Tuesday, August 27, 2013

CERITA PASAL KONVOI RAYA

well, hello...


hari ni nak share pasal konvoi hari raya yang ohsem!. sabtu lepas aku jadi driver kepada ibu abah pergi konvoi beraya ex-jemaah haji tahun 2009. sebanyak 6 kereta tau yang join. semangat padu semangat ukhwah yang sangat sangat sangat bagus di contohi. sejak balik dari mengerjakan haji tahun 2009 dulu, sampai lah sekarang ni tahun 2013, setiap tahun mesti buat konvoi beraya. seronok tau join konvoi golongan mak-mak bapak-bapak ni. selain menepati mase, takde pulak gaduh-gaduh tak jadi pergi la, tak jadi join tetibe la. tak cukup orang tak nak join la la la la la...kalau seusia aku ni, berjanji nak konvoi raya tapiiii harem jadahh last minit tak jadi, last minit cancel. bukan konvoi raye je segala macam konvoi+janji ponnn huh!. jadi perlu rasa malu ye dengan konvoi ex-jemaah haji 2009 ni. malu maluuu....


ade lebih kurang 10 rumah jugak diserbu. masuk satu rumah then, marhaban dulu baru menjamu selera, beborak, bergurau macam-macam la. seronok tau beborak dengan mak-mak ni. begurau pon boleh tahan..mihmihmih..kami yang muda-muda 3 ketul ni pon senyum je.



paling best beraya kat kampung-kampung felda-felda ni opkos la dapat makan durian, rambutan, dokong, betik, pisang, burung puyuh hoii air durian belanda, beras pon tanam sendiri. semua hasil titik kawan-kawan ibu abah ni.


nak di jadikan kebetulan, kawan-kawan sebilik masa ibuabah kat makkah-madinah semua orang johor dan semua area kluang-simpang renggam-air hitam. tu yang boleh datang bebila masa sesuke suki.


masa ibuabah buat umrah baru-baru ni pon dapat kawan-kawan area JB-kluang-batu pahat. rezeki kan. ade yang dapat kawan jauh-jauh. tapi bile dah dekat nak berdating je pulok..kehkehkehhh


ok, tutup cerita pasal konvoi raya ibu abah.


nak story pasal konvoi raya dengan budak-budak sekolah rendah+menengah dulu. tapi lain kali la kot. :p



sedapnye spegoti cikgu Jas. mase aku sekolah rendah Cikgu Jas ngajo BM. Cikgu Jas kalau cubit perghhh tersiat kulit. aku pernah cerita kat entry yang lepas-lepas jaman dulu. see, garang-garang pon setiap tahun tak pernah lepas nak datang berayo kat rumah cikgu. duduk pon setaman+sebaris dengan rumah aku. kau gile tak datang?? hahaa i lep u la cikgu~~






Monday, August 26, 2013

BERAYA MEMANG TAK PERNAH ABES POOOONNN...

hai...hello


sebenarnya harini tak de kesungguhan langsung nak hupdate entry baru. 2 hari non-stop beraya kau tahu. sakit-sakit badan aku ni. halamak ai. sabo je la. orang lain rasenye takde dah semangat beraya macam aku ni..hehe. 


insya Allah semangat beraya aku akan di teruskan sehingga bulan 10 karang. penuh-sepenuh-penuh tidak mejlis sane sini. minggu ni je ade 3 open house. ate acane dengan progrem diet kau azi? -__-!


sabtu 31 Ogos kang orang sibuk bebaris aku sibuk ukur jalan Segamat pulak. beraya katenye. gilo ah kau azi. tak habis sampai Raye Haji kang.



cakap pasal Raya Haji. Raya Haji punye jadual ahlil keluarga pon dah dapat. aku siap apply cuti 4 hari kottt..sebab, insya Allah abah buat korban kami 7 ahli keluarga. aku dah membayangkan tahap kebizian-nye nanti.


bulan 10 tu jugak ade la mejlis sambut keluarga baru. sebenarnya pra-sambut keluarga baru. ekehkehkeh. insya Allah semoga semuanya di permudahkan. lepastu konon-konon berangan dapatlah selim melim bulan 10 tu karang..haha. terget je. tapi kalau gini gaya rupe kekdahnye kau ingat mampu la nak selim melim azi?


ok k k k k. malas dah ni. tangan semua lenguh bizi melampau-lampau lately. bizi beraya bizi tempahan bizi itu ini la ape la la la bla bla bla blaaa....


ok, tu je nak melalut. bai!





Thursday, August 22, 2013

APAKAH DIA JODOH KU?


salam...

aku yakin sangat Jodoh dan Pertemuan tu di Tangan Allah. aku yakin  dan  seyakinnya pasti akan ada insan yang akan membawa aku melayari bahtera rumahtangga. mungkin belum tiba masanya kini. aku tak pernah menyalahkan takdir kenapa jodoh aku belum tiba. tidak sekali aku meratapi nasib mengenangkan diri tidak berkasih. jauh sekali aku menyesali nasib sendiri. sebab aku Yakin dengan Ketentuan Allah. Allah sedang merencana yang terbaik untuk aku. aku percaya Allah sedang menjaga hati dan akhlak aku sebelum ijab dan qabul. alhamdulillah syukur ya Allah atas nama-MU yang Maha Agung.

"tugas kita bukan untuk mencarinya (jodoh), tapi mempersiapkan diri untuk menerimanya. ketika sudah siap menurut Allah, pastilah jodoh itu akan datang dari jalan yang tidak terpikirkan oleh kita"

Allah itu Maha Menepati Janji. Allah memberikan harapan yang sebesar-besarnya kepada kita, bahawa setiap doa yang disampaikan kepada Nya pasti akan dikabulkanAllah tidak mungkin memungkiri janji, siapa yang paling tepat janjinya selain Allah? 


Bukankah Rasulullah telah bersabda: “Ketika ditiupkan ruh pada anak manusia tatkala ia masih di dalam perut ibunya sudah ditetapkan ajalnya, rezekinya, jodohnya dan celaka atau bahagianya di akhirat”.  



bersabarlah. Allah ada bersama.



 “Dan jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya yang demikian itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, yaitu orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Rabbnya, dan mereka akan kembali padaNya.” - al-Baqarah:45



"Jika arah cinta kita sudah benar, maka yakinlah, Allah SWT tidak akan mengabaikan kehidupan kita"



BAS JATUH GAUNG DI GENTING HIGHLANDS

salam...


“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu
dengan sedikit ketakutankelaparankekurangan hartajiwa dan buah-buahanDan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabariaitu orang-orang yang apabila ditimpamusibah 
mereka mengucapkan : 
“Innaa lillaahi wa innaa ilaihi rajiuun”  [QS Al-Baqarah: 155 - 156]

ya Allah bersyukur sangat kita masih lagi bernyawa hari ni saat ini dan detik ini. siapa tahun takdir yang membawa lebih dari 37 penumpang bas ke Genting Highlands berakhir dengan tragedi yang sangat-sangat-sangat menyayat hati. menitik air mata baca berita pagi ni. 37 orang maut sekali gus. betapa besar jumlah yang meninggal dalam satu-satu masa yang singkat. Allah~

aku syukur sangat tarikh aku pergi ke GH masih tertunda. kalau ikut pada perancangan asal awal bulan 9. lagi beberapa hari je nak ke bulan 9 kan. alhamdulillah+syukur. sebenarnya ini kali pertama aku nak kesana. betul-betul pertama kali nak merasa sendiri berada di GH. 

malam tadi aku tak tengok berita. lebih kurang 8.15 malam ibu telepon. cakap pasal hal ini. sebab ibu tahu aku nak pergi bulan 9 ni. ibu siap nanges-nanges kecut perut gigil-gigil kaki lepas membayangkan aku pergi nanti naik bas. aduhaii T___T ibu ku ibu kuuu~

takziah kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia. ingat lah Allah menduga setiap hambanya mengikut kemampunya kita. jangan tidak kita menolak takdir yang telah tersurat. Al-Fatihah~


“Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.”  (QS Al Hadid: 22 - 23) 



Wednesday, August 21, 2013

NGOMELAN DI DINI HARI...ATEEEE

assalamualaikummm...


konon-konon janji pade diri sendiri nak hupdate dengan rajen. satu hari satu entry. macam bulan julai tu ha...melambak-lambak entry baru. sebab julai tu kan bulan haku, opkos la tepek banyak-banyak entry untuk di bace di masa lapangan. aku lah stalker terbesar blog aku sendiri. tapi bile bace balik entry jaman mude mudi jaman budak-budak tu hah rase nak muntah geli pulak. coii tergamak aku menaip entry yang serupa itu. hahaa. 

lately badan rase nak demam. dedo je ghasee nye. mungkin hojan yang kerap kali muncul tetibe. hari tu pergi jemputan kawen budak opis memang ngam-ngam aku sampai hujan lebat selebat-lebatnye. jadi makan nasi minyak sambil berhujan. atee acane tu?

lately jugak aku macam rindukan seseorang. hehe. aku rindu bapak aku la. aku rindu abah tetibe. mungkin sebab ari isnin ari tu sebelum aku balik JB aku tak salam abah. sebab abah dah keluar entah kemane-mane. aku pulak bersiap terhegeh-hegeh kan. biasalah MONDAY. :p

ahad yang lepas tu pulak rumah buat open house. kali ni siap tepek khemas satu. atee orang taman semua tanye aku, apo mejlis ko tunang ke mejlis ko menikoh?. :p 

kali ni punye open house mak aiiiiii.. penat fengsan ya Rabb. menu pulak semua katering mcam tahun tahun sebelum ni jugak. ateee ape yang penat fengsan ya Rabb ye tu?????

penatnye tersangat sampai hari Isnin tu aku terlelap kat meja opis ni. terlelap nyando kat kerusi opis ni. atee buruk benoooo kau ni azi!


tu yang aku rase nak domam nak muntah. hokkalohh~ nasib badannnn


baii~





deyy tambiii!!





Monday, August 19, 2013

RENTETAN RAYA 2013

hai.... turn on mood raya!!! mehehe


macam mana kita perasaan cepatnya ramadhan berlalu, begitulah jugak dengan syawal. begitu pantas. beraya-raya-raya sakan sehingga tak terlayan dek noti yang membuak-buak. semua ni gare-gare raya yang tak sudah. insaf azi insaf~ uhuuu


hari ni dah doplas syawal. baru nak cerita pasal Raya. dek kerana persiapan raya yang banyak sangat tergendala. dengan  rumah, dengan baju segala. semua tak sempat nak siap. sebab mood raya di bulan ramadhan still off. ayoyoo



bile dah masuk syawal. mula lah gelabah. sampai pergi beraya hari-hari sebab rumah belum bersedia menerima tetamu. haha



sehingga kan ber-shoping raya semasa beraya. baru la sibuk nak beli karpet bai...si bai yang tonjang kau tengok pon mendongak sampai lenguh tengkuk. ni kalau buat laki ni bawah2 pinggang die je kot. hahaaa


beraya di Batu Pahat, Johor memang satu kesoronokan bagi aku. sebab sedare mara kaum kerabat ibu aku memang berlambak-lambakan di Batu Pahat. cakap aje Parit ape. beraya belah abah pon seronok jugak. ayah pon asal Ulu Tiram. jadi dari Ulu Tiram sampai la ke Kota Tinggi memang tak cukup 2 hari bejalan! hoii..


Candy ni zaman aku budak-budak tersangat la pames. sehinggakan gigi depan ku rongak gara-gara terlalu banyak makan bende alah ni. cuma zaman moden ni, bentuk pon opkos moden. bile aku nampak terus cakap.

"EHHH bentuk die macam SHARK!!"


lepastu abah pulak nyampuk


"CICAK laaaa!! haaaha"

membanyangkan cicak lembek-lembek gitu, terus je aku kansel nak makan. lepas sepluh minit ade la dalam 5 ke 6 ekor aku makan. napsu memberontak mase tu. jadi, persetankan cicak yang menggeletek dalam tekak. hahaa


yang paling best beraya kat rumah ayah angkat adik aku (gambar atas). merangkap sepupu bapak aku. best! sebab dapat makan doyan berkoyan-koyan. durian tembaga aku bedal sampai 2 bijik. bahahaaaaa sebab pakcik aku kate "dont worry, lepasni kite minum air cucian".


air cucian??? air cacian??? 



la ni ke air cucian yang di maksudkan.......sedap air ni, warne hijo lagi pulak tu. mase pakcik aku dok explain pasal air ni, aku tak pokus langsung sebab sibuk membancuh dan melahap sampai 2 cawan. kau memang gila azi. hahaaaaaaaaaaaaaa next time aku review pasal produk ni ok. janji ni janjiii :p



aku mungkin manusia separuh pelik perangainya. sebelum ni aku ade story pasal beli kasut 2 bijik kat summit sebab dapat diskaun birthday 50%-each. beli wadges dan satu flat. kesudah aku tak pakai langsung 2 kasut tu. ade lagi dalam kotak. lepastu yang aku sarung kasut 'kintang-kintung' ni. sebab kalau jalan 'jambul' depan tu bergolek-golek. mase nampak kasut ni setahun yang lepas sangat la unik. lagi pulak beli 1 dapat free lagi 1. kau gila tak nak?. meheheeeeeee. *kasut setahun yang lepas baru di pakai tahun ni..apekejadahnyela


aku rasa ni je la yang menarik hati i olz untuk di ceritakan. minggu ni beraya sakan lagi. kali ni dengan ex-school mate SKPL'00 , SMKLL'05 dan SMKDHHY'06. insyallah kalau jadi. sebab dah tertunda selama seminggu gamaknye :p. beraya-beraya jugak. pose 6 tu jangan di lupakann :)


ok, baik. last gambar sebelum menutup tirai..


selamat hari raya dari aku yang batak sebab da tengok Adnan Sempit 3 yang super lawak nak tuttt.... 10 bintang tolak 3. mehehee.



baii~


Friday, August 16, 2013

REVIEW BURGER BAKAR ABANG BURN : AL-LAZAT!

hai salam jumaat penuh barakah..

hari ni nak buat review pasal salah satu Burger Bakar Abang Burn (BBAB) yang hanya di jual di bulan ramadhan tapi telah dilanjutkan sehingga bulan syawal. sudah tentu namanya penuh kelazatan. hehe burger Al-Lazat nama di beri.


nak pergi masa bulan ramadhan memang tak sempat la. nak-nak dari taman molek ke masai tu punyalah jauh kononye... T__T. sebelum ni aku ade review jugak pasal BBAB ni sehingga mendapat perhatian page BBAB. wakaka. boleh la rujuk side belah kanan u olz k.




so, kali ni nak buat la review bebetol sikit. kemas dan sudah semestinya mantop. sanggup dahku ketepikan program diet semata demi nak pekena menu baru Al-Lazat tu... haha




sesudah sampai Today's Market jam 09.30 malam. datang dua kreta kau tahu!. nak ke Today's Market ni senang sangat-sangat. ikut jalan masai lama. sampai la nampak kuil belah kanan, petronas belah kiri. kat trafic light-kiri-trafic light lagi-kiri. dari jauh dah nampak TODAY's tu bercahaya-cahaya omak ai....



sesampai je kat dalam Mewah Cafe terus meluru ke arah kedai makan BBAB ni ha. lantas buat order dengan tamaknye. wakaka.


cuma kali ni, aku yang beria-ia menerangkan menu-menu yang ade kat situ kat sepupu sepapat aku dah macam gaya aku pekerja situ pulak :p. sampai staff BBAB tak terkata. ini lah hasil study aku kat page BBAB selama berbulan-bulan. stalker u olz..haha



sementara menungguh order siap. pergi la order air pulak. pilihan yang terbaik adalah air limau suam. kalau dah makan bende-bende yang heavy+cheese+mayo etc etc. elok la basuh tekak dengan air limau. petua mokcik aku ni. ade pekdahnye jugak. idokla rase loya-loya geli-geli tekak u olz.



kurang 5 minit, terpacak la burge-burger ni semua depan mate.

2 beef burger 
1 chicken burger 
1 Al-Lazat burger+cheese


ni la rupa Al-Lazat. aku siap bedah siasat rupe dalam. bagi tersekse sikit mata memandang. mehehee. komen: sedap sangat-sangat sampai tak tahu nak describe macam mane. mehehe. isi ayam yang lembuuttttt sangat, takde pon tulang. dah name pon burger kan ape kejadahnya kalau ade tulang :p. sos yang sedap super delisooss. sedap dan sedap! memang sedap gilo. aku paling suka isi ayam percik super sedap! betul ni tak main-main! :p




memang tak soh kalau tak hoder meatball yang berpuaka ni. termimpi-mimpi lepas makan. dah la sedap memang berasa la daging+blackpaper etc etc. :)




cheesy wedges die yang umphhhhh~~~~~....aku yang tengok ni pon terasa nak lagi...nak lagiiii!!!




ini la dia kawasan jajahan BBAB Masai, Johor!. dari pintu masuk dah nampak dah. so tak payah la pakai GPS untuk mencari beliau. :p. kawasannya luas. nak duduk kat mane-mane pon boleh. ade surau, tandas, buai pon ade. lagi tivi pon hado. eh memang strategik la!





aku kenalkan dengan brade yang selalu mentepek muka depan kaunter. bagus layan. A++ lagi aku bagi 5 bintang. memang betul bagai di kata, tak sampai 5 minit order dah sampai. mase ni buat order untuk bungkus bawak balik rumah...... dah la makan bungkus lagi pulakkkk!!!




nah tepekan terakhir! mai datang sebelum syawal menutup tirai!!!!!!



selamat mencube~ :)


Monday, August 12, 2013

RASA TENANG SIKIT KAN...



aku perlu tipu diri sendiri. konon-konon takda masalah, takda risiko, takda perkara yang tidak menyenangkan walhal hakikat sebenar hati meronta-ronta untuk menjerit, meraung pasal satu perasaan yang aneh!. perasaan aneh yang terlalu sulit.


dek kerana perasaan yang jangkal, aku mengadu pada seorang 'tua'. melampias segala rasa yang tak tertahan-tahan. perit dan sesak. aku puas! belum lagi di kira tewas dengan perasaan sendiri. bermakna jalan aku masih lagi luas.


menyembunyikan satu perasaan aneh memang TERsangat menyeksakan. umpamanya kau menyimbah air batu ke muka sendiri. kau tahu apa itu perasaan aneh?. satu perasaan yang entah datang dari alam mana, entah bila munculnya. sekejap kau mengia, sekejap kau menidak. menafikan. memberontak dalam. mencuba membuang segala rasa aneh yang semakin pekat. 


duhai tuhan, apakah ini satu ujian-Mu?

Friday, August 9, 2013

THE MONEY HULK SAMPAIKAN RAYA 2013

Salam 2 syawal..... :)

Saat ni mesti masing2 sedang sibuk beraya rumah sanak saudara. Yang mana rumah dah masuk rombongan marhaban tu mesti tengah sibuk ngemas, masak etc etc.

Tahun ni aku beraya rumah atok belah ibu. Well, kami adik beradik pon rapat dengan sepupu sepupu belah ibu tu yang meriohhh....beborak bergelak ketawa meluah perasaan pon hado..haha. memandangkan aku kategori cucu sulung (ibu anak sulung) harusla tahap kesibukan tu tahap makcik-makcik. Tahap kuli dapur, tahap hazab dunia.. :p

Paling best opkos jumpe kazen. Omgg.... best sangat!!!. Kalau tak raya memang sangat susah la nak jumpe. 21 orang cucu atok kalau berkumpul kalah makcik-makcik punye meeting.wakakaa..
O

Ok. Selamat hari raya buat semua pembaca blog aku. Yang mana stalker a.k.a silent reader maaf zahir batin...0-0 bak kate najwa latif. :p




SELAMAT HARI RAYA DARI KAMI 'THE MONEY HULK'...hehee

Tuesday, August 6, 2013

FLASH BACK RAYA 2

hai..kehangatan raya tu dah terasa ke belom?


hari ni selasa ok. aku masih kerja. boss kate rabu dah tutup opis sebab khamis raya. tapi aku belum lagi nak balik kampung hari rabu tu. :p sebab kuih raya cust tak siap lagi. wakakakaaa.

sahur tadi aku kelewatan lagi. kali ni betul-betul tak sedar diri. roomate dah balik kampung berayo. hosmet pulak dah kejut banyak kali tak sedo diri jugak. tuptup tersentak jam 05.25 pagi!. bangun je terus cari periuk! kes?? mengigau! big claps for azi!


kali ni, aku nak share satu bende baik. hehe memandangkan tadi sesampai opis aku terus on FB. nampak la noti yang best untuk di jadikan contoh dah tauladan untuk rakyat mesia ni. poyo sangat statment kau azi~



ini adalah kenyataan yang benar lagi terharu. cikgu Siti Hajar ni dulu ngajar kelas aku add maths mase aku tingkatan 4-5. setat cikgu Hajar ni mengajar kat kelas kami. aku and the gang opkos la suka. sebab kan. cikgu Hajar akan bagi soalan banyak kat papan hitam, then cikgu Hajar jugak yang jawab soalan-soalan tu. haha. aku bukan lah dalam kategori student cemerlang add maths. cumanya kami suka cara cikgu Hajar ni mengajar. seronok gila! cannt describe etc etc.

so, setat dari tahun 2004 sehingga 2012 tahun lepas. aku and the gang memang tak pernah lepas la datang rumah cikgu Hajar. tahun ni jugak tak terkecuali. pejam celik dah hampir 10 tahun. hoii lame dah rupenya. bila di kenang kembali........

2004-2005 - mase ni rumah cikgu belum renovate lagi. jadi biasa aje. kiteorang datang rumah cikgu naik bus! lepastu bus bukan nak hantar sampai depan rumah. so, kami ni menapak dari bustan sampai la naik bukit tinggi-lalu balai bomba-lalu sekolah tamil-hoii dulu lalang tinggi-tinggi. dah la haku mase tu pakai baju kurung warne maroon, bunge setepek-setepek. siap sandel kaler pink beli kat katalog rorine *mase ni memang pames si rorine ni!. cikgu mase tu masak nasi ayam. Ya Allah sedap gile nak mamti. sedap tau ni tak tipu punye!


2006-2009 - mase ni rumah cikgu dah jadi banglo yang tersangat indah, besar lawa, siap ade pondok rehat. pintu masuk pon banyak. dapur die mak aiiiiiiiii kapal terbang pon boleh landing. mase ni happy la sebab pergi rumah cikgu dah start bawak kereta. meheheeee. tiap kali datang rumah cikgu mesti cikgu masak punya. kaw-kaw tahu!


2010-2012 - masa ini baru grad. gang pon ramai dah kawen+bertunang+dalam pantang pon ade. tapi kami walaupun hanya tinggal berdua (aku dan ain) masih lagi meneruskan tradisi beraya rumah cikgu Hajar. walau onak ranjau duri ku tempuh jua. kehkehkeh. kami dengan cikgu Hajar dah macam kakak dengan adik. dulu kat skolah kemain takut lagi kau! oleh kerana peredaran zaman seiring dengan pembawakan usia, dah tentulah hubungan tu sedikit demi sedikit menjadi akrab. hormat pada cikgu tu masih menebal lagi. yang aku ingat cikgu Hajar pernah masak soto, spegoti pon ade etc etc. tiap tahun kalau beraya, mesti ajak kawan-kawan kelas yang lain. sampai cikgu Hajar cakap "awak bedua kalau datang beraya mesti ade bawak muka-muka baru". lepastu cikgu susah nak ingat. yela 9 tahun punye muka. lain la macam kami ni tiap tahun mentepekk jee. mehheeeee


bile cikgu beri pengiktirafan bahawa aku and gang berada di kelas pertama. dah tentu sangat bangga. sebab beraya rumah cikgu tiap tahun. bukan berjaya dalam add maths pooonnn. cikgu Hajar kata aku and gang adalah student paling lama since 2004/2005 datang beraya rumah cikgu. siap cakap gini "kalau awak kawen saya WAJIB datang". alololoo terharu.



so, guys kita jangan lupa jasa cikgu yang pernah mendidik kita. cikgu/guru lah yang menjadi pendidik pertama dalam kita mengenal A B C, 1 2 3 etc. kalau jumpe cikgu kat mana-mana tu rajin-rajin menegur. jangan ingat cikgu tak kenal kita tau! cikgu ni walau lupa nama kita sekali pun, tapi die tetap ingat muka kita ni. kadang-kadang kita rasa, kita ni tak terkenal pon kat sekolah. cuma berbekal kan ingatan kita pada cikgu, tak menyombong kalau jumpa kat kedai mamak, paso malam, bazar karat :p


terima kasih atas 9 tahun cerita raya yang indah. terima kasih kerana meletakkan kami di sudut yang paling tinggi antara student cikgu yang lain :)


TAHNIAH AZI! tahniahhh! sobs-sobs~



*aku sebenarnya nak tepek sekeping gambar raya tahun lepas bersama cikgu Hajar. tapi pening pale aku tengok lambakan folder gambar dalam HD aku ni. lepastu tah gambar ape-ape je aku jumpe. insyallah kalau panjang umur tahun ni punya gambar aku tepek. heheee


ok, darr~




Monday, August 5, 2013

FLASHBACK RAYA 1

well, hello..

aku ni sebenarnya takde la nak mooooddd hari raye sangat. bile bergaul dengan member yang memang tengah sawan nak raya otometik je aku pon sawan sekali. tapi bile tergolong dengan golongan yang kureng nak ber-mood raye tu, jam tu jugak aku rasa RAYA TU TAK PENTING. :p. tah ape mukadimah aku nih wehh!


di ringkaskan ceritanya. minggu lepas balik kampung. takde la kampung sangat. rumah taman ni nak kate kemeriahan berhari raye tu memang tak nampak langsung. raye ke tak raye ke same je situasinya. mehehe. dulu mase aku kecik kecik meriah main bunge api dengan jiran sebelah. sekarang sume dah besar gabak ade hati pulak kan nak main bunge api. masing-masing tak menyumbang generasi baru lagi, nak buat acaner. :p seingat aku, dulu mase zaman 90-an. femly aku wajib pasang pelita minyak tanah. tiap kali puasa mesti sibuk nak tolong abah idupkan pelita. zaman dulu punye pelita camni hah


google

tapi takde la pacak depan rumah ke keliling rumah. kau gila nak pacak kat jalan tar MDSR tu!. :p ekceli dengan tindakan abah buat/pasang pelita then susun atas tembok atas pagar ade la napsu nak berhari raya. maklomla budak-budak kan mase tu, bende cengini pon rase teruja macam nampak hape :p


lepas anak beranak semakin mendewasa. tiada siape pon nk meneruskan 'tabiat' abah tu. sebab nye kenape ye?.  jap aku pikir. mungkin rumah dah tak de tembok. :p. ohhh baru teringat, sebab mase tahun 2000 kan dah pames lampu liplap tu ha. so, abah pon dalam kategori wajib beli. tu yang beli sampai berkotak-kotak. gantung depan rumah, sampai lilit kat pokok bongsai kau tahu? kesian si bongsai jadi mangsa. haha

google

mase abah mula-mula pasang lampu ni. kami adik beradik sangat la jakun lagi siap gaduh bertumbuk-tumbuk sebab masing-masing nak kira berapa bijik lampu+warna apa kat situ. see, nobbbbss sangat zaman kanak-kanak aku. lagi pulak lampu ni ade patern tukar-tukar cara liplap. berebut-rebut nak tekan. nak set nak tunggu lampu ni berkelip-kelip. tah ape-ape je zaman kanak-kanak versi adik beradik yang sangat dumb. hahaaaaaa



ala~ aku rindu la zaman kanak-kanak berhari raya.







UNTUK MEREKA YANG PERNAH BERKONGSI BAHU

hai..hello.

hari ni seawal pagi dah publish new entry. nak share satu cerita yang enak di tatap. haha

diceritakan aku ni lame tak join budak-budak ex-form 6 mase kat sekolah Dato' dulu. ala aku sekolah Form 6 kejap je. sempatla pegang jawatan setiausaha Persatuan Pra-Universiti (PERUNI). haha. yang menarik nya, mase aku form 6 (sekejap) ada lebih dari 3 sekolah bergabung tahu?. sekolah menengah layang2, sekolah menengah simpang renggam, sekolah agama simpang renggam, sekolah Dato', renggam. semua berkumpul dalam satu sekolah iaitu di sekolah Dato'.


so, time ni la jumpe muka-muka baru. muka pelajar sekolah lain. haha. tapi aku ada lah kenal beberapa pelajar luar dari sekolah aku. sebabnya dulu aku aktiv la jugekkk mewakili sekolah untuk pertandingan yang macam-macam tu. tapi menang nye tidokk. wakaka.


selepas lebih dari 4 tahun baru jumpe balik dengan dorang ni. ada yang dah pernah jumpe mase jemputan kawan-kawan kawen. seronok la sebab dorang ingat lagi aku ni T__T. ade jugak yang susah nak ingat yang aku pernah wujud dalam kelas dorang. setap!.


walaupun aku sekolah form 6 sekejap. tapi banyak-banyak sangat-sangat kenangan aku dengan budak-budak ni. mungkin sebab dulu aku aktiv dengan persatuan kot tu yang banyak memori. belakon la, nyanyi la, berjual la, hahahaaa lawak la. semua tu kenangan yang tersangat indah. yang paling best rojak buah aku la paling larisssssss masa hari  usahawan. meheheeeheee!!. hoii cepatnye mase berlalu!


bile aku nak berhenti sekolah tu, rase sedih sangat pon ade. mase tu aku kelam kabut jugak la nak cari pengganti. nak yakinkan cikgu yang pengganti aku tu better then me!. sedih nak tinggal kan budak-budak kelas. nak-nak budak-budak yang suke menyakat. mesti rindu aku tu :p.



walaupun lame gile nak mamti tak jumpe, kemesraan tu jelas terasa. best jumpe dorang semua ni. semua sopan santun so, secara tak langsung aku pon sopan santun la. tetibe :p




tepek la barang dua keping. bagi menghargai mereka semua ni yang pernah mewarnai kanvas hidup aku. haha. sebenarnya tak tahu nak nak story ape. padahal tadi eksited terlebih-lebih nak story pasal bende ni.. meheheee



Saturday, August 3, 2013

BERITA ANEH YANG TERIK

salam sabetu yang terik.

sari berita aneh di bulan ramadhon.


  • TERTIDUR MASA BERBUKA
  • TAK SEDAR DIRI BILA BERSAHUR
  • PERSAINGAN DALAM MENYEDIAKAN JUADAH BERBUKA PUASA

kejadian tertidur sementara menunggu masa berbuka, bukan lagi perkara pelik atau janggal yang berlaku di kediaman rumah sewa. dek kerana semua telah terpengaruh dengan kelenaan aku dibuai mimpi indah, semua penghuni rumah sewa turut sama merelakan diri dibuai mimpi indah sehingga jam hampir ke 8.00 malam. kalau aku tak sedar, alamat semua bakal berbuka masa bersahur. eh?. keasyikkan tidur sesudah aktiviti memasak bakal berakhir minggu hadapan. sama-sama kita doakan. bukan tidur tapi tertidur, bahasa lain terlelap. jadi satu rumah lah terlelap ceritanya.


dek kerana di pengakhiran ramadhan, ramai yang ambil inisiatif untuk mencari malam lailatul qadar. sementelah bangkit dari tidur jam 03.30 pagi, ade pulak yang tertidur sesudah solat sunat. dek kerana hal tertidur sesudah bangun. maka, semua bangkit pada minit-minit terakhir imsak. masing-masing TAK boleh bukak mata. inilah padah yang harus di tadah. nah kau air kosong dan kurma. alhamdulillah~


keenakkan dan kelazatan maksimum masakan hosmet (su) telah membangkitkan selera makan satu rumah yang mana sebelum ini semua memberontak untuk tidak makan dan makan. kerana terlalu bosan untuk makan. 



menu kampung jugak yang mampu menambat hati i olzz... alhamdulillah~


dek kerana rasa tercabar dengan kepakaran hosmet, maka aku pun turut sama menunjukkan skill pada keesokan harinya. mehheehee




sayur buncisan setengah inci bersama cendawan carik dan tempe goreng potong dadu berlada stoberi merah. punya panjang nama menu aku. mampu?. resepi yang di hantam sejurus selepas nampak cendawan. lemak ikan campur kentang yang owsem lagi meletop sehingga penghuni rumah sewa yang lain tak mampu menilai masakan sape lagi terel lagi tersohor. kau pernah puji masakan sendiri?. heheee. alhamdulillah~


sekian sahaja berita aneh di bulan ramadhan. bakal menutup tirai sesudah ramdhan menutup tirai juga. 




Friday, August 2, 2013

BARISAN PERTAMA : TANYA SAMA IMAN, APA SEBAB GOYAH?

DEAR IMAN :

Sering kali hati ini dinodai oleh keterlekaan dunia. Saat itu kita seakan buta dalam menilai yang mana haq dan batil. Sentuh hati ini dengan maghfirah, belai hati ini dengan tarbiyah. Ketahuilah bahawa saat kita berjuang namun kurangnya tarbiyah, kita seakan kalah dan apabila kita bergerak kerja dan kurangnya tarbiyah kita pasti lemah.

Segenap ruang, telitilah apa kekurangan diri agar kita terus mampu mengubahnya. Perbaiki dasar islam kita iaitu aqidah dan ibadat,kerana hanya aqidah yang sejahtera akhlak yang mantap mampu dibina dan ibadat yang benar mampu dizahirkan. Kita terlalu lemah menyatakan hasrat hati mengikut keutamaan,sebab itulah melahirkan peribadi muslim yang mantap itu sangat membimbing kita untuk bergerak lebih jauh. Perkara yang basic tidak diperkukuh,bagaimana pula kita mampu teguh bergerak lebih jauh. Jadi kemaskini urusan,susun atur urusan kita untuk membina tarbiyah dalam diri yang mantap.

Kita memang tak pernah lari dari kesilapan,tapi itu bukan alasan untuk kita terus berada dalam kejahilan yang lalu. Oleh yang demikian,seseorang yang berubah dari sejarah silam kepada kehidupan yang baru,janganlah diungkit perkara lalu nya,kerana sangat perit untuk dikenang kejahilan lalu. Apa yang terdaya adalah melupakannya dan membina sejarah hidup yang lebih kemas dan rapi. Saat indah dalam islam adalah,apabila kita mengukir niat di hati untuk berhijrah kepada yang lebih baik,saat itu Allah akan hadirkan orang2 yang terbaik untuk berada di samping kita,namun suatu saat Allah akan uji dengan menjauhkan dia dari kehidupan kita. Bisiklah pada hati mu “Aku berubah kerana Allah atau kerana manusia?”.


DEAR IMAN :

Kita ini hanya insan biasa. Oleh yang demikian,saat kita hebat diuji,sering kali hati ini mengeluh. Rupanya baru sekelumit Cuma cinta ini untuk Allah dikait. Berhentilah menyatakan,kepada bakal imam/bakal makmum ku,atau kpd bakal zauj/ah ku,atau mungkin juga bakal tulang rusuk kiri/pendampingku dan sewaktu dengannya. Bagaimana ingin menyatakan soal mereka sedang hati ini masih lalai mengingatiNya. Sedikit nota untuk kita semua,siapa pun mereka,tinggalkanlah mereka dengan Allah,kerana hanya Allah yang layak dan mampu menjaga mereka.

“cukuplah bagiku,kau Ya Allah,
Tiada yang disembah melainkanMu ya Allah,
Ya Allah kurniakanlah,
Ketenangan dunia dan akhirat,
Limpahkan kami Nur hidayahMu,
Jauhkan kami dari azabMu,
Cintakan bunga akan layu,
Cintakan manusia akan mati,
Cintakan Allah kekal abadi,
Itulah cinta,cinta yang hakiki”


DEAR IMAN :

Bila kita bergerak ke luar rumah,contoh pergi jalan2,shopping,riadah atau bercuti apa yang kita akan buat bila dekat luar. Bila kita pandang berbagai ragam manusia,bila kita pandang alam ciptaan Allah dan senang kata setiap pandangan kita. Seandainya pandangan kita kepada semua yang kita lihat hanya sia2 atau hanya sekadar memandang tanpa berfikir. Alangkah ruginya kita. Cuba pandang segenap ruang itu dengan berfikir. Cari ibrah dan cari macam mana nak selesaikan masalah yang kita lihat tu. Atau,kita lebih suka pandang dan biarkan. Nampaknya,kita bukan sekadar lemah iman,lagi teruk dari katak yang bawah tempurung. At least katak bawah tempurung dia tak keluar dari tempurung sebab tu x tahu dunia luar. Tapi kita dah melangkah ke dunia luar tetapi tetap static pemikiran kita. Tanya sama iman,apa sebab goyah,mungkin aqidah yang lemah.


kdt : permata kalbu


*hasil tulisan sepupu yang banyak mengajar aku erti sebenar kehidupan. semoga bermanfaat






Thursday, August 1, 2013

BER-BONUS DAN BER-JIMAT

hello.

ok hari ni macam nak sharing cara berjimat cermat di hari lebaran. dalam bulan berhari raya sudah tentu hati bersuka ria. nak-nak ari-ari pegang beg duit yang setebal kamus dewan bahase kan. plus, bile nampak baju peplum tu rase kat situ jugak melalak nak beli. kan kan. tapi sori la, i tak minat peplum hokey. lepas kejadian di jakel tu kau hingat aku ade hati la nk pakai kan. heheee


bonus bonus bonus sana sini cakap pasal bonus raya. bagi yang kerja swasta opkos la bonus raya atau red packet yang di nanti-nanti. siap cek setiap hari dalam akaun. wahkahkah. sikit atau banyak bonus yang kite dapat tu haruslah pandai membahagi-bahagi ye. jangan membazir kat tempat-tempat tak betul. contoh karoke la main kutu la. takde pekdahnye tu. ade jugak kampeni swasta yang tak bagi bonus hari raya. kesian kat depa.


so, hari ni kak G, *kakak sangat nak share kekdah yang betul bagi membantu rakyat malaysia ni dari sipat membazir tak tentu hala. :p




petama sekali, haruslah bayar zakat fitrah. insyallah rezeki yang kita dapat tu lagi di berkati oleh-NYA. ikut kawasan jajahan korang la kat mana dan berapa. bukan sampai ratus-ratus pon. kau beli peplum harga 79.90sen tu mampu pulak kan. hoi kasar bahasa kau azi~





keduanya haruslah membahagi sama rata duit raya. bab ni memang setiap tahun mengira jumlah sepupu, 2 pupu, 3 pupu hoi belah bapak aku ramai gila ok. kalau dah di total kan semua, baru la agihkan mengikut percent. kalau dah belajar kat U tu up sikit la. adik beradik lain harga, ibu abah lagi la lain harga ye tak. duit raya ni kan buat suka-suka budak-budak. so, janganlah berkira sangat. budak-budak kot~ budak-budak kan innocent, nobs je kalau tengok. alolooo~




ketigo nya, duit belanja raya. belanja juadah hari raya la penting. daun ketupan, ayam+daging, sayur buat lodeh, sambal kacang, wajik, dodol etc etc. kau sedar tak kau ni dah bekerja jadi, hulur la barang 2 3 keping duit lima puluh hengget tu. kalau bulanan tak kasi kat mak ayah, apa la salanya setahun sekali di ringankan sikit beban orang tua tu. tegas bunyinye :p




keempat baru la membeli keperluan sendiri. keperluan sendiri tu bermaksud baju raya+tudung raya+kasut raya cukupla 2 pasang. kau puase pon takde 29 hari kan. apasal baju kau nak 29 pasang?. elok la kau belanja adik beradik barang sepasang baju raya. kalau baju raya tu mahal tok adik lelaki, belila butang baju melayu cekak musang pon jadi la baru seploh hengget. adik kau tentu gembira bukan kepalang malah kepalangan. adik beradik yang masih bersekolah la. yang dah kerja kau hingat kau dapat?. haha




kelima, biskut raya tu beli la buat ada-ada je. setelap dua sudah. orang yang datang beraya tu pun bukan hadap sangat biskut raya korang. biskut raya dah la mahal. kalau beli dengan aku memang dapat murah sangat. tu la sape suruh taknak order awal-awal. sampai tak menang tangan kite ni tau :p



bila di congak takde pon sampai ribu-ribu. tah-tah ratus-ratus je kan. so, berbelanja lah dengan berhemah. ingatlah mereka yang tidak berkemampuan.


cuma tu la, kadang-kadang diri sendiri pun tak sedar yang "hey! apasal aku ni membazir sangat!". bila keluarkan resit beli belah, baru la perasan ada bende yang perlu dan tak perlu. kebanyakkan tak perlu la kot. kalau beli sabun May tu setakat buat suka-suka tak ke membazir namenye tu kan! mohon terasa azi~



ok. baii izzue islam~ eh?!