!



Wednesday, September 10, 2014

PLATE NUMBER -PATAH

hai, hello,

Kalau perasan entry lepas ada sebaris ayat plate number patah aku merah kan. Sebenarnyakan perkara ni bukan di sebabkan eccident haritu. Kehkehkeh tapi aku diam diam je. Tak sangka pulak dapat masa claim insuran tu. Wehuuu rejkii!


Plate tu patah pada hari dan waktu yang lain. Iaitu ketika seorang lelaki telah mengundur kereta beliau secara memvavi buta lalu tercium la bahagian depan kereta aku. Kuat ok sampai termati enjin kereta aku die punya terkujat tu. Aku pulak masa tu tengah pandang kiri tak tengok la depan. Yela tengah parking kot tak terpikir langsung ada musibah masa tengah stop tu. die tu yang nak kuo parking secara membabi buta. Ape butakah dia tak nampak lembaga hitam sebesar alam ni?. Itu persoalanya. Aku marah betul bila orang cakap pompuan bawak kereta tak cermat like a man. Hello, ni yang terjadi depan mata aku ni amende? Like a man or like a girl?. Orrrr like a boy? Heh heee


Aku gelabah jugak la kan. Well said, aku ni memang kaki gelabah tapi harus control macho sikit. Aku syak bumper depan mesti remuk terbenam. Sebab hentakkan yang kuat wei. Sekali aku tengok, lahh plate number tu je yang retak sikit. Tapi still lagi bercantum. Nombo dan huruf tak pecah tak rosak. tapak die aje bingkai pon tak terbelah tak tercalor. Jadi mase claim insuran itu hari dapat weii yang baru. Nombor dan bingkai die semua reuse. Kahkahkah. Aku menggelabah ingat teruk tau. 


Sebab seriusss kuat. Orang kat kedai dobi tu dok tengok kot-kot kereta die terkene. cis!
Oh! Kereta laki tu? Die punya pon takde pape, just calar je. Abang tiri saga rupanya (waja). Tapi cembese ar budak laki kena cool kan. Die ilex je, takpe wak sikit je ni. Elok je ni. Sikit je ni. Wahh kemain ko elok la sikit la. Ni retak ni ape cer. Eh eh eh aku tak cakap gitu. Aku perati je die ni tau. Saber. Pokoknya cooool.  aku pun macam emmmmm bialah sikit je, anggap je semua ni ade hikmah. Wah cepat beno menginsafi diri. Haha. 


Tiap kali pergi snowcarwash aku suruh bebudak tamil tu hati-hati sikit. Yola dorang pakai waterjet kot. disentalnya plate num tu sungguh-sungguh maunya tercabut?. Tapikan ade satu tempat ni die tak dengo cakap aku. Mementang aku ni pompuan ko sambel lewa je mengabaikan permintaan aku. Di sentalnya plate tu sungguh-sungguh. Seb baik elok takde pape. #urutdada aku dengan budak tamil ni. Bebetul sana india mari tau.


Ok tu je cerita sejarah plate patah tapi dapat percuma baghu. :p . berdasarkan cerita ini aku rasa aku macam untung sikit la pasal aku tak payah susah hati pikir plate num, tu lagi. bende ni menghantui idup aku tau. Tak lena tido. Sikkarang saiyaa... ade sikit senyum panjang. Eh tertamil.




:p

SUKA DUKA BERSAMA SAGA FLX 2013 - AND STILL COUNTING


Hoi..hoii lama gila tak share pasal saga. Aku pernah janji kat diri sendiri nak share pengalaman aku dengan saga. Kot-kot berguna kepada manusia kat luar sana yang masih terpinga-pinga  nak beli kereta. So far, saga best!

 Aku baru dapat satu good news. Kawan aku kata proton tengah buat promotion. Siapa pernah beli kereta proton sebelum ni, kalau beli lagi satu dapat banyak free gift antaranya modem brand yes kontrak tak tahu berapa tahun plus service percuma 3 tahun (yang ni kene cek bebetul samada service percuma atau labor charges yang percuma) lagi macam-macam la free gift. Kawan aku ni pulak, die beli lagi satu kereta saga atas nama die, tapi kakak die yang pakai la. sekarang tengah tunggu pelepasan loan. Lepas ke idok. Kalau berjaya, aku share kat sini ok. Samada berita tersebut sohih ke idok. Winkk winkk~




ABSORBER BOCOR


Yang ni bende kecik je. Kalau absorber bocor anto service centre proton. Disitu kau akan dapat free. Aku sedor absorber aku bocor masa nak buat alignment tayor. Maka, harus tukar absorber tu dulu baru boleh buat alignment. Ha. Kau jangan tanya macam mana boleh bocor. Padahal aku seorang yang suka mengelak lubang. Mungkin aku terlepas pandang? Ya…mungkin…




NCD ZERO


Sepanjang setahun setengah aku bersama saga. Banyak suka banyak duka. Petama sekali yang korang sedia maklom, masalah brake drum, then brake drum lagi. Hehee. So far, setakat ni brake drum berfungsi dengan baik. Tapi kan ade satu lagi masalah. Iaitu ketika aku accident. Yang ni aku tak pernah stroy lagi kan. Aku mengalami kecelakaan jalan raya awal bulan april camtula. Kereta aku tak teruk. Cuma bumper je terkehel. Kemek pun tidak. Kereta honda yang aku langgar tu agak teruk jugak la. haha. Yes! Aku yang cuai. Mase tu kan kan balik kerja. Fenat feluh feluh feluhh fetihh dan sebagainya. Gitu la alasan aku. Kejadian berlaku die tuttt tuttt. Takleh gitu lokasi. Sebab lokasi ni memang impossible berlaku accident. Nanti aku kene maki. Kahkahkah.

Ok. kereta honda yang aku langgar montot tu milik sorang wanita cina yang mana beliau baru ambil kereta beliau yang baru sahaja siap polish. Wooww berkilat kan. Tapi sayangnya aku telah menabrak monot honda beliau sehingga kemek. Begitu sayang sekali.  Aku kecut perut la. aku tak pernah accident kot. Eh cop-cop aku pernah accident tahun 2011. Tu pon aku langgar montot orang. Tapi orang tu yang salah. Maka, die bayar semua kerosakan kereta aku atau dengan lebih tepat sekali kereta abah ku. Kali ni aku bebetul bersalah. Dan kecewa dengan diri sendiri. Mengapakah aku begitu cuai. Mengapakah aku begitu kelam kabut pada hari tersebut. macam-mcam lagi ayat drama membetak di pangkal hati ku. ecehcehh


Ha tu dia. Kesan mendalam ni kalau teringat. yang bestnya saga ni design dia adalah 4D. setakat telondeh sikit gini patut pon orang tak perasan. tapi aku sakit mata jugak la hari-hari hadap. rabak mata. 

die nak claim pakai insurance aku kan kan. Jadi aku redo je la. orang cakap NCD dan kosong la ape la itu la ini la...hekeleh korang pulak yang fening pikir pasal NCD aku. Aku cukup sabar cukup redo dah ni. Hehehe. Tapi kalau tak guna insurance ape guna kita bayar insurance setiap tahun kan. Haaa, time ni lah nak guna. Kan kan? Pujuk Hati kecil ku. Uhuu~

Procedure nya senang aja. Ada yang kasi terus kat agen. Setel. Aku?
Aku memula pening gak. Banyak search kat tenet bab claim insurance kereta ni. Dorang kate tak payah la claimnanti NCD takdo. Eh ehh nasib baik aku waras tau. Kalau dah si pemilik honda tu claim insurance aku, opkos la NCD aku pon takdo jugak. dah alang-alang takdo. Elok la aku claim sekali untuk kereta aku kan kan? Ha nampak tak aku masih lagi waras.

Masa aku buat report kat balai polis trafic. Aku se macam blur. Ye la tak pernah kot. Kat situ banyak agen workshop. Die kate wakil dari proton/produa etc la ape la. runner dorang la kongkonnye. eh eh ehh aku macam nak terpecaya. Tapi ilek azi. Ilek.. Kite bincang dulu dengan orang yang lebih dewasa.

Pakcik aku kate,” ko anto je bengkel kejap. die Cuma nak naikan bumper depan tu je. Takde calor, takde kerosakan jiwa pon aku tengok”.

Abah aku kata, “ko anto je la bengkel kejap. Sini abah buat”. Ehh sabar. Ilek.
Aku nak anto gak kat bengkel luar memula. Foreman tu cakap aku kene letak kereta seminggu kat situ. What?? Cancel.

Last option. Call proton centre kat plentong. Borak dengan En Zainal. Akhirnya aku lega. Bawak kereta kat centre. Die cek ape barang yang teruk. Die kate “saya pusing 2 kali nak tengok celah mana yang di katakan accident tu. Sikit je ni. Awak langgar cemana? Pelik jugak” eh tak payah nak pelik. Cukuplah orang taman aku pelik, orang ofice aku pon pelik. Pasal dorang kate cemana kereta honda tu teruk kereta proton tak terjejas?. Eh ko tak baik cakap proton cemtu tau. Yang aku tahu la kan proton ni body die memang cun, bukan setakat seksi tau, die seksi-seksi ganas. Ibarat Kim Jong Kook (RM). Nampak sasa dan ganas. Tapi bila menyanyi suara kecik! Hahahahaa adoi senak perut ketawe! Kenapalah aku sering kali memberi example yang loser. :p

Cek punya cek, besi lampu kot name die. Patah. dengan plate nombor patah. Ok tu je. Pastu die tambah mentol lampu depan sepasang..En Zainal kata takdapat banyak pon claim awak. Ok fine, takpe asal bende ni selosai. Sudah.  Procedure claim ni senang je. Ko datang kat proton centre tu, nanti die set appointment dengan adjuster dari insurer korang. Then, ko datang bawak kereta, adjuster buat penilaian itu ni tah ape-ape. Setel. Kemudian tunggu barang sampai, baru bawak balik datang kereta kat proton gi pasang kat bengkel panel. Die kata seminggu tinggal kat bengkel. Ha seminggu? Mari kita ke perenggan seterusnya.

Aku memang tak kasi chance la nak soh dorang tinggalkan seminggu. Hari-hari aku call. Aku cakap takdo transport nak pegi keja walaupun masetu bos aku kasi pinjam kereta. Kita pompuan nyahh kene pandai belakon derama air mata sikit Hehee. Tapi sebenonya korang patut call hari-hari tanye perkembangan kereta ko tu. Jangan bagi pecaya je. Kate pakcik aku la. hehe. So aku pon buat la cemtu. Tapi pakcik aku lagi kejam. Die buat tanda kat bumper lama kereta die (yang nak claim). Kalau die cek tanda tu ade lagi. Means orang bengkel Cuma ketuk-cat-polish je bumper die yang kemek, dorang tak tukar baru. Ha nampak tak pakcik aku adalah sifu dalam perkara berkaitan macam ni. Aku banyak belajar dari die la. kalau korang rajen sebelum dorang pasang, korang cek la dulu. Macam aku ni spesis redo,maka aku redo je la. :p

Aku dapat balik kereta dalam 2 ke 3 hari ek. Gitu la tapi less than 5 days. Aku call, die cakap dah boleh datang. Aku pon datang la naik teksi  RM12.00. amboi tambang teksi pon nak mention kat sini kan. Haha.

Sesampai aku kat proton, kereta aku masih kat bengkel lagi rupanya. So, dorang bawak aku pergi bengkel. Rupaya dorang belom cek. Cek lampu maksud aku. Cek la fizikal die maksud yang lebih mendalam kot-kot ade calar balar mana-mana. Almaklomla dah nama pun bengkel. Cek punya cek mentol rosak. 2 kali tuko mentol. Die kate kalu tak boleh jugak, kene kasi tinggal satu hari lagi. But, i dont care i nak tunggu jugak. Wahh kemain pompuan belagak berani ni. Haha. At long last, setel. Success. Maka aku pulang dengan hati yang gembira. Siap cuci lagi kereta aku. Bagus. Tapi sebelum aku ambil kereta, kene sign dulu agreement. Eh sign kat bengkel tu di tengah panas terik. Dah kenapa? Takpelah mak redo nyahhh. Tapi sempat jugak la aku cakap, kalau lampu tak idup lagi cemana? Die kata datang je jumpe die balik. Okkk.


 Setel bab ni. Fuhh~ jenuh trobek.



UPDATE SOFTWARE ECU


Tutp bab accident, sekarang aku nak masuk bab starter software. Aku rase name nye ecu software. Dalam 2 bulan lepas, time raya. kereta aku memang payah nak idup. Contohnya macam ni. Pagi ko started ok lancar berjalan dengan aman. Ko benti kejap kat pam minyak - isi minyak. Mati kereta. Idup balik. Lancar. Benti kat bank cucuk duit. Idup kereta die  stuck. Die macam pam tak naik. Bunyi ade tapi tak kesampaian. Macam ko berkehendak kuih ketayap, kau baru sedar dalam poket Cuma ada seposen je. Kuih ketayap tu 0.30sen. kau sungguh kempunan leleh air liur nak kan kuih ketayap. Tapi duit tak cukup. Ha camtula. Bunyi gaya die nak idup tu ade. Cuma tak terhidup. Cemtula aku explain kat Mr. Tan kat pusat service proton. Tapi taklah bagi example kuih ketayap tu.
Mr. Tan kata kene update software. Die kata “software ECU tu kene update”. Ke gitula. Sori la kalau aku salah paham. Die tanya aku pakai minyak Ron berapa?. Aku cakap la minyak petrol kaler kuning pam die. Vodo je ari-ari isi minyak pon tak hapal lagi ron berapa. Ooo die kata pakai la pam kaler ijo.

“Tu minyak ho, banyak bersih. Mungkin ini ho salah satu sebab kenapa kereta u tak mahu idup. Jadi ho saya kene cleaning tu tangki. Kasi tambah minyak treatment ok ho?”.
Aku kan setuju je. Dengan harapan, lepasni tak jadi lagi. Ko kan Mr. Tan sesuka suki je soh aku tuko minyak mahal ron berapa tu yang mahal? 94? Ke 90?. Aku kalau boleh nak pakai minyak wak dakam je. Sebotol baru singit empat posen. Kalau ade lagi murah gtau aku. Hehe.

Permasalahan starter ni setel dah. Sehingga ke harini aku started masih ok. Lancar. Kendian aku baru teringat kawan aku nadzirah kan keje ngan bapak die kat service center proton, melaka. Apelah aku ni nyayok sangat. Baik aku merujuk je kat die dulu kan. Aku cerita pung pang pung pang pasal starter pasal oil treatment semua ni. At last, die cakap ape tau “sebenarnya bende ni sangat memalukan, kami mewakili pihak proton amat berduka cita dengan masalah kau ni ajim” gitu. Kate dia, Cuma aku dramatikkan sikit ayat tu. Hehe.

 Nad kata, kalau terjadi lagi hal sebegini rupa, apa yang harus anda lakukan?, "bukak penutup tangki minyak kereta tu, dengan tombol-tombol tu ko bukak. Kendian tunggu seminit dua lima tujuh. Kompom boleh idup". Isk isk iskk apelah perkaitan antara tangki minyak dengan starter tu ya. Nad kata bende ni mungkin pelik dan macam impossible, but trust me, ko buat je cemtu. Fuhh..paham dah aku.

Memang tension la wei. ko tak gelabah pulak bila kereta ko tokleh started. Kereta ko JPF kot. Baru setahun. Abah siap bukak bonet depan kasi sejuk kan enjin. Weii lagi malu mase tu pergi konvoi raya. Woii malu malu. Mulai hari itu aku taknak bawak kereta aku dah. Ko tahu je la dah name konvoi raya, mestilah banyak benti-benti kat rumah rumah sedare mare kan. Haruslah tuan rumah pon sama sibuk bilamana kereta kuda anakanda tokleh setat. Cis! Berduka aku ketika itu. Terus teringat lagu hafiz awan yang terpilu. Eh kejap tu lagu hafiz ke lagi ning baizura? Yang aku sure kat lirik tu ade mengapakah aku jadi lemah….

Oke, sampai disini sahaja pengalaman aku bersama saga. Sesungguhnya saga totap kesayangan aku. Die best sebenarnya. Die bagus. Die pendengar setia. Die mendengar segala celoteh aku. walau aku tengah marah macam mana sekali pun, aku tombok-tombok steering die pon still lagi die maafkan aku. Nampak tak saga ni sangat berbakti pada diriku. Meheehee


Terima kasih!


Tuesday, September 9, 2014

DISPATCH GDEX YANG TERUK.

hai hello..


wah tajuk entry agak garang ya!. ya memang aku tengah garang ni. sebab tadi siang kat office aku hampir nak bergusti dengan sorang dispatch dari GDex. die tak tahu darah yang mengalirkan kat tubuh aku ni ade tempias darah Muhammad Ali!. budak ni sangat kurang hajor tau. sangat tidak menghormati customer!.

cerita die macam ni.

jam 1.30 (lunch hour) tekan lonceng office berkali kali non-stop i tell u. aku pon berangin la. budak takde adab mane yang datang ni. bukak pintu. terus dispatch tu terjerit-jerit kat bawah
"bawak turun cop.. bawak turun cop!!!.." menjerit ok. 
cakap kuat dengan menjerit adalah satu intonasi yang berbeza. 


aku rase macam kau ni dah kenapa nak menjerit-jerit. then aku tanya la. 
"dari mana?"-sopan 
mesti la aku pelik kan. ko suruh aku bawak cop turun tanpa kenalkan diri. plus! company aku ni bukan ade satu nama. ade 7 nama ok!. 


die boleh pulak cakap "BAWAK AJE LA TURUN COPPPPPP!!" ha gitu die herdik aku. satu! aku boleh lagi maap kan ko sebab ko taknak naik. yang ko nak herdik herdik marah-marah aku dah kenapa?? macam aku pulak yang bedose. aku mood pun tengah tak bagus. dah la kau kacau lunch hour aku! kau kacau mood running man aku. ok fine! kau nak tengok aku mengamok kan. ha kak ton kalau dah mengamok amat dasat ok! 


maka, aku pon cakap macam ni dengan nada yang agak tinggi jugak "YE SAYA TAHU NAK BAWAK TURUN COP! TAPI SURAT TU UNTUK COMPANY APE? SYARIKAT MANA? KAT SINI ADE 7 SYARIKAT! KO NAK AKU BAWAK SEMUA 7 7 COP TU KE APE? KO NI DARI MANA?" 
haaa....tobat ko dengo kan. barulah ko nak terkial-kial baca kat form ko tu. belum sempat die nyebot H....N.... aku terus sambung kuat-kuat
"HNA!????"-ngangguk. "HA TUNGGU KEJAP!!"


sampai bawa, die arah aku "cop sini cop sini..". hello ko nak suruh aku cop. ko tunjuk kat aku celah mana nak kene cop boleh? ni ko sirik yang hadap form tu kat muka kau, tak hadapkan kat aku mana aku nak nampak. lain la kalau kat form ko tu ade name company aku, tak payah la aku tanya. itu pon ko nak marah-marah. dah la tak sign main cop je. terus ko sambar gitu. biadap! urut dade aku ni tau.
 

aku perati je perangai &^%$% kau tu. kalau korang rasa rika sumanto tu biadap. budak ni empat ratus enam puluh kali ganda biadap dari rika sumanto tu!. kenal rika sumanto? rika sumanto adalah ibu tiri bawang putih yang kejam. kakak tiri kepada bawang merah. ngerti kamu?? sangat biadappp! aku label kan kau ni ada masalah identiti diri. kau konfius dengan jantina kau kot. tu pasal kau nak meroyan tak tentu masa. makanya aku kene maafkan kau walau dengan apa cara sekalipun! 


aku sebagai orang melayu malaysia sangat kecewa iaitu dalam English-nya upset! sedarkan kau tugas dispatch tu satu keje yang mulia. satu tanggungjawab yang besar. nampak sangat kau ni dah lama tak pergi kursus jati diri tu pasal kau takde motivasi diri!


 kau hantar barang molek-molek. customer terima dengan hati yang gembira sebab barang or surat mereka sampai dengan selamat. maka kau dapat pahala. besar pahala kau tahu menggembirakan hati orang! 

sebelum ni aku banyak dengar gdex ni service poor. haremm jadah. mengecewakan. barang pecah tak nak ganti. surat hilang. customer service macam tahi. macam-macam la aku dengar. office aku pon tak pernah nak bukak akaun dengan gdex. sofar TNT dah memuaskan hati. cuma die takde buat penghantaran local. semua international. budak dispatch TNT kalau nak datang luch hour dorang akan call dulu. "miss, lunch hour around 130 ada orang tak kat office? kita nak hantar barang?" or nak collect document. ha gitu berhemah. kalau lambat collect document pon dorang akan call awal-awal cakap akan lambat sikit traffic jem and bla bla blaa...


so, dispatch kat lua sana sila bekerja dengan hati yang ikhlos. aku paham korang nak kejar masa. banyak lagi destinasi nak pergi. kau pon kene "tekan" dengan orang atasan. kau pon selalu hadap customer yang macam-macam ragam. anggap je la semua tu asam garam dalam bekerja. itu pilihan ko. kalo ko taknak keje macam ni, ha tuko je keja. taklah memalukan persatuan dispatch sedunia. tu masalah keja ko la. sebagai pekerja yang memegang amanah, kau kene sabar, senyum, ikhlos. memang la aku pandai cakap kan kan kan...
 

aku pon ade masalah keje kat office tapi aku tak pernah lagi nak marah apek sebelah secara membabibabi buta atas kesilapan beliau merembat parking aku. nak ngamok-ngamok tak tentu hala pon takde pekdah. aku ilex je redho. kalau aku boleh kenapa anda tidak?. banyakan selawat istighfar...anda mampu mengubahnya. 
tugas anda adalah satu amanah yang besar!
majulah dispatch malaysia! 


wat lex wat pis k!

sekian bebelan tengah malam. suku tengah malam sebenarnya.

xx