Tuesday, December 31, 2013

BOLEH DIKATAKAN UCAPAN TAHUN BARU 2014.

hui hui hui..



hari ni hari terakhir bagi tahun 2013! esok dah masuk tahun baru 2014!. kawan-kawan aku semua dok membincangkan azam tahun baru 2014. ade yang nak kumpul duit banyak-banyakkk. ade yang merancang nak kawen, ade jugak yang berani cakap 'tahun depan aku tak kawen! seriusss!' haha. tapi kalau dah 'kun faya kun' siapa yang berani menidakkan iye takk.



aku sebenarnye tidok la rase excited nak nyambut tahun baru. :p. sebab aku rase 'hoiii cepatnyeee hariiii berlalu. minggu berlalu. bulan berlalu. tup tup 2014 dah??? ko bio betol!'. bentak hati kecil ku. muehehe



2013 ke 2014 ke bagi aku same je la tiap tahun. same dari segi azam nye tu. tiap tahun pon nak duit banyak-banyak. tapi taknak banyak sangat nanti lupa diri. seado-adonye aje. :p. lagi tahun depan aku tak merancang nak kawen. tahun ni yang sepatutnye aku kawen. haha. dah name pon azam. kau sape nak merealisasikan azam kau tu. dasaarr.... plus, tahun depan aku nak sambung study. mungkin PJJ mungkin juga full-time. tahun ni pon cakap nak cont study. tapi tu laaaaa hoiiiii banyak onak duri ranjauu tak kuat semangat nak cont. insyallah tahun depan ni aku kuat semangat. hwehweee



apa pon yang bakal berlaku pada tahun hadapan ianya masih lagi MISTERIIIIII. sebab ape tahu? sebab kita hanya mampu MERANCANG. ALLAH yang MENENTUKAN!. 



nway, 
SELAMAT TAHUN BARU 2014!!! SEMOGA TAHUN BARU INI AKAN MEMBAWA SEJUUTAAAAAAAA 'KEGILAAN' DARI TAHUN SEBELUMNYA! 
yang x-last :


*kegilaan disitu banyakkk point tersirat. mihmihmihh









Thursday, December 26, 2013

RESEPI : POPIA SAYUR & POPIA NESTUM

hye,


semalam cuti sehari aku balik kampung. kalau dah kat rumah ibu tau-tau je la. aktiviti masak sendiri makan sendiri!. haha. selain masak memasak, kami memang suke bergelak sakan. nak-nak cek Nab ade kat rumah. memang keje nak bergelak aje. aku sampai muntah-muntah akibat terlalu banyak ketawe!. haha


minggu lepas cek Nab request popia nestum. aku pon gigih la cari kat google.
banyaknye resepiii...kekdahnye same, cume bahan yang dorang guna adala lain sikit. oleh sebab macam banyak je kan resepi kat google tu, maka aku hantam je ikut sendiri punye citarasa. haha


tapi aku nak jugak share aku buat popia sayur TANPA TOUGEH. sayur yang aku paling-paling-paling tak boleh nak telan ialah sayur togeh. hoii mintak jauh la.. :p.

beli kulit popia satu paket je pon. macam-macam nak buat :p



POPIA SAYUR TANPA TOUGEH




ini BAHAN yang aku gunakan untuk inti popia.

kacang panjang
lobak merah di sagat
bawang besar 1/2 biji
bawang putih di titik
udang kering
lada sulah
telur goreng yang di hancurkan


CARA :

1. kacang di potong ikut sukati uolz. aku suke pendek-pendek gitu. lobak pulak aku sagat. nak menyagat ni kene hati-hati. syok-syok menyagat lobak tersagat jari sendiri kang. ade yang jadi raje bersiung. huhu


dekat penyagat ni ada macam-macam saiz. nak yang haluuuss sedarhana halus hingga kasar. macam aku ni try je semua saiz :p. *kalau ibu ade 6 bijik penyagat, 6 6  tu aku try :p

2. goreng telur dulu. telur tu kasi hancus-ketepikan.

3. tumis bawang putih kekuningan, masuk bawang besar, masuk udang kering-garing, masuk sayur-sayur ni semua. tak payah sampai lembik sayur tu. kaup balik je pakai sudip sekejap dengan api besar. agak sayur tu dah panas masuk telor, garam, lada sulah. SIAP!



4.  untuk kulit popia ni pulak, aku sapukan sos cili. ikut pada uolz la nak letak cheese ke, mayonis ke, aku spesis manusia membajet 'jaga makan' :p


buat dengan cek Nab kite. jadi rupa bentuk popia tu ade cacat. kejap panjang kejap kontot. kejap gemok kejap kurus. haihh lantak la situ. hehe

oh oh oh ade tips sikit ni. kulit popia ni kan sensitip. kalau kita hadapkan dengan kipas angin nanti kulit popia ni jadi kering. bila dah kering nanti goreng tak ragup. kate orang tua la. aku pon ikut je nasehat. lagi satu, jangan gulung terlalu ketat nanti bila dah siap goreng jadi liat jugak. sebaiknya tutup kulit popia ni dengan kain lembab. hoih banyak pulok pantang ek. 

5. lepas letak sos. boleh la letak inti popia. aku nak letak penuh-penuhhhh sebab kalau beli kat kedai, isi sikittt oii kedekot. :p


kalau suka sos banyak, letak banyak-banyak. 


6. baru lah menggulung. baru perasan takde pic aku menggulung popia yang super comel tu :p *muntah.

7. ready untuk menggoreng!! tips kat sini. pastikan minyak tu banyak dan betul-betul panas menggelegak. goreng agak kekuningan. 



SIAP!



POPIA NESTUM



BAHAN yang di perlukan adalah seperti gambar di atas. untuk susu, aku cadangkan susu nespray atau fernleaf.


nestum pulak ambil yang paket berjimat 0.50sen walaupoon. haha aku siap letak balik paket yang same tapi takde penjimatan 0.50sen disitu. :p. tapikan kan kan ade orang suka beli yang nestum baby dalam tin. pon boleh jugak. sebab nestum tu dah hancur. kalau yang macam aku beli ni, kena kisar dulu. kita harus mengurangkan kos ye cikpuan. :p


bab gula tu, kalau nak pakai gula biasa buat air pon boleh. tapi kisar dulu. pakai pengisar kering. aku pakai gula kastor pon kisar balik. sebab nak lagi haluz.


benda paling ASAS ialah KULIT POPIA. oleh sebab baki kulit popia ni ade dalam 25+- keping, maka kuantiti untuk serbuk nestum adalah seperti berikut :


3/4  cawan susu nespray
1 1/2 cawan nestum-kisar
1/2 cawan gula kastor

*semua bahan diatas di campurkan dah digaul rata.

cara nak menggulung kulit popia :



kulit popia di bahagi 4 bahagian. ambil bahagian pertama gulung-longgar-longgar. dan gam dengan menggunakan tepung gandum dibancuh air. dah siap gulungan tu, baru gunting. macam ni



kenapa kena bahagi 4 bahagian? kalau nak bahagi lagi 6 / 8 bahagian pon boleh asalkan menjadi kepingan yang kecil. lagi kecil lagi bagus. lagi bagus lagi rangup eh?


kenapa kene gulung longgar? sebabkan kalau ketat-ketat nanti jadi liat bila dah goreng andd andd serbuk nestum tu nanti boleh masuk dalam ruang-ruang yang loggar tu. baru masyukk bila makan. yang ni kene try and error buat satu gulungan dulu lepastu try goreng, tengok ragup tak bila da sejuk. practice make perfecto!!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



SIAP!!







pastikan kulit popia tu dah betul-betul sejuk. minyak pon tos kan bebetol. barulah gaul dengan serbuk nestum! nommnomm~


walaupun ibu komen rupa tu ade buruk sikit. tapi SEEDAPPP!  :p


hadap depan tivi uolz. semua sukaaaa...alhamdulillah boleh buat lagi...korang patut cube!. sebab senang benooooo...



ok, bai~




update :

lupa nak beritahu : cara goreng popia nestum ni sama dengan cara menggoreng popia sayur tu.

Tuesday, December 24, 2013

CERITA PASAL MELEBATKAN RAMBUT.

hello,


perempuan memang sangat menitik beratkan soal penjagaan rambut. ada yang sanggup berabis duit semata-mata untuk berjumpa dengan pakar, ada juga yang sanggup SMS ke Yun Nam Hair Care dek kerana terpengaruh dengan rancangan tv 'Belaian Jiwa' *haku lettew.

aku percaya ni bukan rambut sebenar...ehehee


hitam sangatkan rambut beliauuu. 

aku sangat-sangat-sangat suka dengan kelebatan, kecantikan dan kekilauan rambut Anzalna Nasir. siapa tak kenal, pelakon yang aku kategorikan SANGATTT CANTEK!!. die tu cantek gila kan. aku bekenan betui dengan pompuan tu. pompuan..... haha :p. aku ngaku la, aku antara follower Anzalna Nasir di IG. follow je komen idok. aku tak suke sebnonye nak follow-follow retis ni. aku dah cakap dah dengan jari aku jangannn...tekan button FOLLOW  ig Anzalna. tapi apakan daya, saraf-saraf dalam jari ni yang menekan button tersebut. :p


kalau korang tak caye moh terjah ig anzalnanasir88 kat situ pon ramai dok muji kecantekan rambut beliau. sekarang anzalna sedang bercuti bersama keluarga beliau. 2 hari lepas di Amsterdam. kecian si hanifzaki kena tinggal. nampak tak haku follower tegar beliau?


aku pon pompuan yang menhadapi masalah kekurangan rambut iaitu bahasa lainya gugur rambut. sampai trauma taknak sikat. beli sikat baru yang jenis 'gigi jarang' tu sebab bagi firasat aku mungkin boleh mengurangkan kuantiti rambut yang gugur. :(. ibu aku cakap kalau dah beranak nanti rambut lagi gugur banyak. aku yang tak beranak ni pon dah gugur banyak besok kalau beranak sure je botak kepale aku ni nanti. :p. banyak jugakla produk yang aku dah try. tapi semua tak jalan. syampo ni banyak bahan kimia. kadang tu kalau tak serasi kepala aku jadi gatal lepastu timbul ruam-ruam merah kat kulit kepala ade juga pimple. every week kalau balik mesti suruh ibu treatment rambut aku. sapu minyak zaitun kat kulit kepala. bila berlaku keguguran rambut, maka kuantiti rambut pon makin kurang. makin hari makin kurang. ade pulak jenis rambut baru tak nak tumbuh-tumbuh.


apa yang kita perlu jaga ialah liang rambut. bila ianya tersumbat lantas anak-anak rambut yang baru tak boleh tumbuh. sebab apa tersumbat? sebab adanya kelemumur atau plug yang menyebabkan keradangan. bukan aje gigi ade plug k. ehehe. oleh itu rajin la mencuci rambut. nak cari syampoo yang sesuai dengan kulit kepala pon satu hal kan. kadang tengok iklan model kemain sikat hari pertama sebelum pakai produk XX banyak gugur. hari ketujuh omakaiii 2 3 helai je. haku pulak day 1 - day 7 kuantiti gugur tu same je. stress. eh eh ehh stress juga penyebab rambut gugur tau. mungkin juga faktor usia?.


dulu aku rajin sapu minyak rambut herba hasil kajian bebudak UIA. minyak tu super busuk. tapi gigih juga nak letak kat rambut dek jaminan rambut kekal sihat+lebat. oleh sebab susah nak dapat produk tu maka aku berhentila pakai minyak tu. kesannya agak baik atau memang rambut aku lebat mase tu. aishh masa ibu beranak kan aku dulu rambut aku super lebat gile. lebat dan hitam. ni dah tua-tua asal macam makin sikit....kadang-kadang aku rasa aku ni kene penyakit kecelaruan hidop. ehehe


hal-hal remeh macam ni pun aku suke ngadu dengan ibu. ibu pon layan je. ibu yang sapu minyak zaitun lumur satu kepala. haha. lepastu ibu bagi idea yang pati santan juga mampu melebatkan rambut. wow! apa lagi terus la beli kelapa parut then perah sendiri. opps perah pulak kan..blander je dengan air panas sikit lepastu tuang kat tapis. tunggu 2 3 minit camtu. sudu pati santan yang kat bahagian atas tu. yang berbuih-buih tu la patinya.



*make sure santan yang kita dah perah tu, kita tapis berkali-kali bagi hampas kelapa tu betul-betul hilang. tak tak derita ko nak mencuci rambut. ehehe


lepastu lumur kan kulit kepala. mintak bantuan adik ke kakak ke. kalau semua taknak layan. uolz siram je atas kepala lepastu urut urut sikit kepala tu. biar masuk dalam liang-liang rambut tu.



bungkus kepala tu dengan towel dalam sejam.


kekdah tradisional ni kita sendiri kena rajin nak buat. bukan sekali buat terus lebat. kenalah konsisten buat dalam seminggu sekali ke. samada anda rajin atau tidak je. so far rambut dah makin ok lebat pon lebat cuma kene rajin lagi hari ke hari. sihat dan gemok rambutnye. kuantiti gugur pon dah kurang.


so, selamat mencuba.


Monday, December 23, 2013

MENARA TAMING SARI 2013

hai,

hari tu aku ade up story yang aku pernah pergi Menara Taming Sari, Melaka tahun 2008 kan. gambar pon gambar lama.


2 minggu lepas abah dengan cek Nab pergi jenjalan Melaka. dorang naik Menara Taming Sari kooo...dah lawa dah dari pandangan atas. dulu agak suram sikit suasanye. haha


meh la aku tepek gambar betingket-tingket rembatan dari camera sony abah. haha. buat tatapan u olz. mane la tahu cuti-cuti ni nak pergi jalan sane kan. :)


lepas dapat tiket haruslah beratur panjang..




masuk dalam dan duduk.kat dalam ni nanti ade radio *radio ke namenye ek* orang tu dok ulang-ulang cakap sejarah penubuhan dengan bagi penerangan bangunan-bangunan yang di sekeliling Menara.



merasa la juga naik beca 3 ke 4 kali ek. kalau dah penat bejalan marilah naik beca. 

kali pertama dulu aku naik dapat driver warga emas. naik bukit kami turun tolong tolak beca pakcik tu. hahaha lawak nak mampos mase tu. 

kalau dapat driver yang ok nanti die bawa kita pergi makam pahlawan melayu Hang Jebat etc. eh, best la senang cakap. beca dah la merioh dengan bunga-bunga. boleh tengok kemeriahan beca melaka ni di google BECA MELAKA. ade radio lagi. kalau dapat orang muda yang bawak, lajuuuu...sekejapan dah sampai aku fulak yang lengoh tengok beliau mengayuh. kalau datang Melaka wajibbb naik beca tau!! :p


ni kawasan Dataran Pahlawan. 



tetibe cek Nab kaler ijo. boleh berlegar-legar la sape berani. haku tak berani. duduk je diam-diam. :p






Melaka River Cruise *bestt naik ni!*


ok, dah naik..tak reti-reti nak turun??. haha


best kan Melaka?. femly aku terutama sekali abah lah, kalau plan nak g berjalan mestiiiii MELAKA sebab abah kata Melaka ni banyak tempat die belom pergi. entah celah mana yang belum pergi pon aku tak tahu. sebab dari kecik asal bejalan mesti tujunye melaka. :p. tapi betul la cakap abah yang Melaka ni tempat yang tak pernah bosan untuk bejalan. sampai kawan-kawan aku dari Melaka datang Johor, aku tak tahu nak bawa dorang pergi mane. Legoland? tiket mahal nak mampos. aku kan kedekot untuk bende-bende cengitu. :p


tu je nak update. macam takde ape sangat je. btw, happy monday uolz!! :p.



Friday, December 20, 2013

PRODUCT REVIEW : EXTRA MOIST CHOCOLATE CAKE (EMCC)

hai,


hari ni jumaat dah..cepatnye mase berlari!, penat kejar! :p.


baiklah hari ni aku nak review sikit pasal satu produk. *lepasni 3 bakal menyusul*. sekarang aku officially agen EMCC. tahu tak ape tu EMCC?. kalau nak tahu banyak-banyak boleh google. ehehe.



EMCC atau nama sebenar Extra Moist Chocolate Cake, lahir dari ilham untuk mengkomersilkan produk kek cokelat moist yang bertaraf dunia kepada pengguna.
Dengan Resepi Kek coklat yang sangat sedap. Sehingga aroma rasanya membuatkan anda termimpi-mimpi… tak percaya ? cubalah sekali, pasti nak lagi.
Dapatkan stok produk kami berdekatan dengan Stokis anda.


kalau korang peminat rancangan Super Spontan. mesti la korang biase nampak Afdlin dan Harun (BOBOBOI) makan coklat kek kan. ha, yang dorang makan tu EMCC la. sekrang produk ni dah meluas dengan pesatnya di Malaysia. *dulu pun dah pemes amos*.



walaupun aku agen di TAMAN MOLEK, JB. tapi aku ade buat delivery di kawasan sekitarnya JOHOR JAYA, TAMAN DESA HARMONI, TAMAN DAYA.


untuk kawasan di KULAI, SIMPANG RENGGAM, RENGGAM, LAYANG-LAYANG, KLUANG, FELDA BUKIT PERMAI dan kawasan sekitarnya, pun aku/partner boleh hantar.



penuh peti ais rumah sewa ku...saba je la. semalam baru ambil stok. ade 100 box tapi 12 box je yang tinggal yang lain dah fully book. alhamdulillah rezeki-rezeki...


ok, sekian sahaja product review hari ini. jumpa lagi di lain-lain produk!


Tuesday, December 17, 2013

MEMORI : TAMING SARI, MELAKA 2008

hai,


sekarang ni penat jugak nak memerah kepale hotak untuk cari idea apekebende nak di update kat blog. sampai satu tahap aku rasakan kepala otak aku tersangat sempit. ehehe. memandangkan tahun ni aku aktif balik sebagai blogger :p maka penyampaian tu harus la berisi sikit. Mila pesan kat aku jangan berhenti menulis. sebab nak jadi bahan die di mase lapangkan. so, aku semangat la sikit nak menulis.


kebetulan semalam sesaje nak tengok gambar lama-lama dalam hardisk. dari tahun 2007-2013 punya gambar. memang penuh gambar je la dalam hardisk haku tu. mohon tak diserang virus je. kalau diserang maka hilanglah memori hidup ku. ecehcecehh!


so, sebelum hilang adalah lebih baik, aku share aje kat sini. maklomla aku suke menatap cerita-cerita yang aku tulis dalam blog ni. tu pasal ayat macam bagus je lately. takde nak geli-geli :p


kalau korang nak tahu, Menara Taming Sari ni terletak di Melaka Bandaraya Bersejarah. dulu aku study kat Melaka. so, bukan aku la kalau tidak mencube bende baru lagi hebat yang hado kat Melaka tu. aku memang kaki jalan. ehehe. masa pertama kali aku naik Menara Taming Sari pada tahun 2008. mase tu yang aku ingat belom lagi launching. akak-akak abang-abang yang jaga kaunter tu pon cakap bende ni belom resmi lagi oleh menteri melaka etc. bende belom diresmikan uolz, hakak dah naik. ehehe. bende 5 tahun lepas terasa macam semalam je naik dengan kak yam. nanti aku tepek gambar kak yam. mak yam. mak hayam. hahahaha mampos aku kalau kak yam bace!


sekarang harga tiket RM20.00 untuk dewasa dan RM10.00 untuk kanak-kanak. kalau student dapat diskaun. tak silap aku, dulu harga tiket kiteorang dalam RM10.00 ke 15.00 ek aku tak ingat. yang penting bukan RM20.00. studentkan mase tu harap duit PT je kowt. duit PT weih buat bayar tiket naik Menara TS. haha. untuk harga tiket boleh rujuk di sini http://menaratamingsari.com/our-attraction/




inilah rupanya. dalam bulatan tu la tempat kita duduk. lepastu ia akan behenti di ketinggian 80 meter dan berpusing 360 darjah. gigil tak gigil pale lutut ko. aku gayat tempat cetek je. tempat tinggi aku tak gayat pfftt :p. 


ketinggian Menara ini 110 meter. dari ketinggian 80 meter itu kita dapat melihat sejauh 5km. eh yeke?, ye betul. antara tempat yang  kita boleh nampak ialah St Paul’s Hill, Independence Memorial Building, Samudera Museum and the ship, Flor De La Mar, Malacca River, Dataran Pahlawan, Pulau Selat Mosque, Pulau Besar and the Straits of Malacca dalam tempoh masa 7 minit. lepas 7 minit kat atas tu baru turun. sekali naik tu 66 penumpang sahaja. kita duduk  secara membulat. sape berani boleh la berdiri sambil selfie. hehe.


kenape pula namenye Menara Taming Sari? sebab ce tengok, kan ke rupa Keris Taming Sari tu. keris terpanjang abad ini. :p. satu lagi info, keris ni kan. eh keris pulok dah. pembinaan Menara ni menelan kos RM24 juta menggunakan teknologi Switzerland

kalau uolz berkunjung ke Melaka, harusla naik Menara Taming Sari ni baru la lengkap percutian u olz ke Melaka. macam dah pergi semua tempat tu padahal tengok dari atas je. :). waktu operasi bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam. kalau naik waktu malam mesti lagi gigil pale lutut ek. plus malam bukan nampak ape pon. tengok siang-siang la baru nampak. waktu matahari terbenam ke, mesti rooooomennntikkkk! terlupe sekejap pasal gayat. lol :)

sumber gambar : google


ni gambar dari camera henpon aku jaman 2008 dulu tuuuu. 


pandai juge aku snap ye pade tahun tersebut. :p





sekarang tempat-tempat ni dah lawa kot. dah jadi tempat tumpuan dari atas kan harusla cun melecun. gambar yang aku snap ni pon zoom. tu pasal macam pecah-pecah sikit. 


kak yam 2008!! hihiiiiii mahal gamba ni... 


kalau korang nak tengok gambar era baru 2013 boleh cari kat google. last week cek Nab dengan abah baru bejalan kat Melaka sempat juge naik Menara ni. *Melaka memang tempat fav. abah*. nanti aku update gambar dari camera abah. :)


DIARI 2014 DAN COLORFUL OPTICAL MOUSE.

eh, hai..


semalam kat ofice dah dapat diari untuk tahun 2014 punya. yippi! :). tahun ni kecik sikit la dari tahun lepas punya. sebab staff semua request nak yang kecik tak kecik besar tak besar. *kalau aku jadi hakak yang kene beli stationery ofice pon aku rase nak mengamuk sebab masing-masing nak yang macam tu la macam ni la. walauponn mulut cakap tak kesah. well, manusiakan. :p tahun lepas punya diari besar saiz A4. sampai kene lupakan aje hasrat untuk letak dalam handbag. dan dan dannn color juga agak merioh. idok la color hitam manjangg.


of course la aku pilih kaler purpel.. tapi kan kalau ade kaler pink. aku sumpah taknak. betulll. tak tipu. :p


terus je update kat situ. macam kat atas tu.. hari yang sama cousin aku kawen, Mila pulak kawen. aku baru tahu tarikh cousin aku kawen ni tersame pulak dengan Mila. so, macam confirm je la aku takleh datang mejlis Mila. T__T. Wanie Kota Tinggi - Mila Pontian. atee acaner tu. fengsan haku kat tengah-tengah. :(. macam tak caye je aku tak datang mejlis Mila. mesti la aku sadis sampai tak lena tido. makan pon kompom tak kenyang. tapi kan kan kan sepupu sepapat aku ramaaiiiinye kawen tahun depan. start bulan 2, 4, 6, 8 . hoi bia betol dorang ni. banyak hari kene cuti ni. emmm emm emmm



ini adalah mouse aku yang ke-4 untuk tahun ni. ke-4 ye. orang lain 1 mouse sampai 2 3 tahun ade tu sampai 5 tahun no poblem pon. aku punya mouse tah kenape cepat beno rosaknye. aku bukan spesis pirana yang makan mouse. *pirana makan mouse k!. dah bende tu rosak cepat beno nak wat gano. aku sebenonye sengan nak buat aduan pasal mouse ni. kang of course la aku sumpah serana. haha so, sebelom haku request mouse baru, aku merembat mouse kat komputer lain. komputer tu jarang orang guna. tapikan time aku merembat mouse kat komputer tu time tu jugak la ramaaaii nak guna. tensen haku, tu yang menebalkan muka meminta mouse baru. hakak yang jaga stationery tu kan pandang semacam je kat haku. rosak lagi??T_T.


sekali die belikan aku yang cangih teros. evento bukan spesis wireless pon. perli lettew. ku sangka mouse pesen optimus prime ke bumbblebee. haha. tapi cun, aku macam nak cakap je asal tak beli kaler pink. :p. tapi lupekan aje hasrat tu. sebenarnyekan aku setuju kalau barang kat ofice ni semua canggih manggih. :)). sebelum ni aku kerja compny lain, menaip pakai mesin tapi jaman kuno, yang pakai kertas karbon tu. lepastu kan jari jemari aku semua terselit, tersepit. sekse. lepas sebulan baru terel guna. trauma haku. :p




sexy kau ni jah.




segan fulak nak pakai mouse yang lebih menawan dari bos. :p.